Hari ni nak sharing tentang ulam-ulaman sebagai pelengkap hidangan dan beberapa jenis ulam yang pokoknya akak tanam di laman...
Peria katak yg direbus..boleh juga dimakan mentah, pd sesiapa yg tak tahan dgn rasa pahit tu memang tak boleh telan..pokoknya pun akak tanam tapi belum berbunga lagi..nanti update gambarnya..
Pucuk mata itik dan pucuk janggus/gajus..memang meletop..sedapnya..jgn tak tahu akak pun tanam tapi mata itik tu confuse la..akak punya pokok mungkin mata pelanduk kut..batang merah..tapi sedap dan rapuh pucuk ni
Pokok kari...jgn tak tau...pucuk kari ni pun sedap dijadikan ulam..yupp sebelum ulat makan kita makan dulu..kalau dah berbunga,bunga lagi la sedap lemak gitu..
Ini la tenggek burung atau cabang tiga..tengok betul2 memang daunnya berbahagi tiga aja tak lebih tak kurang..memang menjai pilihan pada penggemar ulam macam akak...tanam jugakk..
Ni la mata pelanduk atau mata itik tu..daunnya rapuh atau rangup dan memang tak menjadi masalah pada yg kali pertama makan tu..sedap betulll..
Sekarang...mehh kita makan,semua dah ready...tak tengok kiri kanan dahh..laju ja...
blog ini adalah untuk perkongsian penceritaan tentang hobiku,family dan resepi2 mudah yang dicuba sekadar suka2, jua untuk rujukan anak2ku...luv you all..semoga hidup kita semua diberkati olehNYA..amin.
Thursday, 19 February 2015
Gazebo aka wakaf atau pondok.....
Idaman hati...
Walaupun laman yg kecil akak memang menanam hasrat/impian utk memiliki pondok kecil ni sebagai tempat rehat dan secara tak langsung menjadi penghias laman yg tak seberapa ni...setelah google mencari dan mengkaji akhirnya Warisan Hakhi kat Guar Cempedak menjadi pilihan akak utk membuat pondok ni...
Laluan yg diletakkan step dgn usaha sendiri..so taklah secantik dgn kerja tangan penghias laman pro...
Akhirnya ia menjadi kenyataan..impian akak utk memiliki gazebo atau pondok ditepi rumah utk bersantai bersama keluarga..gazebo yg dikelilingi dgn pokok2 yg pelbagai..,bunyi deruan air...cuma satu lagi kekurangan,belum ditambah dgn unsur air iaitu kolam kecil atau air pancutan/air terjun kecil pelengkapnya..belum cukup budget lagi..insyallah akan diusahakan nanti dgn izinNYA..
Pengadang atau penyandar yg berbentuk L pelengkap hiasan gazebo ini...
Laluan angin atau bahasa kampung kita, tibar layar juga berasaskan kayu dgn ukiran siku keluang pada sisinya..emm...puas hati dan berbaloi dgn pelaburannya..harap dapat bertahan lama...
Sebelah kanan tu akak letak bidai kayu juga sebagai pelindung matahari pd sebelah petangnya...
Kalau ditengok dr jarak dekat agak luas dgn saiznya 8'x 6'..maklum le penghuni pun tak ada yg bersaiz kecil...boleh lepak2..bersila makan kat situ sambil disapa angin dr bukit kat belakang tuhh...

Subscribe to:
Posts (Atom)