Friday, 29 September 2017

Mee kari ipoh versi derhaka....erkkk...

Mee kari merupakan menu kegemaran sekeluarga. Sudah beberapa kali membuatnya tapi tak berkesempatan untuk mengupdate di sini. Apa beza mee kari ipoh dan mee kari yang selalu kita makan tu??
Bezanya cuma dengan penggunaan ikan bilis tamban atau ikan temenung kecil yang direbus dan diambil airnya sebagai bahan kuah. Mee kari ipoh juga hanya menggunakan aneka fish ball, fish cake, tauhu kering sebagai bahan rencah sampingan selain sayuran seperti taugeh.
Emmm...sebab tu namanya edisi derhaka, akak tambah ayam sebagai lauk dan juga telur. Puas mencari kerang kat pasar, tak ada pula hari ni, so mee kari ni tanpa kerang. Kalau ada kerang lagi terangkat.
Ada tauge, sayur sawi celur, kacang panjang, daun pudina sebagai pelengkap hidangan.

Bahan untuk kuah:
200g ikan bilis tamban/temenung.
2 senduk cili kering kisar.
6 sudu besar rempah kari daging.
6 batang serai.
Segenggam ikan bilis basuh, toskan.
2 labu bawang besar.
6 ulas bawang putih.
6 ulas bawang merah kecil.
Rempah tumis ( 4 beradik ).
Daun kari 3 tangkai.
Santan 1/2 kilo.
Air, garam, gula dan bahan perasa.
Minyak untuk menumis.

Ikan temenung kecil ini dibasuh bersih dan direbus sehingga lembut.( 40 minit )

Proses merebus. Pastikan air yang mencukupi kerana air rebusan ini yang akan diambil untuk penyediaan kuah mee kari nanti.
Ikan ini boleh direbus berulang untuk mendapatkan rasa yang dikehendaki pada kuah mee kari ini. Ini terpulang kepada setiap individu.

Ikan bilis. Kalau ada ikan bilis nasi yang putih tu lagi sedap.

Caranya:
Ikan bilis, bawang besar, bawang putih, serai bahagian yang lembut dimesin.
Bawang merah kecil dihiris. Tumis bawang merah dan rempah tumis tadi. Letak daun kari, serai yang dititik biar wangi, masukkan bahan2 mesin. Masak seketika.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Masak sampai pecah minyak dan garing.
Masukkan air rebusan ikan tadi. Letakkan aneka fish ball dan fish cake, tauhu, ayam dan biar mendidih.
Masukkan santan dan sesuaikan rasa. Jika masih tak menepati rasa yang dikehendaki, boleh merebus semula ikan bilis tadi dan masukkan airnya sahaja. Isi ikan bilis ini tidak boleh dimesin untuk diambil isinya bagai sebab kuah nanti akan rasa pahit. Cukup sekadar dengan air rebusannya saja. Waktu ini akak masukkan segenggam daun pudina dari laman dan kacang panjang. Tutup api.

Bahan hidangan:
Mee kuning, celur dan toskan.
Taugeh mentah atau dicelur.
Telur rebus dibelah.
Bawang goreng.
Daun pudina / daun bawang.
Sawi celur untuk yang suka sayuran.
Cili kicap untuk yang suka pedas.


Bahan2 untuk ditumis dan dimesin.

Fish cake dan fish ball.

Kuah yang telah siap.

Cadangan hidangan. Isi ayam yang dicarik- carik, daun pudina, telur, sawi, taugeh...bawang goreng mana?? Lupa lagii..

Siap bersama kuah. Kalau ada sambal kerang atau sotong tentu lebih menarik.

Nota:
Mee kari ini akak campur santan fresh dan sekotak kecil santan kara. Boleh letak kiub ikan bilis untuk menambah rasa sebab akak tak guna ajinomoto.
Rencah yang kita tumis sehingga garing tadi boleh diambil sesenduk besar sebagai cili sampingan semasa makan nanti. Jika tidak boleh saja buat cili potong bersama kicap untuk yang suka pedas.
Jika ada sambal kerang atau sambal sotong boleh dimakan bersama mee kari ini. Yummy...
Selamat mencuba.

Wednesday, 27 September 2017

Tin oh tin....bukan tin kosong yer..

