Pokok2 bunga tu penyeri laman..kalau tak ada sepohon dua pun boring juga..terapi mata dan minda juga..banyak pokok banyak le oksigen tu..bagus juga kan...biarlah gambar berbicara pula..
pucuk kunyit yg daun bergulung tu..
buat ulam aje..
pucuk bebuas..celur aje dibuat ulam cicah budu.
pucuk kaduk dan pucuk ubi kerinting..
sedap pucuk ubi kerinting ni..lembut
pokok kunyit yg merimbun..lepas ni boleh buat jus kunyit
Satu nyiru...puas hati
seriously..klau serai tu sekali ambikk tahan utk sebulan dua.
serai,ulam raja dan pucuk ubi memang menjadi...tapi
sekarang akak dah kosongkan laman dr
pokok ulam raja..beri laluan pd bendi lak.
pandan..pokok yg jadi keperluan..
cili padi akak tak berapa nak menjadi..tgn akak tak
sesuai tanam cili kut..tapi tak jemu mencuba..
sekarang tengah menyemai cili..nanti update
pucuk mata pelanduk yg sedap giler....rangup gitu..
pokok geti panggilan org utara..disebelah sana nun..
dikenali sebagai pokok turi..sedap dimasak lemak..
pucuk muda dibuat ulam mentah..jgn tak tahu ya..bleh try
pucuk manis aka asin2,akar som dan sedikit cili..alhamdulillah
Serai acheh yg dah memenuhi pasu besar akak..
klau emergency tu..inilah pengganti serai kita..
Puding belacan,pokok pemberian kawan..sekarang dah
besar bagai johan..harap dapat la bertahan..
walaupun selalu ditinggal-tinggalkan..
tengok tu..botol air sebagai peneman..
pokok kari pun dah meninggi..pokok yg dah jadi keperluan..
setiap rumah mesti tanam..rumah merpati akak
kat penang tu pun ada pokok kari..
tanam dlm kotak polisterin tu..
Mak aiiii jus kunyit ,,,,,,
ReplyDeleteKunyit tu buat ulam pun sedap
betul tu...kunyit yg muda2 tu,rapuh dan sedap tapi ada yg tak suka dgn baunya..
Delete