Friday, 28 July 2017

Menuai lagi....

Hasil tuaian hari ini. Sebenarnya pokok2 cili dah makin membesar dan meninggi, letih dibuatnya jika nak memetik cili.
Keputusan telah dibuat, pokok2 cili ini perlu dipangkas untuk mengawal tumbesarannya. Terlalu merimbun dan tinggi pula. Laluan pejalan kaki yang dibuat pun sudah sukar untuk dilalui.

Hasil cili dari pemangkasan yang dibuat untuk 3 pokok cili. Sepokok tu belum sepenuhnya dipangkas, baru 10% jer. Letih, sambung dilain hari.


Ini pula hasil yang dipetik di pagi hari, bendi, jambu lohan, belimbing buluh, cili dan terung ulam.


Ulam-ulaman yg dipetik 2 hari sebelum tu, pucuk gajus, ubi kerinting, cemumaq, putat dan beberapa batang serai. Rezeki yg tak pernah putus, alhamdulillah.

Ini pula ceri barbados dan limau kasturi.


Bila banyak pokok2 yang sudah mengeluarkan hasil, rasa amat berbaloi menanamnya. Selain dapat menjimatkan belanja dapur, hasil yang berlebih dapat pula disedekahkan kepada jiran tetangga.
Bercucuk tanam di ruang yang terhad pun dapat kepuasan yang tak terhingga. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.

Pokok gajus yang sentiasa berpucuk. Puas mengulam.

Bendi nan sepokok, pokoknya tinggi menjulang, dapat 2 biji pun dah cukup untuk disayurkan.

Ini buah sulung untuk dibuat benih.

Benih kacang bendi yg sudah kering. Selepas ini boleh semai bendi pula.


Thursday, 27 July 2017

Gulai lemak nangka dgn ayam

Teringin benor nak makan gulai ni, cuma tak berkesempatan berjumpa dgn nangka muda je.
Bila dah jumpa nangka, rangka ayam pula habis. Tak nak campur dgn ayam yg ada isi tu, nak rangka juga.
Perap nangka dlm petisejuk sampai dua hari. Hari ni baru cukup lengkap dan projek pun jalan. Bukan tak pernah makan kat kedai nasi campur tu tapi kalau buat sendiri boleh makan berulang2, siap ratah lagi.
Ngidam kalah orang mengandung. Aduhhh....resepi campak2 jer.

3 ketul rangka ayam, potong dan cuci bersih, toskan.
500g nangka muda, potong kiub, rebus dan letak sesudu garam, toskan.
4 btg serai
2 labu bwg besar
8 ulas bwg putih ( ini bwg putih yg jenis kecil)
Segenggam cili padi
Seinci kunyit hidup
Halia sebesar ibu jari
Asam gelugur 2 keping
Rm3 santan fresh atau 1 kotak santan kara.
Garam, gula dan perasa (optional)

Cili padi, bwg putih, bwg besar, halia, kunyit dan serai.

Nangka siap direbus.


Bwg, halia, kunyit dan cili dikisar. Akak juga potong serai yg bahagian lembut tu dan kisar bersama. Selebihnya, serai itu diketuk.
Bahan kisar terus masukkan ke dalam periuk bersama rangka ayam dan serai yg diketuk, renehkan 20 minit.
Biar hilang bau pijar cili dan air ayam kering dan masak, tambah air jika kering. Letak asam keping.
Letak nangka, didihkan sebentar. Masukkan santan dan semua bahan perasa, balancekan rasa, biar mendidih dan selalu dikacau supaya santan tak pecah minyak.
Siappp.
Yang ni, belum dimasukkan santan.

Selepas letak santan, warna pun berubah.



