Thursday, 23 November 2017

Bubur lambuk versi akak...

Tiba2 terasa nak makan bubur yang ada lauk di dalamnya. Bubur apa tu ya??? Kalau sebelah utara kita sebut bubur lambuk atau bubur nasi yang selalu dijadikan juadah semasa bulan Ramadhan.
Apa beza bubur lambuk dengan moi? Bukan amoi ya...😄😄😄
Moi nasi selalunya disajikan bersama sup dan lauk yang dimasak berasingan. Bahan utama adalah beras.
Bagi akak seeloknya guna beras wangi atau beras siam untuk moi atau bubur yang sedap dan wangi. Tapi tak kisahlah, boleh aje letak pandan untuk beri aroma pada bubur kita.
Ada berbagai teknik untuk mempercepatkan masakan ini kerana beras yang nak dijadikan bubur ini akan mengambil masa yang lama untuk dimasak. Akak hanya guna pressure cooker, tekan butang high untuk 25 minit, semua settle.
Kalau tak ada periuk tekanan, boleh guna teknik ini. Beras dibasuh bersih,toskan,simpan di bahagian beku. Bila nak masak keluarkan terus rebus,sekejap sahaja beras akan mengembang dan masak. Seeloknya dibuat malam dan esoknya rebus beras tu.
Teknik lainnya ialah beras dibasuh,rendam sebentar dan blend. Rebus dan beras cepat masak menjadi bubur. Senangkan..

Resepi simple bubur lambuk.
1 cawan beras rendam sebentar.
1 kotak santan kara.
Rempah tumis 4 sekawan.
Sebatang serai dititik.
Seinci lengkuas diketuk.
5 ulas bawang kecil dihiris.
2 ulas bwg putih dihiris.
Seinci halia dimayang halus.
Sehelai daun pandan,koyak dan simpul.
Sebatang karot didadu.
2 tangkai daun kari.
Satu sudu teh halba.
Satu sudu teh lada hitam tumbuk.
Sedikit minyak utk menumis.
Garam dan perasa ( optional ).
Lauknya:
Daging segenggam dihiris kecil atau boleh guna ayam.
Ikan bilis goreng.
Telur masin rebus dibelah 2.
Bahan tambahan:
Daun bawang, daun sup.
Bawang goreng.
Lobak masin diracik,basuh&toskan

Emmm....Banyak jugakan listnya. Setengah orang tak tumis,rebus ja. Ada pula tumis darat. Suka hatilah nak yang macam mana janji kena dengan selera kita.
Beras dibasuh bersih dan toskan.
Tumis rempah 4 sekawan tu, letak pandan, daun kari dan serai, sudah wangi, masukkan bawang,halia dan halba, tumis sebentar.
Letak daging,goreng sekejap, masukkan beras dan air. Letak lengkuas, karot dan bilis goreng. Air hendaklah melebihi paras beras. Tutup periuk dan set time untuk 25 minit.
Setelah siap, set pada stir fry dan terus didihkan bubur kita. Kalau kurang air, boleh tambah ikut kepekatan yang diinginkan. Santan belum dimasukkan lagi.
Letak garam,lada dan perasa. Akak letak satu kiub pati ikan bilis. Masukkan santan dan bila mendidih boleh tekan butang off. Bila off pun kalau pressure cooker ianya akan tetap panas dan terus mendidih. Kacau selalu sehingga reda.
Bubur ni jika sejuk la akan pekat. Pandai2 la nak mengukur tahap kecairannya. Jika ada batang saderi atau batang daun sup dan batang daun bawang yang keras tu, boleh diracik dan masukkan supaya bubur kita wangi dan cantik warnanya.
Lobak masin boleh terus dimasukkan dalam bubur semasa penyediaan tadi atau diletak saja di atas bubur,terpulang tapi awas dengan penggunaan garam kerana lobak ini sudah tinggi garamnya.
Ada pula telur masin lagi...boleh darah tinggi tau. Kalau ada telur masin tak perlu letak lobak masin atau masukkan lobak masin bersama beras di awal tadi.

Ini versi daging.


Ini versi ada ayam. Isi ayam tu dicarik2 dan tabur di atas bubur selain hirisan bawang putih goreng yang telah disediakan lebih awal.
Emmm....enak dimakan panas2. Berpeluh jika ada sambal kicap yang meletops..

Nota:
Bubur ini boleh juga dimasukkan udang segar, isi ikan atau sotong. Seafood bubur lambuk...terangkat beb bila ada isi ikan yang dipotong kiub tu.
Kalau letak ayam, selalunya akak masak beras tu bersama kaki ayam atau rangka ayam. Bila bubur dah masak keluarkan rangka ayam yang dipotong kasar supaya tak mudah pecah atau hancur tulangnya. Nanti boleh cuba ya...




No comments:

Post a Comment