Pelengkap kpd hidangan laksa dan asam pedas...aromatic dan sedap sebenarnya kalau dihiris mentah utk ditabur sebagai ulaman atau pun perencah kerabu dan nasi ulam.
Semasa tinggal di apartment dulu..
akak memang ada cuba menanam pokok kesum ni tetapi tak pernah berjaya. Sehingga kawan akak tolong tanam dan berikan pada akak...elok jer tetapi akhirnya mati juga. Wahhh....ini baru tak serasi...
Tak pernah berputus asa, bila berpindah akak menyemai semula...benih dr lebihan ranting2 yg dibeli di pasar. Alhamdulillah....
dah hidup subur dan dah berkali-kali petik pucuknya...merimbun semula. Agaknya dia pun gayat kut...maklumlah tingkat 12 sebab tu tak hidup...
Selalu disiram dgn air basuhan beras ja...
Dah lepas dah....utk melaksa atau asam pedas...betul...seikat murah ja...tetapi kita tanam sendiri..
puas hati sebab kebersihannya terjamin.
No comments:
Post a Comment