Monday, 17 April 2017

Pokok2 cili di laman yg terhad

Entri kali ni nak update dan share dgn kawan2 berkenaan pokok cili.
Tempoh hari, akak ingat tangan ni tak sesuai atau serasi utk tanam cili tp sebenarnya pokok cili ni selalu atau mudah mendapat serangan penyakit klau kurang perhatian.
Jika cili kampung yg lasak pun...silap haribulan pun boleh mati bila bena putih atau aphids ni menyerang. Kawalan penyakit dan serangga ni amat penting selain pembajaan yg betul utk mendapat bekalan yg berterusan. Selalunya akak guna racun organik utk menghalau serangga...ianya lebih selamat dan boleh makan tanpa was2 atau takut.
Pokok2 cili akak ada yg dah berusia 2 tahun lebih...emmm boleh tahan juga, sebelum akak berpindah masuk lagi...pokok2 cili ni dah menghuni laman ini.
Walaupun jarang mendapat perhatian masih terus berbakti hingga kini. Selalunya bila seminggu sekali akak jenguk kat laman ni....pokok2 ini semua dah terkulai layu dek kepanasan...bila disiram...segar semula. Ianya berulang kali jadi sehinggalah akak berpindah pd penghujung tahun lepas...cili sekarang semakin menjadi...benih yg dimakan burung tumbuh merata-rata..dah tak larat nak cabut buang pula...
Kalau tak ada dicari....kalau dah ada tak termakan pula...akak kongsi gambar di sini..
Cili solok...masih muda

Setiap 2 hari...cili mesti dipetik

Ini pokok2 yg tumbuh sendiri selepas buah masak dan gugur. Sekarang dah tinggi dr induk dan dah mula berbuah. Maksud akak pokok yg dibelakang tu...yg dihadapan adalah ulam raja.

Cili kulai...lebat berbuah tetapi buah selalu busuk dek serangan lalat buah.

Cili besar yg biasa.

Cili padi yg buahnya gemuk dan wangi..pedas. Id tak tahu pula...benih dr buah yg dibeli di pasar tani..akak semai.

Berbagai jenis cili

Cili putih berdaun batik

Cili purple baru belajar berbuah

Kalau dah macam ni...jiran dan kawan2 semua dapat merasa tapi tuan yg memetik buah ni...lenguh tangan dan kaki.

Kepuasan bila hasilnya dapat dikongsi...Alhamdulillah

Ada beberapa variety cili yg masih belum berbuah. Tak sabar nak tengok buahnya...sebab masa menyemai lupa nak letak id...dah confuse.

No comments:

Post a Comment