Wednesday, 11 November 2015

Part 1: Mari menyemai dan menanam... Meh tanam pokok bawang...

Mahalnya....itu le harganya boleh mencecah sehingga RM12 sekilo tempoh hari..akak bercakap tentang daun bawang ni..senangnya nak tanam pokok bawang ni..jom kita menanam dan menyemai benih pula..
Apa salahnya untuk makan sendiri, tanam pun skala kecil aje..yang mana senang tumbuh, cepat dapat hasil, boleh juga dapat mengurangkan perbelanjaan harian dapur kita tu..
Selalunya kalau ke pasar raya akak akan pilih bawang yg dah ada tunas, kalau tak ada pun tak apa, kita potong sikit bahagian atas tu..kepalanya tu kita benamkan atau tanam ke dalam tanah.
Medium kita tu...basahkan sikit, jangan letak banyak air, nanti bawang tu cepat busuk atau rosak. Dalam 3 hari tu dah boleh nampak tunasnya keluar...1-2 minggu dah boleh tuai hasil.
Kita nak guna bukan banyak pun...untuk garnish atas bihun, mee, sup, buat cucur udang, letak dalam kari, telur dadar dan apa2 aje...nak, potong aje..lepas tu tumbuh semula dan boleh le letak sedikit baja..organik atau baja kopi pun ok..meh layan gambar dgn pokok bawang akak.

bawang yg sesuai untuk ditanam..

pokok bawang selepas dituai, ia akan tumbuh semula..

sedia dituai...



akak sedekahkan pada kawan2 utk tuaian yg pertama..



saiznya tak mengecewakan...boleh cuba ya..

Dengan penjagaan yang minima dan kalau air tu just renjis2 aje, sekali sehari dah memadai, jgn kasi lencun nanti dah tak keluar pucuk la..sebab bawangnya dah lembik dan reput, hasil yang cepat..jom kita tanam..


No comments:

Post a Comment