Akak beli dekat Jeli semasa perjalanan pulang dari Terengganu
kemarin. Banyak pula barangan yang dia orang jual di pinggir jalan bila musim banjir sebelah pantai timur ni...
Macam2 jenis ubi seperti ubi kayu, ubi kemili, ubi gadong, ubi itik, ubi keladi, aneka sayuran seperti pucuk paku, keladi sayur, ulam ulaman dan aneka buah buahan seperti pisang, rambutan, salak dan macam2 lagi. Rambang mata dibuatnya. Akak sempat membeli ubi itik, ubi kemili, pisang, petai dan pucuk paku.
Pisang berangan, sedap dan manis.
Ubi kemili atau ubi keling. Sedap direbus cicah bersama kelapa parut atau dimasak kari bersama ikan darat atau ikan air tawar.
Ubi itik enak direbus atau dibuat bingka.
3 ikat pucuk paku dipotong dan dibersihkan.
Labu dipotong kasar (akak guna sebelah ja).
20 bj cili padi.
3 btg serai dititik.
Seinci kunyit.
3 ulas bwg putih.
Selabu bwg besar.
1 kotak santan kara.
Asam keping.
Segenggam ikan bilis, basuh dan toskan.
Garam, gula dan perasa (optional)
Caranya:
Tumbuk halus kunyit, masukkan bwg, cili dan ikan bilis lalu ditumbuk kasar atau sekadar pecah2 gitu.
Didihkan bersama serai yg diketuk. Masukkan bahan tumbuk,renihkan sebentar.
Letak batang2 pucuk paku terlebih dulu baru letakkan asam keping, labu dan pucuk paku.
Bila mendidih,masukkan santan, garam dan perasa (akak guna kiub pati ikan bilis).
Bila labu sudah lembut boleh tutup api. Enak digandingkan bersama ikan kering goreng,sambal belacan dan ulam.
Labu yang dipotong kasar.
Pucuk paku direndam sebentar, cuci dan toskan.
Makanan begini memang sedap bila makan beramai-ramai, santai, tak sedar nasi dah habis seperiuk. Berselera.
Penghujung November, bulan December dan awal Januari adalah musim tengkujuh. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, hujan tanpa henti. Sekejap lebat, sekejap renyai dan kebanyakan kawasan rendah sudah dinaiki air. Syukur perjalanan akak pergi dan balik dilindungi Allah. Sejuk dan berkabus.
Tasik Banding.
Lebuhraya Timur Barat.
Walau pun sudah pukul 2ptg kabus tetap menyelubungi bukit dan bukau. Indah panorama sebegini. Terasa kerdilnya kita...