Sudah lebih dari setahun berjinak-jinak dengan penanaman pokok tin ni. Bermacam2 karenah dan ragam pokok tin dan penjualnya juga. Kebanyakan pokok tin mahu pun keratan pokok tin ini akak beli melalui online, hampir 80% adalah pembelian melalui talian.
Berbagai group penanaman dan penjualan pohon tin akak join untuk menimba ilmu secara tak langsung. Waktu tu pokok tin begitu digilai dan harganya melonjak tinggi, tidak seperti sekarang, seperti sudah melalui zaman kemalapan. Entah di mana silapnya.
Sungguh pun begitu, permintaan masih ada, harga sedikit menurun, bagus untuk 'beginner'yang baru nak cuba menanam sepokok dua pokok tin ini.
Sedap sangat ker rasa buah ni?? Itu juga menjadi tanda tanya pada akak semasa mula mengenali pokok tin ini. Tak sabar menunggu pokok sendiri berbuah, buah segar pun akak beli atas talian, terpengaruh sungguh...hihi. Alamak!!! Tak sedapnya, rasa tak berbaloi. Ada beratus variety kat Malaysia ni, tak semuanya tak sedap, ada yang manis, lemak, juicy, madu bagai. Tak semestinya pokok mahal buahnya sedap. Rajin bertanya dan membaca komen para rakan yang menanam mahu pun yang menjual.


Dah lupa variety apa yang dibeli, tapi memang tak sedap.




Kebanyakan pokok tin yang akak beli adalah dari keratan tut, bila sampai ketangan, akak akan 'recup' seperti gambar di atas tu. Siap labelling lagi tapi kejap aje...lepas tu semua hilang.😝😝😝

Mendebarkan tunggu akar yang berselirat, banyak juga yang gagal.

Bila dah stabil baru masukkan ke dalam pasu besar dan pendedahan kepada cahaya matahari pagi sahaja.





Medium untuk pokok tin perlukan tanah yang poros supaya akar tak rosak. Leceh juga bagi beginner macam akak.

Akak ada lebih kurang 20 variety pokok tin, sekadar tanam untuk makan buah bukan untuk jualan. Variety yang murah jer....ribu riban memang tak mampu nak beli.

Ini buah pertama yang masak.

Qing pi.

Antara variety yang masih ada bersama akak buat masa sekarang ialah Iraqi yang sudah mula berbuah, Red Khutmani, Qing Pi, Black Jack, Wuhan, Napolitano Negra, Tena, Green Jordan, Purple Jordan, TGF, MD, Lissa, BBR, Negrone dan beberapa jenis lagi.
Kebanyakannya sudah berbuah, alhamdulillah.
Sebenarnya dengan penjagaan yang betul, pokok tin memang boleh ditanam dengan jayanya tanpa RPH ( rumah perlindungan hujan ). Pokok tin memang kena selalu dibajai, disembur baja foliar untuk penjagaan daun supaya tidak berkarat apabila terdedah kepada cuaca seperti di negara kita
ini yang mendapat jumlah hujan yang agak tinggi.
Kalau ada RPH, kerja lebih mudah dan bagi yang mampu itu semua bukan masalah. Musim hujan baru ini, akak kehilangan 5 pokok tin disebabkan jangkitan kulat pada akar. Lambat bertindak, dapatlah habuannya. Sepatutnya akak kena pindahkan ke tempat yg kurang terdedah kepada hujan apabila melihat banyak daun2 yang gugur.
Bercerita tentang kematian pokok2 ni, sebenarnya akak pun ada mencuba untuk menanam pokok tin melalui keratan batang tetapi semuanya gagal apabila lambat mempelajari cara2.menanam melalui keratan batang.
Sudah serik, waktu tu keratan batang pun harga masih mahal.
Selepas ini boleh cuba dari keratan batang pokok sendiri.



Sekarang, setiap pagi boleh menikmati buah tin segar dari laman. Buah tin amat bagus diambil atau dimakan semasa perut kosong di awal pagi.


Monday, 25 September 2017

Bila saudara-mara bertandang...

Ubikayu, pucuk ubikayu, pucuk kelor dan berbagai jenis ulam dipetik untuk makan beramai-ramai. Kalau sorang2 tak rajin juga nak ulam bagai. Bila dah ramai, seronok berulam dan makan bertambah2 pula.
Ini cerita minggu lepas bila adik dan abang bertandang ke rumah. Seronok bila ramai2 macam ni, letih pun hilang sebab asyik makan jer...haha.
Ada pula sambal tempoyak hijau, budu cili padi dan sambal kicap untuk suami yang tak makan budu dan tempoyak tu... Laju jer makan tak ingat...😜😜😜
Antara hasil yang dipetik dan sempat nak posing. Ada juga petik aneka pucuk ubikayu untuk dibuat masak lemak cili api. Pucuk ubi putih, pucuk ubi kerinting dan pucuk ubi merah. Tak sempat pula nak bergambar. Ulam pula pucuk gajus, bebuas, samak, terung ulam dan cemumar. Puas hati bila dapat petik dari laman sendiri. Bebas dari racun dan bahan kimia.

