Tuesday 17 November 2015

Part 1: Herba, pokok2 yg mesti ditanam...ketahui serba sedikit tentang pokok2 herba ni..semuanya di laman ini..

Entry kali ini nak share beberapa jenis pokok herba yang akak tanam sekeliling rumah, iannya sebagai rencah masakan dan juga ubatan tradisional secara tak langsung. Mari mengenali beberapa jenis pokok herba kita dan khasiatnya...


Kunyit...byk khasiat kunyit dan penggunaannya dlm masakan mahupun perubatan tradisional..pucuk, bunga dan rizom kunyit boleh dijadikan ulam mentah..menghangatkan badan..untuk kecantikan juga samada dalaman atau luaran. Minum jus campuran kunyit boleh mengatasi masalah keputihan, letih lesu badan dan memulihkan sistem peranakan selepas kelahiran. Kalau masyarakat india selalunya kita nampak mereka jadikan bedak untuk menghaluskan kulit dan mengecutkan jerawat dimuka.


daun yg lebar2 kalau ditanam terus atas tanah..
maksud akak bukan didalam pasu le..tapi kalau
dapat pembajaan yang sempurna didalam pasu pun
pokok ini akan dapat hidup subur....in syaa allah..


jika diperhatikan betul2, ada bunga kunyit kat pangkal tu..
pokok ni selalu berbunga, baru semalam akak petik
dua kuntum bunganya..


ubi atau rizomnya yg muda tu sedap dijadikan ulam..
kunyit akak tersembul keluar dr tanah...
mungkin kawasan ni tanahnya keras
dan berbatu..


kunyit, daun kunyit dan serai yg dah siap dituai..
agihkan pada kawan2..


Temulawak...salah satu species temu yg sinonim dgn wanita..dibuat jus dgn campuran kunyit dan cekur..bagus utk kesihatan dalaman wanita..


temulawak...sekarang akak dah pindahkan ke dalam polibeg yang besar..


Temu pauh aka temu mangga...emmm sedapnya dibuat ulam atau kerabu. Pokoknya akak tanam didalam pasu aje..tapi ketinggiannya dah sama dgn akak...kemetot ker aku?? tak adalah..pokoknya memang tinggi,daunnye tu yg menjulang tinggi..tapi cepat aje pasu ni dipenuhi dgn ubi atau rizomnya. Wangi pauh tulah...ianya mendapat nama...


temu pauh didalam pasu yg hanya seminggu sekali mendapat air.
Kalau ada hujan ianya tak kekeringan lah..


Akar som atau ginseng jawa juga tak kurang hebatnye..pucuk direbus dijadikan ulam atau digoreng dgn mee..akar ginsengnya direbus dan air rebusan diminum, dikatakan dapat mengubati cirit-birit, buasir dan memberi tenaga kepdada wanita. Daunnya kalau boleh dicelur aje..iannya lembut dan sedikit berlendir. Akak selalunya masak air campur daun mulberry, bayam dan akar som ini bersama udang..yumm


dari bunga tu akan ada bijinya..tapi sangat kecil.
Percambahan melalui biji benih atau keratan batang,
pokok yg senang hidup juga..bunga2 kecil itupun
cantik dijadikan penyeri laman..


pokok akar som yang selalu akak gondolkan..
pucuk yang sedap dijadikan ulam..



Makota dewa....pokok herba yg popular..buahnya yg masak dihiris nipis dan dikeringkan..jadikan teh utk turunkan paras kolesterol dan gula dlm darah..jadikan amalan harian..akak tengah tunggu pokoknya berbuah..alasan tu..


pokok inipun akak tanam dalam pasu...kalau tengok
perkembangannya, tak lama lagi ianya akan berbuah..


Sabah snake grass atau pokok belalai gajah..anti kanser..dijadikan jus ( dikisar bersama epal hijau---seggengam daun belalai gajah dan sebiji epal ) atau pucuk muda dibuat ulam mentah. Ada sahabat yang mendapat breast kanser dan payudaranya sudah dipotong one side, beliau tidak mengambil apa2 ubat dr hospital atau klinik, hanya mengamalkan jus belalai gajah ini sahaja. Beliau amat berdisiplin, setiap pagi hanya meneguk jus ini setengah cawan atau 200ml tanpa "miss" sudah selama tiga tahun. AMAZING YOU...maaf le campur2 sikit, jgn pening udah le..

 Sharing is caring...beliau menceritakan sendiri pengalamannya pada akak...rumahnya sekarang byk ditanam dgn pokok ini. Emaknya akan buat jus ini untuk stok seminggu dan disimpan didalam petisejuk. Mari sama2 kita amalkan, untuk yang tidak tahan dgn baunya boleh tambah epal hijau tu..tapi kawan akak ni guna purely daunnya aje tanpa campuran apa2. So, pada sesiapa yg sihat tu...tak salah pun nak mengamal atau makan daun ini sebagai ulam dan minum jusnya tu...kalau beliau yang dah mendapat kanser jadikan minuman ini setiap hari, kita minumlah tiga atau dua kali seminggu...takkan nak tunggu sakit baru nak mula makan atau minum jusnya...PREVENTION IS BETTER THAN CURE...rojak lagi..tetapi kekadang tu orang akan lebih memahami jika kita menyelitkan ayat2 org putih ni..macam mak2 kita dulu pun byk yang speaking separuh2 kan...


