Google+ Followers

Tuesday, 30 May 2017

Cili ungu kesayanganku....

Entri kali ni hanya nak berbicara tentang cili ungu ni atau selalu akak sebut cili purple gitu....
Semakin hari semakin meriah ianya berbunga dan berbuah.... Warna yg cantik memikat...mesti nak jenguk ke laman utk melihat perkembangannya tanpa jemu...
Sakit pening...dapat tengok pun jadilah...pencinta pokok2 ni... selalunya nak membelai dan melihat daun2 dan buah andai ada serangga perosak...penyakit pokok2 dan sebagainya.

Pohon cili purple begitu megah menjulang mencari cahaya..

Sekarang akak tengah mengumpul benih utk dibiakkan cili ni..harap2 menjadi la kerana buah sulung itu hari akak cuba semai tetapi habis dimakan siput...alahai...
Semai kali ni hendaklah di tempat yg tinggi... Laman akak dah dipenuhi dgn siput2 kecil yg berbentuk bulat cengkerangnya dan bersaiz kecil jer tetapi kuat memanjat.
Dulu tak ada siput pun....seingat akak mungkin datangnya bersama  pokok2 yg akak beli tempoh hari...
Cepat sungguh siput ni membiak....


Wednesday, 24 May 2017

Pohon ulam-ulaman sebagai pelengkap laman...bhgn 3

Sambungan dr entri terdahulu.... Jangan jemu utk membaca mahu pun utk menikmati ulam sebagai diet harian kita. Ulam yg kaya dgn sumber vitamin,mineral dan serat ini harus kita jadikan sebagai amalan... Jom sambung...

11. Pucuk kaduk..

Kaduk....amat sinonim dgn bangsa Melayu sebenarnya. Dari dahulu lagi...perkataan kaduk tu selalu menjadi sebutan sbg bahan sindiran mahu pun penceritaan.
Malang Pak Kaduk.... Kaduk naik junjung dan sebagainya.
Tapi hari ni akak nak share berkenaan pokok kaduk yg akak tanam. Kaduk tumbuhan menjalar,mudah hidup dan tak perlu penjagaan pun sebenarnya.
Kalau dibiarkan merayap di kawasan sedikit lembab...tentu pokoknya subur menghijau.

Pokok kaduk yg akak tanam bersebelahan dgn pokok sireh.
Bagi yg tak biasa....memang tak dapat nak membezakan pokok sireh dan kaduk ni. Rupa yg hampir sama.

Pokok yg sangat pantas menjalar....selalu dipangkas juga.

Pucuk kaduk enak dibuat botok-botok,gulai lemak bersama bilis atau ikan kering atau direbus saja sebagai ulam....cicah budu.

Miang kham...makanan tradisi thai juga menggunakan daun kaduk sebagai bahan utama mereka.
Akak masih belum pernah mencuba lagi...

12. Akar som atau ginseng jawa..

Benih pemberian seller online ini telah memperkenalkan akak dgn sejenis tumbuhan yg menjadi kegemaran akak dan anak2.
Seronoknya....dr mencuba sendiri beberapa menu dr pohon ini ianya juga sudah menjadi kesukaan rakan taulan apabila benihnya pun akak dah panjangkan kpd mereka.
Tumbuhan yg bagus utk kesihatan wanita....dicelur,dijadikan sayur campuran dgn berbagai jenis daun,sayur utk digoreng bersama mee dan berbagai lagi. Ubinya boleh direbus dan diminum utk penjagaan kesihatan....
Tumbuhan yg sedikit berlendir ini amat mudah hidup dan selalunya ia tumbuh sendiri dr biji benih yg diterbangkan angin. Bunga2 mungilnya pun cantik sbg penghias laman...


Pokok yg hidup melalui keratan batang,biji benih mahu pun melalui ubinya yg menyerupai ginseng tu...


Menu yg selalu menjadi pilihan...mee goreng basah bersama daun ginseng jawa.


Pucuk dan hampir keseluruhan daunnya boleh diambil...tidak keras.

Daun ginseng ini dimasukkan akhir sekali...ianya cepat lembut dan layu..

13. Tenggek burung atau cabang tiga...

Dikenali sebagai pokok tenggek burung di sebelah selatan...utara pula dgn nama cabang tiga iaitu merujuk kpd daunnya yg bercabang tiga seperti tapak itik. Memang sesetengah tempat dikenali juga sebagai tapak itik.
Selalu tumbuh di kawasan belukar dan berpaya...sejenis tumbuhan berkayu.

Pokok yg boleh dibiakkan melalui keratan btg atau biji benih. Kalau dapat sinaran matahari penuh...pokok mesti berpucuk cantik. Pokok akak sudah dinaungi pohon mangga yg merimbun.


14. Pokok pena/mata itik?

Pucuk yg rangup dan lemak...ulam mentah yg sangat sedap. Mudah hidup melalui biji benih yg masak
dan gugur di persekitarannya.

Pucuk yg dikenali dgn berbagai nama...

Sebenarnya akak pun tak pasti samada mata itik,mata ayam,mata pelanduk adalah merujuk kepada pokok yg sama.
Selalunya akak membeli sejenis lagi pucuk ulam yg daunnya bergerigi di tepi tetapi mempunyai rasa yg sama dgn pucuk pena ini dimana pucuk pena tepi daunnya licin dan sedikit tebal (spt dlm gambar).