Nota:
Tak semestinya guna rangka ayam, boleh je guna ayam yg biasa tu, potong kecil. Selain ayam, boleh ganti dgn ikan kering, daging bersama tulang, udang, ikan bilis, siput dan macam2 lagi. Ikut citarasa sendiri. Kita yang nak makan kannnn....
Cili pun ikut tahap kepedasan masing2, kalau tak makan pedas, letak sikit je.
Selalunya masakan macam ni, kita sebut masak lemak tetapi sesetengah tempat tetap disebut gulai. Kalau belah utara, gulai mesti ada rempah ratus kat situ seperti serbuk kari ikan, serbuk cili dan sebagainya.
Apa yg penting kita yang masak, nama resepinya tak usah susah2, suka2 hati la nak letak nama apa, sesedap rasa sendiri, boleh cenggitu??
Kalau tak ada kunyit hidup ganti dgn kunyit serbuk. Itu la, kunyit hidup lebih wangi gitu. Boleh juga masukkan daun kunyit yg dikoyak2 atau sehelai dua daun limau purut utk membangkitkan lagi masakan kita tu.
Asam keping tu boleh digantikan
dgn belimbing buluh jika ada tapi kalau asam jawa tu tak sesuai la pula rasanya. Ok, selamat mencuba.

Sunday, 16 July 2017

Laksam

Sudah lama kepingin nak bikin laksam ni... Makan selalu juga tetapi beli ler...
Kali ni bertekad sungguh nak membuatnya, maka terhasilah homemade laksam ni.
First trial, banyak juga yg perlu diperbaiki walau pun kejadiannya tak lah mengecewakan..

Akak guna tudung periuk saiz sederhana utk mengukus.


Laksam yg dah siap digulung.

Resepi Laksam

3 cawan tpg beras
1/4 cawan tpg gandum
Secubit garam
1sudu besar minyak masak
Air suam 5 cawan jgn dihabiskan.
Sedikit minyak sebagai bahan sapuan kat tudung periuk.

Satukan semua bahan,dikacau sebati dan tak bergentel, akak guna whisk je. Kepekatan ni terpulang tetapi bancuhan atau adunan laksam adalah cair.
Apabila dituang ke atas tudung periuk, bancuhan ini akan cepat bergerak menutupi tudung periuk tadi.
Kukus 5-8 minit, bila dilihat ada gelembung2 di permukaan tepung tadi maknanya laksam dah masak.
Angkat dan gulungkan. Ulangi proses ini sehingga selesai.

Sambal Laksam
4 bj cili merah
15 bj cili padi merah
Belacan, garam, limau nipis atau limau kasturi dan gula.

Blend cili,belacan, garam dan gula.
Letak jus limau, siap.

Kuah Laksam
1 kilo ikan kembung
10 ekor ikan selayang
Bersihkan, rebus dgn garam, asam keping dan 2 btg serai yg diketuk.
Belacan
2 sudu besar lada hitam
2 labu bwg besar
2 ulas bwg putih
10 ulas bwg kecil
Halia sebesar ibu jari
Santan 1/2 kilo
Garam dan gula

Ulam-ulaman
Tauge- buang ekor dan bersihkan.
Timun, kubis
Kacang panjang
Kantan
Daun kesum
Bawang besar
Ini senarai ulaman yg asas jer... Boleh letak apa2 ulam kesukaan spt selom, pucuk gajus, samak dan sebagainya.
Semua ulam diracik halus.

Asingkan tulang dan isi ikan, air rebusan guna utk kisar bahan2.
Kisar semua bahan di atas kecuali isi ikan.
Tuang ke dlm periuk, didihkan. Isi ikan diblend dan masukkan dlm periuk.
Tulang ikan pun diblend dan tapis.
Masukkan cecair semua termasuk santan.
Asam keping dan serai dr rebusan ikan tadi. Kepekatan kuah terpulang, adjust ikut kemahuan.
Letak gula dan garam, perasakan, bila dah mendidih tutup api dan hendaklah selalu dikacau supaya santan tak pecah minyak.

Kuah laksam hendaklah pekat dan likat, baru ada ummphh..