Ubikayu, terung pipit dan pucuk kelor.

Pucuk kelor ni dibuat masak lemak putih bersama keledek.

Abadikan di sini. Bukan mudah untuk berkumpul dan makan bersama macam ni. Memasing sibuk dgn hal keluarga dan kehidupan harian.

Keluarga akak pun tak penuh sebab anak2 di perantauan. Saudara-mara pula hanya 2 famili dari 7 kesemuanya. Bila ler nak dapat berkumpul semua???


Cili padi dari laman akak.

Sambal tempoyak cili hijau bersama bilis dan petai.

Ubikayu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kalau dibiarkan memang jadi kayu sebab tak ada kudrat nak mencabutnya.
Mujur hujan dah berhari2, tanah sudah lembut dan kerja mengorek dan mencabutnya jadi lebih senang. Alhamdulillah.

Sunday, 24 September 2017

Bayam Brazil

Ingin tahu juga kenapa namanya bayam brazil?? Tengok teman2 fb ramai yg menanam dan sedap katanya, akak pun tak ketinggalan, nak juga merasa.
Beli dari rakan fb benihnya.

Boleh sekali tumis..😋😋😋

Batang2nya akak semai. Cucuk je ke tanah.

Selepas sebulan pokok2 bayam ni dah boleh dipetik dan biakkan lagi melalui keratan batangnya. Senangkan...



Sebenarnya ada empat bekas atau pasu yang digunakan tetapi lagi satu tu dah dipindahkan ke dalam tayar, lebih luas.


Jom tanam bayam brazil, senang hidup, sedap dan susah mendapat serangan penyakit. Siram dengan air basuhan beras pun dah memadai. Kalau ada baja organik lagi bagus.

Hasil tangkapan kat Cameron Highland....

Percutian keluarga baru2 ini di Cameron Highland. Cuci2 mata dan poket juga turut dicuci...mujur tak bersih. Hihi....Cameron Highland selalu menjadi destinasi pilihan bila tak ada perancangan yang betul2 dibuat. Selalunya setiap tahun mesti nak jengah ke sana
...ada masa tu sampai 2 kali dlm setahun.
Tapi kali ini cuaca kat Cameron Highland amat sejuk. Suhu sekitar 18 darjah celcius jer... Mungkin disebabkan hujan yg turun setiap hari. Alhamdulillah...bila di sana tak pula hujan, puas la meronda.
Selalunya tengok pokok2 ja...tp orkidnya mahal sangat.
Beli bunga yg biasa2 ja dan sepokok rosemary, harap dapat hidup dlm jagaan akak.

Pokok rosemary yang akak dah togelkan, batang keras disemai semula, harap2 menjadi.

Daun2 yang digunting, cuci bersih dan bekukan. Bila nak guna, keluarkan dr freezer.

Ranting yg dipotong, rendam dlm penggalak akar.

Lupa nama 2 jenis pokok yang berbunga ni...masih di tempat teduh.






Geram tengok bunga2 yg subur menghiasi landskap ni. Teruja betul... Tapi masih boleh kawal keinginan untuk membeli lagi. Selalunya pokok2 tak tahan dgn cuaca kat bawah ni...
Ok, jom cuci mata..

Monday, 18 September 2017

Bunga2 di laman...

Bunga sebagai penyeri laman, dicelah2 pokok2 yang semakin meninggi dan membesar. Antara pokok2 ros yang akak tanam, semuanya dah berbunga dan setiap darinya mempunyai aroma bauan yg tersendiri.
Terapi semulajadi bersama alam. Bunga ros ada yang cepat layu dan ada yang boleh bertahan. Warnanya memang memikat dan tak jemu memandang. Aduhai.....
Ros perlu penjagaan dan perhatian. Daun2 kering, bunga2 yang layu hendaklah dipotong dan perlu dibaja untuk bunga yang berterusan.
Cantik memang memerlukan pelaburan, masa dan tenaga... emmm...

Sejambak berkembang.



Pink belacan


Merah menyala...kudup bunga yang berwarna agak gelap.

Soft pink.


Kudup bunga berwarna kuning tetapi bila berkembang sepenuhnya berwarna putih pucat.


Brazilian snapdragon.

Orkid pinang.

Banyaknya gambar bunga, seronok dan puas dengan keindahan alam. Sungguh indah ciptaanMU ya Allah. Bersyukur selalu...

Cactus siam atau pokok bunga mahkota berduri. Eurphobia milii flowers, nama saintifiknya.

Cactus siam ini mempunyai warna yang pelbagai dan perlukan 'full sun '. Akak ada 5 jenis semuanya.

Purple trumpet.

Ada banyak jenis bunga lagi yang tak show off...hihi..tunggu giliran.