Lama betul teruja nak tanam kacang renek ni...dok blog walking kat kebun2 kawan kat alam maya ni tetiba terjumpa dgn kacang renek ini,macam jakun la plak...species kacang panjang yg tak payah letak pancang utk memanjat,buah yg panjang...lebih kurang sama le..cuma ianya pendek atau renek..itu le dapat namanya tuh!!.
Akak pun goggle le cari sesiapa yg ada jual benihnye..nasib baik akak dapat dari blog ros semua menjadi,boleh ke blognya kalau mau apa2 biji benih atau anak2 pokok...Akak terus semai 2 biji anak benih dalam baldi terpakai,jarakkan sikit,kedua2nya pun tumbuh dan cepat pula mengeluarkan hasil...tapi akak punya dah diserang ulat..pokok dan daunnya dah jadi kuning gitu...tapi sekarang alhamdullilah dah menghijau semula selepas pokok dibuang ulat dan dibaja..yukk kita hijaukan bumi kita..
Manis dan rangup kalau petik dan terus makan,gambar masa pokok diserang ulat..
Sekapur sireh...ehh..betul ke namaye..
Pokok ini akak beli semasa expo flora kat Kebun Bunga hari tu..tanya pada penjual nama pokok nih..itu le nama yg diberi...daunnya dikeringkan dan baunya sebijik daun pandan..elok jugak jadikan pot pori,boleh letak dalam kenderaan,almari baju,beg tangan...suka hatilah nak letak kat mana..mehh tanam satu pokok satu rumah..nanti nak jual jugak anak pokok nihh..boleh ke??
Sekapur sireh nama diberi...wangi memikat harum semulajadi..kalau sesiapa ada nama lainnya tolong le beri..
Bunga dilamam ni...
Beberapa pokok yang sedang berbunga..kemboja dan beberapa pokok yang akak tak tahu namanya..maaf ya kawan2 kalau seiapa tahu tu..bolehlah komen dibawah..sharing is caring...
Ini species keladi pemberian kawan tempoh hari..dah makin subur..terimakasih kak nor..
Ini pokok renek dan berbunga biru..akak jadikan pagar ..bunga kecil2 aja..
Ni pulak tak tahu la species apa..terpikat dgn bunganya..agak mahal jugak..