Ulam-ulaman asas



Kuah laksam kelantan ada rasa manis, bila buat sendiri, gula boleh dikurangkan, jgn tak letak langsung, kuah tak sedap...perlu ada balancing juga...
Sambal laksam tu dah pedas, bila nak makan, letak sedikit dahulu dan tambah kemudiannya ikut citarasa masing2.


Thursday, 13 July 2017

Pajeri terung + nenas

Hihi....terung lagi...jangan jemu dgn resepi terung,nama pun suka terung kan...
Sejujurnya terung utk resipi pajeri ni akak beli bukan hasil dr tanaman akak tetapi sebelum pindah itu hari akak dah pernah tanam terung panjang ungu ni...
Tak panjang hayatnya dek kepanasan dan hanya mendapat air seminggu sekali,selebihnya mengharapkan air hujan. Sempat juga merasa terung putih bulat, terung panjang hijau dan terung panjang ungu ni.
Berbalik kepada resipi pajeri terung ni,lain orang lain pula caranya. Di sini akak share cara yg akak selalu buat.

Terung panjang ungu 3biji. Belah 2biar putus. Setiap belahan dibelah lagi tapi tak putus pula. Senang dan cepat masak.
Nenas 4keping dibelah empat tak putus. Nenas masak bukan yg ranum masaknya.
Rempah tumisan (4bj pelaga, 1 btg kayu manis, 3 kuntum bunga lawang dan 5kuntum bunga cengkih- basuh,toskan )
2 ranting daun kari
Sejari halia
Bwg putih 4 ulas
Bwg besar selabu
Halia,bwg putih dan bwg besar dimesin,ketepikan.
Segenggam udang kering,rendam air panas 5 minit dan toskan.
4 sudu besar rempah daging Babas
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar cili paste
Rempah dan cili semua jadikan paste dgn dicampur bhn2 yg dimesin tadi. Masukkan sedikit garam dlm paste ini.
1 senduk kerisik
1 mangkuk kecil santan pekat.
Sejari halia dihiris halus
5ulas bwg kecil dihiris
2ulas bwg putih dihiris
Minyak utk menumis
Garam, gula melaka,gula putih
Perasa (optional)

-panaskan minyak,tumis 4 beradik sehingga wangi. Masukkan bahan yg dihiris. Tumis biar layu. Letak daun kari.
-masukkan paste tadi dan renihkan dgn api perlahan sehingga pecah minyak. Selalu dikacau utk elakkan berkerak dan hangit.
-rempah dah masak,masukkan air,terung dan nenas. Masukkan gula melaka dan gula putih ikut kemanisan yg dikehendaki.
-masukkan juga udang kering, kerisik dan santan. Biar merenih, kuah hendaklah pekat. Perasakan. -terung dan nenas sudah lembut, tutup api.

Kali ni akak masak dalam kuali, terung je kelihatan, nenas tenggelam. Pajeri terung selalunya disajikan bersama ikan masin yg digoreng, baru ngammm..


Nota:
Jangan rasa pelik bila terung dicampur dgn nenas,ok jer...sedap ada masam manis. Semasa masukkan air just ukur dgn terung tu, jgn banyak sebab nenas juga akan mengeluarkan air, nanti kuah akan cair sebab santan pun belum dimasukkan lagi. Air tu utk lembutkan terung dan nenas jer.
Gula ikut citarasa sendiri, akak buat ada rasa pedas dan tak terlalu manis. Yg penting,rasa dulu sebelum menambah apa2 perasa spt garam sebab dah ada udang kering. Gula putih pula sebab nenas sudah manis dan ada guna gula melaka. Gula melaka memberi warna yg agak gelap tapi wangi dan sedap.
Penggunaan udang kering dlm masakan pajeri ni, ianya memberi aroma dan rasa yg tersendiri selain dapat memekatkan kuah pajeri kita. Udang kering boleh dimesin sebahagiannya bersama bwg dan halia itu, baru ada ummphh..
Akak guna sedikit saja santan sebab sudah ada kerisik yg juga berminyak dan lemak. So, pandai2 lah adjust dan balancekan rasa. Selamat mencuba.





