Thursday, 19 February 2015

Gazebo aka wakaf atau pondok.....

Idaman hati...
                     Walaupun laman yg kecil akak memang menanam hasrat/impian utk memiliki pondok kecil ni sebagai tempat rehat dan secara tak langsung menjadi penghias laman yg tak seberapa ni...setelah google mencari dan mengkaji akhirnya Warisan Hakhi kat Guar Cempedak menjadi pilihan akak utk membuat pondok ni...



 Laluan yg diletakkan step dgn usaha sendiri..so taklah secantik dgn kerja tangan penghias laman pro...
Akhirnya ia menjadi kenyataan..impian akak utk memiliki gazebo atau pondok ditepi rumah utk bersantai bersama keluarga..gazebo yg dikelilingi dgn pokok2 yg pelbagai..,bunyi deruan air...cuma satu lagi kekurangan,belum ditambah dgn unsur air iaitu kolam kecil atau air pancutan/air terjun kecil pelengkapnya..belum cukup budget lagi..insyallah akan diusahakan nanti dgn izinNYA..

Pengadang atau penyandar yg berbentuk L pelengkap hiasan gazebo ini...

Laluan angin atau bahasa kampung kita, tibar layar juga berasaskan kayu dgn ukiran siku keluang pada sisinya..emm...puas hati dan berbaloi dgn pelaburannya..harap dapat bertahan lama...

 Sebelah kanan tu akak letak bidai kayu juga sebagai pelindung matahari pd sebelah petangnya...
Kalau ditengok dr jarak dekat agak luas dgn saiznya 8'x 6'..maklum le penghuni pun tak ada yg bersaiz kecil...boleh lepak2..bersila makan kat situ sambil disapa angin dr bukit kat belakang tuhh...





No comments:

Post a Comment