15. Temu mangga..

Sejenis ulam yg berubi seperti kunyit tetapi mempunyai aroma yg memikat...aroma buah pauh atau mangga. Ubi atau rizomnya dijadikan ulam mentah atau pun kerabu.
Boleh dikategorikan sebagai salah satu pokok herba apabila ubinya dijadikan jus dgn campuran beberapa herba lainnya.
Daunnya ada sedikit kemerahan di tengah..

Temu pauh ini mempunyai daun yg hampir sama dgn daun kunyit tetapi daun temu pauh lebih besar dan panjang...aroma berbeza dan ubinya sedikit putih dan kuning cair...

Daunnya menjulang tinggi...

Pokok cukup matang apabila mula mengeluarkan bunga yg cantik. Bunganya akak tak pernah makan kecuali bunga kunyit....

Pohon ulam-ulaman sebagai pelengkap laman....bhgn 2

Sambungan dr bahagian pertama berkenaan pokok2 ulam yg akak tanam sekitar laman.....

6. Ulam raja.

Pokok ulam yg senang hidup melalui cambahan biji benih dan boleh juga melalui keratan btg.
Jenis pokok yg tidak kekal seperti gajus,samak,bebuas.....ianya mempunyai jangka hayat yg pendek.
Ulam raja mempunyai kandungan serat yg tinggi apatah lagi ianya dimakan mentah, enak dijadikan kerabu bersama udang atau isi ikan, perencah ulaman utk nasi kerabu dan boleh juga sebagai ulam utk hidangan laksa....

Ulam raja yg akak cuba biakkan melalui keratan btg...byk pula cendawan yg tumbuh...


Pokok2 ni akak tanam dlm kotak polisterin jer...

Pokok ni disemai dlm polybeg. Polybeg saiz16x16 akak letak 4 anak pokok.

Pokok yg mudah hidup dan cepat membesar.

Pucuk2 muda yg selalu dipetik menyebabkan pokok ulam raja ni cepat merimbun.

7. Kemangi...

Pokok yg mudah tumbuh dr biji benih yg matang atau masak. Ada yg menggemari aroma daun ini dan ada yg menganggapnya busuk. Tentulah.... setiap dr kita tak sama penilaian dan penerimaannya.... Lumrah alam.

Petik segar dan makan mentah sbg ulam....menjadi kegemaran akak.

Kemangi tumbuh merata-rata dr benih yg gugur bila akak membuat kerja2 pembersihan laman.

Kemangi cepat berbunga..

Kemangi yg menumpang pasu pokok kemboja. Tenggelam kemboja dibuatnya.

Kemangi sedap dibuat ulam mentah atau dicampur dlm nasi kerabu utara yg boleh didapati disepanjang bulan Ramadhan.

8. Selasih..

Pohon selasih tumbuh merimbun
Hinggap mari si burung punai
Sayang kekasih kumohon ampun
Hajat dihati tak dapat ditunai...

Pantun 4 kerat berkenaan pohon selasih yg telah diubah suai...hihi
Selasih atau thai basil ni mempunyai aromanya tersendiri. Senang dicambah melalui biji benih dan keratan btg juga. Boleh dimakan mentah atau pun sebagai campuran didalam masakan kita seperti masak lemak cili api, singgang, asam pedas atau kari hijau thai yg popular tu...

Pandangan dr jauh...

Selasih yg sempat akak masukkan dlm polybeg..

Pohon selasih yg hampir menutupi tempat pejalan kaki tu...

Selasih juga sesuai utk dijadikan pengganti daun kesum dlm masakan kita...

Kalau masak laksa siam...daun selasih adalah salah satu bahan yg wajib ada...klau tidak rasa tak sempurna hidangan tu...
Ikan tumis air....satu lagi masakan simple tetapi menjadi kesukaan akak bila diletak daun selasih didalamnya...aromatic.. Nanti dilain entri akak share resepi mudah ni...

9. Beluntas..

Pokok beluntas selalunya boleh ditemui di kawasan persisiran pantai kerana tanah yg berpasir dan mendapat cahaya matahari yg penuh.
Beluntas boleh dimakan mentah atau direbus...akak memilih utk merebusnya sebentar kerana beluntas juga mempunyai bau yg tidak digemari oleh sesetengah orang.

Pokok beluntas diawal pertumbuhan...tetapi pokok ni cepat membesar dan merimbun.

Ianya hendaklah kerap dicantas utk pucuk2 baru yg cantik.

10. Terung pipit atau terung belanda..

Ada macam2 sebutan atau panggilan utk terung ini... Tetapi yg pasti pokok terung ni lebih lasak dan tahan lama dr terung yg berbuah besar tu..
Terung ni enak dimasak sambal bersama bilis atau udang, masak kari hijau thai, masak lemak cili api atau direbus saja sebagai ulam.

Anak pokok yg dicabut berhampiran kawasan rumah apartment akak dan dibawa ke sini....semai semula dan hidup.. Alhamdulillah.

Ada tiga pokok semuanya dan hanya 2 yg hidup sehingga ke hari ini. Benih yg dibawa burung...


Sekarang...pokoknya tak berhenti berbunga dan berbuah...

Aneka masakan boleh dicuba tidak hanya sebagai ulam...


In shaa Allah....nanti update dibahagian ketiga berkenaan dgn pokok2 ulam ni....masih ada beberapa jenis lagi...