Tuesday, 11 July 2017

Belimbing yg tak putus2 berbunga dan berbuah..

Alhamdulillah....Pokok belimbing ni sentiasa ada buah walaupun tak sebanyak bulan Mac dan April tempoh hari tetapi ianya tetap mengeluarkan hasil...



Di pangkal pokok belimbing ni akak letak kulit pisang dan rumput kering...menghijau je pokoknya.

Kali ni akak sertakan resepi ikan singgang tumis dgn belimbing buluh.

7 ekor ikan selar kuning,bersihkan
Sekuntum kantan
Beberapa ranting daun kesum
Serai 2btg,diketuk.
Cili padi 10bj
Cili besar masak 2bj
Bawang besar selabu
2ulas bwg putih
Seinci kunyit.
3hiris lengkuas diketuk
10bj bendi
10bj belimbing buluh dibelah 2
Garam,gula,perasa
Minyak utk menumis.

-kisar kasar atau tumbuk cili padi,cili besar,kunyit,bwg besar dan bwg putih.
-tumis bahan tumbuk biar wangi, letak serai,kacau sebentar.
-masukkan air, letak kantan, kesum, belimbing buluh dan lengkuas. Biar mendidih sehingga belimbing tu betul2 keluarkan asamnya. Lebih kurang 5 minit.
-masukkan ikan dan bendi, garam dan perasa jika suka. Ikan cepat masak,bila mengelegak boleh tutup api setelah rasa asam garamnya.
Nota:
Ikan boleh guna bermacam2 jenis ikan termasuk ikan ketul iaitu ikan besar yg siap dipotong. Akak suka ikan selar kuning ni...comel je dan manis kalau dimasak. Ikan ni kalau digoreng pun sedap.
Kalau gantikan daun kesum dgn selasih thai tu pun sedap,wangi jer..
Maaf, gambar entah dimana pula...



Simple resipi terung ulam cili kicap

Resipi yg teramat mudah...main campak2 jer...campak masuk kuali la...bukan tong sampah..hihi 😄😄😄...
Sepanjang bulan Ramadhan lalu memang tak ada mood nak mengupdate blog...lemau je..
Hari2 pun masak tapi tak ada gambar bagai...malas sungguh..
Terung coco lai akak banyak pula buahnya...dah tak habis makan. Macam2 menu dah buat...hari ini nak share terung ulam ni dimasak cili kicap,masakan super express tapi yummy kpd penggemarnya lah...

7bj terung coco lai belah 2 atau 4
15bj cili padi diketuk
Bawang besar sebiji potong kasar
Seulas bwg putih diketuk
Ikan bilis digoreng 1senduk
Telur mata 2biji
Kicap manis
Secubit garam@sos tiram
Secubit gula dan sehiris limau nipis atau kasturi.
Minyak utk menumis.

-tumis bwg besar dan bwg putih sebentar,terus letak terung dan cili padi.
-tumis biar layu,letak semua perasa(kicap,sos tiram...klau dah letak sos tiram tak perlu garam lagi).
-last,masukkan ikan bilis goreng.
Dalam pinggan...letak telur mata,siram gorengan tadi,perah limau,sedia dimakan bersama nasi panas...perghhh...
Kepedasan,manis ikut selera... kicap dah manis tak usah tambah gula tetapi kepada yg tak tahan pedas boleh kurangkan cili dan letak gula.Pilihan masing2 kan..

Terung coco lai yg bulat...yang panjang tu terung telunjuk.

Cili padi,coco lai dan tomato ceri.

Telur mata memang tak nampak tertimbus dgn terung.

Makan sambil gigit cili padi biar meletup-letup di dalam mulut...