Wednesday, 25 November 2015

Part 2 : Mari menyemai dan menanam benih

Kalau ke pasar sekarang, RM50 tu dah macam sepuluh ringgit aje...beli ikan dan sayur pun dah berpuluh ringgit jadinya...tu belum beli daging, sotong atau udang yang harganya mak aii...yang item mana tak ada GST, dia orang tibai sama jer..gaji kakitangan kerajaan naik, dia orang dapat bonus ke, minyak naik, tol naik...harga barang memang seiring naiknye..kebanyakan tu memang ambil kesempatan, kita golongan pengguna adalah mangsanya...Kejap yerr...lepaskan geram, tapi tak sepenuh hati lagi tu...nanti kena block pula..

Hari ni nak kongsi apa yang akak semai tempoh hari dan progressnya. Akak ada menyemai bawang putih dan bawang besar. Bawang putih disemai seulas tapi khabarnya ia akan menjadi selabu gitu..jom kita cuba..mana la tau boleh berlabu-labu bawang putih ni..dah tak payah beli bawang putih nanti...angan2 kejap...


bawang putih diawal penyemaian..nampak macam sesak la pula..


ada pucuknya yang akak dah potong buat masak..hehe..tak sabor benor..



kalau tanya bab rasa..tak pasti pula sebab akak dah campur dgn pucuk daun 
bawang yang besar tu..



ini bawang besar..saje nak tengok besar macam mana daunnya, 
lebar sikit aje...



sama aje macam bawang kecil tu..



pucuknya akak dah gondolkan buat masak ngan sotong...


Salah satu pokok yang sentiasa ada sebagai bekalan untuk rumah ini ialah pokok pudina. Pudina amat senang hidup, just cucuk aje dari keratan batang yang dibeli dari pasar, merimbun aje tetapi pudina ni kena rajin siram yer...satu hari tu mau 2-3 kali siram sebab batang dan akarnya yang berselirat tu amat dahagakan air. Pudina boleh dijadikan ulam mentah, campuran dalam minuman seperti lemon tea pudina dan juga campuran dalam masakan kita seperti ayam masak merah, aneka nasi, kerabu, ramuan laksa dan mee kari...kalau nak disenaraikan memang panjang berjela..sekadar panduan pada beginner. Akak pun tanam dalam pasu yang digantung jer...ini akak kongsikan gambarnya untuk tatapan semua...


pudina juga sukakan sang mentari..


pokoknya tergantung tinggi di awangan..nak ambik, pakai gunting yer..
mulakan dengan bismillah dan potong elok2..


Salah satu pokok yang akak tengah semai sekarang ni adalah tebu telor yang dah jadi famous kat satu kelab kat FB tu...akak pun tak ketinggalan nak merasa juga...tapi nampaknya lambat lagi ler nak dapat merasa, yalah baru menyemai, nak tunggu bertelur lagi, lambat lagi la tu...
akak beli benih pun melalui online...



tiga batang ni RM20 termasuk pos..


akak semai dalam polibeg dulu sebab nak tengok perkembangannya,
kalau terus tanam atas tanah, seminggu sekali aje buat lawatan, mati kering nanti.


Pokok nasi kerabu atau telang ada beberapa jenis juga, selepas berkawan dgn peminat2 pokok ni maka akak mendapat benih pokok telang putih ni FOC lagi..terus semai. FYI, bunga telang ni selalunya yang berwarna biru, birupun ada dua jenis iaitu single petal dan ada yang beropol2 gitu..dua2 jenis ni akak dah tanam, saja suka2 nak tengok bunga dan love this blue color u..
Kalau berwarna putih pun sama, ada yang single dan beropol2 juga tapi dalam simpanan akak hanya yang single aje untuk bunga yang putih ni..



ini telang putih pemberian kawan alam maya tempoh hari dan 
pokoknya dah bersedia untuk dipindahkan..



telang biru yang beropol2 atau double petals.


pokok telang biru yang beropol2 tu sebelah kanan, 
kiri tu pula telang biru juga tapi single petal atau yang tak beropol2.



disebabkan bunga yang banyak tempoh hari, maka terhasillah juga
nasi kerabu kelate ni..



birunya tu purely dari bunga telang tu..puas juga dapat
sedekahkan pada kawan2 bunga tu..



Menanam ni mendapat banyak kepuasan dan keseronokan yang tak dapat nak diceritakan. Kepada peminat atau pekebun tegar jer dapat merasai nikmat berkebun atau menanam secara kecil-kecilan ni..bukan untuk berjual pun, saje jer kongsi kalau ada yang lebih2 tu..



INFO
FYI    -    for your information.



No comments:

Post a Comment