Monday, 17 April 2017

Belimbing buluh yg berbuah lebat

Pokok2 di laman akak ni mula mengeluarkan hasil apabila akak mula berpindah masuk beberapa bulan yg lepas. Alhamdulillah....syukur sesangat kerana pokok2 pun kalau tanam dan tinggal....merajuk juga kann....
Belimbing buluh tidak kurang khasiat dan manfaat dr sudut perubatan tradisional kita. Buah bukan sahaja sebagai rencah masakan tp boleh dimakan mentah walaupun mempunyai rasa masam yg amat kuat tetapi bagus utk penghidap darah tinggi atau hypertension ni.
Daun pula selalu dijadikan air mandian herba utk ibu berpantang dgn campuran herba2 lainnya. Lazimnya daun juga boleh diramas untuk mandian bayi yg baru lahir yg menghadapi masalah kekuningan atau jaundis.
Pokok akak dah berusia 2 tahun lebih dan tahun ni mula berbuah dgn jayanya.
                       


Sebenarnya bibit2 bunganya mula kelihatan pd penghujung December tahun lepas tp tidak banyak.

Mula berbunga dan berbuah dgn lebat pada penghujung February.


Akak punya berwarna hijau....ada belimbing buluh yg berwarna kuning.




Biar gambar berbicara.

Sehingga entri ini ditulis buah masih byk dipokok. Sudah dibahagikan pd jiran2 dan kawan2. Buah yg luruh pun dah jadi baja. Macam2 menu juga terhasil dr pohon belimbing ni. Antaranya masak lemak cili api ikan atau ayam,asam pedas ikan,singgang ikan dan macam2 lagi. Ada yg dijerukkan,cuma sambal hitam pahang yg legend tu belum cuba. Pokoknya.....asal ada masakan yg memerlukan asam,akak letak ja belimbing buluh ni. Buahnya yg masak atau gugur tu boleh buat basuhan ikan dan ayam....hilang hanyir semua.
Kan dah jimat tu....ok jom tanam belimbing pula dalam pasu pun boleh. Pokok akak pun tak la besar mana pun....
Gambar terkini(18April)


No comments:

Post a Comment