Pucuk2 mudanya sedap dijadikan ulam mentah.
Sekarang akak dah biakkanya kedalam beberapa pasu lagi.
Senang hidup pokok ini, just melalui keratan batang aje..


Bebuas....sedap dibuat ulam samada rebus atau mentah..Gambar pokoknya akak tak snap pula, pucuk2 muda selain direbus dijadikan ulam, boleh juga dimasukkan dalam pais ikan selain pucuk kaduk tu. Kalau ibu berpantang elok diamalkan untuk memperbanyakkan susu ibu disamping dapat mengeluarkan angin dalam badan. Ada orang yang tak suka dgn baunya tapi akak suka sesangat dgn bau pucuk bebuas ni..lain padang lain ler unggasnya kut..


ada orang jadikan ulam mentah aje..tapi
akak mesti rebus baru boleh makan. Boleh juga dimasak
lemak campur udang tapi belum dicuba sebab isi rumah
ni tak makan pula pucuk bebuas ni..



Lemuni atau legundi...pucuknya selalu dijadikan nasi lemak lemuni dan nasi kerabu. Boleh juga dimakan mentah sebagai ulam tetapi mempunyai rasa yang kuat dan sedikit pahit..tapi akak boleh aje telan..Lemuni ni ada dua jenis yer...akak pernah tanam lemuni yg putih atau hijau tu..tapi daunnya tu tak tahu nak buat apa..maka pokoknya pun akak dah buangkan ganti yang daun purple ni..boleh juga dibuat nasi ulam atau nasi lemak nanti.
Pucuk atau daunnya boleh dijadikan air rebusan untuk mandian ibu yang lepas bersalin dan juga sebagai penyembuh kepada luka2 kecil, sakit kepala dan berbagai lagi faedahnya..selamat mencuba dan menanam yer..



pokoknya akak botakkan tempoh hari sebelum dipindahkan ke tapak ini.
Sekarang dah galak bertunas dan berpucuk..



Cekur dan cekur batik...pucuk dan rizomnya dijadikan ulam, rizomnya selalu dikisar jadikan jus bersama kunyit dan juga temulawak tadi tu... Akak pun ada tanam cekur hijau tu, tak ada gambar la pula..nanti update gambarnya yer..Warna hijau tu, pucuknya lebih wangi dan sedap jika nak bandingkan dgn cekur batik ni...Gambar dibawah adalah dari pokok di atas balcony akak.


Cekur merah atau cekur batik, pucuknya yang bergulung
 tu dicabut dan dijadikan ulam mentah..sedappp




Delima...buahnya dikisar dan diminum sebagai rawatan untuk keguguran rambut. Hendaklah diminum atau diamalkan untuk mendapat kesan yang mujarab. In sya allah akak akan mencubanya selepas ini memandangkan pokok akak ni lebat berbuah..Delima selalunya dicampur dgn pelbagai bahan lainnya dan dijadikan jus bagi kebanyakkan produk kecantikkan dan herba tradisional tempatan mahupun antarabangsa.


Mungkin delima ini untuk ubat kut..kena blend dan minum aje la..
Tapi buah sulungnya akak dah makan tempoh hari..manis cuma 
warnanya bukan merah terang tu..


bunga delima pun sangat cantik..terang aje warnanya..
boleh dijadikan pokok hiasan juga..


Masa beli tempohari katanya buah besar..tp bila dah
berbuah..tak besar manapun..tapi sayang pula
nak buang pokoknya yang dah besar merimbun tu..

Bawang dayakbawang sarawak atau bawang berlian asalnya adalah dari Amerika Selatan tapi banyak ditanam olah kaum Dayak di Kalimantan. Oleh itu ianya mendapat nama yang sebegitu,...tapi kita nak tahu khasiatnya.... untuk merawat pelbagai penyakit khususnya kanser. mudah ditanam dan dibiakkan. Selalu dijadikan rencah sup..emmm sup anda akan bertukar warna..merahlah...mak ngah oii.........Produk ni ada yang dikeringkan, dijadikan serbuk dan kapsul yang dikatakan bagus untuk rawatan kanser dan diabetis type 2, semuanya ada dijual dipasaran kita sekarang. Akak tanam dalam kotak polisterin aje bersama dengan pokok halia tu..kanan sekali tu adalah halia merujuk pada gambar di bawah ya..



dari bunga2 putih kecil tu akan ada biji benih, so boleh
biakkan melalui biji benih ataupun melalui ubi atau rizomnya juga..


Sekian untuk part 1 ni...ada banyak lagi pokok2 yang belum akak update...tunggu dilain siaran yer...mari kita hijaukan bumi dan berkongsi pengalaman, faedah atau kebaikan yang tersembunyi dari tumbuh-tumbuhan ini. Semuanya adalah anugerah dan milik Allah..amin.









4 comments:

  1. Pn. Azizah ... dimana boleh saya dapatkan benih kencur merah atau cekur merah ... saya berminat untuk menanamnya

    ReplyDelete
  2. Jika ada maklumat sila email saya
    may1357@gmail.com
    Terima kasih puan

    ReplyDelete
  3. Jika ada maklumat sila email saya
    may1357@gmail.com
    Terima kasih puan

    ReplyDelete
  4. Salam Puan, jual x keratan pokok lemuni ni?

    ReplyDelete