Monday, 17 April 2017

Kacang kelor aka merungai

Pokok kcg kelor atau merungai.

Maaf kawan2 dan tetamu yg singgah kat blog akak...lama menyepi dek kesibukan dan aktiviti pindah rumah tempoh hari.
Komputer atau pc yg selalu digunakan pula rosak...memang janggal betul update blog guna hphone...mata dah rabun..alahai siksanya nak menaip dan membaca..
Entri kali ni berkenaan dgn pokok merungai ni dan beberapa resepi atau menu yg bleh dihasilkan dr pohon merungai ni...
Selepas membaca tentang khasiat dan manfaat pokok merungai ni...akak pun gigih menyemai...
Alhamdulillah...tahun ni dah bleh mkn buahnya. Bila mula tanam pun tak ingat tarikhnya tp usia pokok ni tak sampai pun tiga tahun.
Buah yg telah dibersihkan dan dipotong 2 inci.

Buah merungai utk diagihkan pd kawan2. Banyak tak termakan.

Berikut akak sertakan resepi atau menu ringkas yg boleh dihasilkan dr pohon merungai ini.
Resepi#1
Parpu telor dgn kcg kelor.
Bahan-bahannya;
4bj telor ayam
3bj kentang, kupas dan belah 4
3bj kacang kelor( kikis dan ptg 2 inci,bersihkan seperti gambar di atas )
1cawan kcg dhal rendam 1 jam
1 cawan santan
1sk kunyit serbuk
Bahan kisar:
1 labu bwg besar
2 ulas bwg putih
Halia sebesar ibu jari.
Bahan utk tumis darat:
7 ulas bwg merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
3-5bj cili kering,cuci&ptg serong
2 tangkai daun kari
1sk biji sawi
Secubit jintan putih
Sebiji tomato dan 3bj cili hijau(tambahan).
Garam,gula,minyak dan serbuk perasa( optional ).
Cara-caranya:
Kcg dhal cuci bersih dan rebus bersama bahan2 kisar sampai empok. Terus masukkan ubi kentang dan serbuk kunyit. Bila ubi sudah separuh masak,boleh mula tumis bhn2 tumis darat tadi. Letak bwg dulu,dah layu baru masukkan cili kering,daun kari dan akhir sekali bj sawi dan jintan. Goreng sampai perang bukan hangit ya...
Dalam masa yg sama,masukkan kcg kelor dlm rebusan dhal tadi...
Bila kcg separuh masak,masukkan telor satu demi satu...jgn kasi pecah kuningnya ya...
Letak santan dan bleh tambah air ikut kepekatan yg dikehendaki,perasakan,curahkan bhn tumisan tadi..letak cili hijau dan tomato..mendidih,tutup tudung periuk dan api.Siappp.

Bahan2 utk tumis darat.


Regunya ialah ikan gelama masin goreng dan sambal belacan. Dah tak perlu lauk lain dah..

Info: Jika ada pressure cooker memang cepat proses merebus ni...akak guna noxxa,set hp 5 dgn tambahan 3 cawan air.
Selepas itu sambung masak guna fungsi stir fry sehingga selesai.
Kuah ini sesuai juga dimakan dgn roti biasa,lempeng ataupun roti canai.
Jika nak lebih pedas boleh letak cili padi yg diketuk. Jom masak..

No comments:

Post a Comment