Wednesday, 24 May 2017

Pohon ulam-ulaman sebagai pelengkap laman...bhgn 3

Sambungan dr entri terdahulu.... Jangan jemu utk membaca mahu pun utk menikmati ulam sebagai diet harian kita. Ulam yg kaya dgn sumber vitamin,mineral dan serat ini harus kita jadikan sebagai amalan... Jom sambung...

11. Pucuk kaduk..

Kaduk....amat sinonim dgn bangsa Melayu sebenarnya. Dari dahulu lagi...perkataan kaduk tu selalu menjadi sebutan sbg bahan sindiran mahu pun penceritaan.
Malang Pak Kaduk.... Kaduk naik junjung dan sebagainya.
Tapi hari ni akak nak share berkenaan pokok kaduk yg akak tanam. Kaduk tumbuhan menjalar,mudah hidup dan tak perlu penjagaan pun sebenarnya.
Kalau dibiarkan merayap di kawasan sedikit lembab...tentu pokoknya subur menghijau.

Pokok kaduk yg akak tanam bersebelahan dgn pokok sireh.
Bagi yg tak biasa....memang tak dapat nak membezakan pokok sireh dan kaduk ni. Rupa yg hampir sama.

Pokok yg sangat pantas menjalar....selalu dipangkas juga.

Pucuk kaduk enak dibuat botok-botok,gulai lemak bersama bilis atau ikan kering atau direbus saja sebagai ulam....cicah budu.

Miang kham...makanan tradisi thai juga menggunakan daun kaduk sebagai bahan utama mereka.
Akak masih belum pernah mencuba lagi...

12. Akar som atau ginseng jawa..

Benih pemberian seller online ini telah memperkenalkan akak dgn sejenis tumbuhan yg menjadi kegemaran akak dan anak2.
Seronoknya....dr mencuba sendiri beberapa menu dr pohon ini ianya juga sudah menjadi kesukaan rakan taulan apabila benihnya pun akak dah panjangkan kpd mereka.
Tumbuhan yg bagus utk kesihatan wanita....dicelur,dijadikan sayur campuran dgn berbagai jenis daun,sayur utk digoreng bersama mee dan berbagai lagi. Ubinya boleh direbus dan diminum utk penjagaan kesihatan....
Tumbuhan yg sedikit berlendir ini amat mudah hidup dan selalunya ia tumbuh sendiri dr biji benih yg diterbangkan angin. Bunga2 mungilnya pun cantik sbg penghias laman...


Pokok yg hidup melalui keratan batang,biji benih mahu pun melalui ubinya yg menyerupai ginseng tu...


Menu yg selalu menjadi pilihan...mee goreng basah bersama daun ginseng jawa.


Pucuk dan hampir keseluruhan daunnya boleh diambil...tidak keras.

Daun ginseng ini dimasukkan akhir sekali...ianya cepat lembut dan layu..

13. Tenggek burung atau cabang tiga...

Dikenali sebagai pokok tenggek burung di sebelah selatan...utara pula dgn nama cabang tiga iaitu merujuk kpd daunnya yg bercabang tiga seperti tapak itik. Memang sesetengah tempat dikenali juga sebagai tapak itik.
Selalu tumbuh di kawasan belukar dan berpaya...sejenis tumbuhan berkayu.

Pokok yg boleh dibiakkan melalui keratan btg atau biji benih. Kalau dapat sinaran matahari penuh...pokok mesti berpucuk cantik. Pokok akak sudah dinaungi pohon mangga yg merimbun.


14. Pokok pena/mata itik?

Pucuk yg rangup dan lemak...ulam mentah yg sangat sedap. Mudah hidup melalui biji benih yg masak
dan gugur di persekitarannya.

Pucuk yg dikenali dgn berbagai nama...

Sebenarnya akak pun tak pasti samada mata itik,mata ayam,mata pelanduk adalah merujuk kepada pokok yg sama.
Selalunya akak membeli sejenis lagi pucuk ulam yg daunnya bergerigi di tepi tetapi mempunyai rasa yg sama dgn pucuk pena ini dimana pucuk pena tepi daunnya licin dan sedikit tebal (spt dlm gambar).

15. Temu mangga..

Sejenis ulam yg berubi seperti kunyit tetapi mempunyai aroma yg memikat...aroma buah pauh atau mangga. Ubi atau rizomnya dijadikan ulam mentah atau pun kerabu.
Boleh dikategorikan sebagai salah satu pokok herba apabila ubinya dijadikan jus dgn campuran beberapa herba lainnya.
Daunnya ada sedikit kemerahan di tengah..

Temu pauh ini mempunyai daun yg hampir sama dgn daun kunyit tetapi daun temu pauh lebih besar dan panjang...aroma berbeza dan ubinya sedikit putih dan kuning cair...

Daunnya menjulang tinggi...

Pokok cukup matang apabila mula mengeluarkan bunga yg cantik. Bunganya akak tak pernah makan kecuali bunga kunyit....

No comments:

Post a Comment