Sunday, 21 May 2017

Pohon ulam-ulaman sebagai pelengkap laman......bhgn 1

Ulam bukan sahaja sebagai pelengkap sesuatu hidangan tetapi ulam-ulaman ini sangat berkhasiat utk tubuh badan kita samada dimakan mentah atau direbus. Kandungan vitamin yg tinggi dan juga sumber mineral,ianya bagus utk pencernaan dan kesihatan kulit juga.
Kalau dah ada sambal belacan bagai...tak ada pula ulam... memang tak masyukk makan pun...tak berselera la bagi penggemar ulam dan sambal ni.
Kalau ada ruang tu kita selitkan juga beberapa jenis ulam yg senang hidup dan tak cerewet penjagaannya...nak makan,petik ja...dijamin bersih dan selamat dimakan terutamanya yg hendak dimakan mentah.
Akak ada menanam beberapa jenis pokok ulam di sekitar rumah...di dalam pasu mahu pun terus di atas tanah. Cuma pastikan pokok2 ini sentiasa dipangkas supaya tidak terlalu tinggi agar mudah dipetik pucuknya.... Alhamdulillah.

1. Pucuk gajus...

Pucuk jambu golok,pucuk tere,pucuk janggus adalah merujuk kpd ulam yg sama,cuma sebutan yg berlainan mengikut negeri. Pucuk yg mempunyai rasa kelat dan lemak ini menjadi kegemaran ramai dan mudah didapati di pasar atau pekan hari.
Walaupun begitu akak tetap menanamnya...satu kepuasan gitu bila dapat petik dr pokok sendiri. Mula tu ada 4 pokok akak tanam tetapi pokok tut tu sudah mati dek panas dan kurang perhatian. Tiga lagi masih bertahan sehingga kini dan selalu mengeluarkan pucuk2 baru... Lagipun dah beberapa kali berbunga tetapi tak pernah lekat pun.... Ok jer....tujuan asal pun nak makan pucuk je...


Semua tiga pokok ini akak tanam sederet dan jarak antara satu sama lain pun tak jauh sebab tak nak ianya membesar tanpa kawalan..


Cantik pucuk2 gajus ni terutama klau musim hujan. Pucuk ni sedikit kemerahan...

Dah belajar berbunga

Pokok kedua yg turut berbunga tetapi bunga gugur ja..


Pucuk gajus pun dah tak termakan...kutip kasi jiran dan rakan.

Sepanjang musim berpucuk,apatah lagi apabila ianya sentiasa dipetik..pokok jadi byk cabang dan rendang..






Ada pucuk yg kemerahan dan ada yg sedikit kehijauan tetapi kedua-duanya mempunyai rasa yg sama pada tekak akak...my favourite ulam....

2. Pucuk samak...

Juga dikenali sebagai serai kayu ...pucuk yg sedikit kemerahan ini memang sedap dimakan walau pun kita pertama kali menikmati pucuk ulam ini. Jenis pokok berkayu spt pokok gajus juga, ianya perlu dipangkas utk menggalakkan pucuk2 baru disamping utk mengawal pertumbuhan dan ketinggian pokok.
Sedap dijadikan ulam dan perencah di dalam sajian laksa dan nasi kerabu. Sejenis ulam yg mudah didapati di pantai timur satu ketika dulu....sekarang dah ramai yg menanamnya dan ianya mudah didapati di pasar2 berhampiran..



Pokok samak yg rancak berpucuk.


3. Pucuk bebuas...

Memang ada panggilan lain utk pucuk bebuas ni tetapi akak tak pasti pula.... Salah satu pucuk yg menjadi kegemaran.. Bila dapat kunci rumah ja...pokok2 ulam ni yg menjadi keutamaan akak... puas mencari anak pokok utk ditanam walaupun waktu tu masih tak pasti bila nak pindah ke rumah baru ni...
Pucuk bebuas juga mempunyai pelbagai khasiat tersendiri...bagus diamalkan utk ibu2 berpantang kerana ia dapat mengeluarkan angin dlm badan, meningkatkan pengeluaran susu ibu dan sebagainya.
Boleh dimakan mentah,direbus dijadikan ulam atau dimasak lemak bersama udang, botok-botok, masak tempoyak pucuk2 kayu..... nyummm.
Sejenis pokok berkayu juga dan boleh dibiakkan melalui keratan btg dan biji benih.


Hanya sepohon tetapi pucuknya byk sebab selalu dipangkas..



Pucuk muda enak juga dibuat pais bersama isi ikan....sedap bangettt..

Jika ada saudara mara datang...akak selalunya gondolkan pokok2 ni semua...lepas tu ianya berpucuk semula dan bertambah meriah...

4. Pokok pudina...

Pudina sejenis tumbuhan menjalar dan mempunyai bau yg agak kuat. Terus terang....akak tak pernah makan pudina sebagai ulam mentah kecuali jika dimasukkan ke dalam laksa, mee kari dan masakan nasi, ayam, daging atau sebagai campuran dlm minuman juga....

                         
Pudina yg tumbuh menjalar diatas tanah...asal induknya di dalam pasu tetapi cepat ja ia merayap..
Akak biarkan ianya melata di atas tanah dan bila tersentuh...wangi jer aromanya.

Pokok yg mudah hidup dgn sedikit perhatian...siram jer..


5. Pokok cekur

Sejenis ulam yg popular dikalangan masyarakat Jawa. Selalu dijadikan campuran didalam masakan terutama isinya atau ubi cekur ni. Cekur mempunyai beberapa variasi juga, ada cekur hitam dan juga batik. Lazimnya cekur hijau yg selalu digunakan didlm masakan atau pucuknya sebagai ulaman mentah ....wangi dan sedap.


Ubinya selalu dikisar dgn campuran beberapa herba lain dan dijadikan jus herba utk kesihatan badan.

No comments:

Post a Comment