Tuesday 18 April 2017

Kacang parang dan kacang itik..

Entri tertunggak...pokoknya dah dihapuskan kecuali pokok kcg itik jer..nak share juga dgn tetamu akak pengalaman menanam kcg parang dan kacang itik ni..
Akak tanam kcg parang tahun lepas selepas mendapat benih pemberian kawan fb dr Pahang... jauh benor...
Terimakasih sahabat....susah payah kirimkan benih utk akak..
percuma lagi..dapat ja benih terus semai 2 biji dlm pasu kecil ja...


Semai setiap pasu kecil tu sebiji ja..tp terperanjat dgn daunnya yg besar. Jakun pula,pertama kali tanam dan tengok pokok ni. Makan pun tak pernah. Semai bulan May 2016.

Selepas ianya mengeluarkan sulur,akak bawa ke rumah ni dan letak di bawah pokok mulberry akak...

Sekejap ja...pokok mulberry dibelitnya dan mula berbunga...berbuah...
Owhhh....baru tau bunganya bergugusan,berjuntai2..



Kumbang hitam ni amat suka dgn bunga kcg parang. Selepas pokok ni tiada...dia pun bawa diri...

Sedekah kpd jiran dan adik bradik yg memang tak pernah makan atau tengok buah ni..

Kan...dah kena pakai tangga nak memetiknya.


Tak termakan...byk sungguh buahnya....

Terhasillah....beberapa resepi dr kacang parang ni... Masak lemak cili api ngan udang.

Goreng bercili ngan udang.

Perlu dituai ketika muda mcm ni...masih lembut dan tak berhampas. Boleh direbus buat ulam juga.


Batang pokoknya yg dah hampir besar dgn batang pokok mulberry tu...

Selepas pokok kacang parang ni betul2 mengganas dan buahnya dah tak termakan...akak terpaksa tamatkan riwayatnya kerana ianya dah menjalar naik atas atap rumah dan pokok mempelam yg berhampiran. Key learningnya.... pokok ini perlu ditanam di kawasan yg lapang dan buat para2 yg kemas utknya memanjat. Mujur pokok mulberry akak tahan lasak...masih hidup.

Pokok kacang itik pula akak semai dlm polybeg ja....
Ini semasa masih dlm kawasan rumah...tak ada tempat utk memanjat.

Maka....akak bawa dan letakkan di bawah pokok yg ditanam pemaju. Seronok dia memanjat pokok ni.. Ini pun pengalaman pertama akak dgn pokok kcg itik ni.

Ya....bunganya juga bergugusan,berjuntai2..

Cantik pula bila byk yg bergantungan mcm ni..


Buahnya boleh direbus bersama sedikit garam. Sedap berlemak mcm kacang kuda.

Ini benih kcg itik yg dah kering.

Ini pula benih kacang parang.

Sekarang sudah puas hati sebab berjaya menanam kedua2 jenis kcg ni...cuma laman akak yg agak sempit...memang tak sesuai utk tanam kcg yg ganas menjalar macam ni... Alhamdulillah dah boleh merasa anugerah Allah ni..





11 comments:

  1. Boleh tak jika saya nk beli benih kacang ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..saya pun baru dpt pengalaman tanam kacang itik ni.skrng tengah aktive keluar bunga dan putik buahnya..

    ReplyDelete
  3. Sya nk benih kcng itik dan parang blh??

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum
    Blh tak sya dpat kan benih kacang itik dan benih kacang parang

    ReplyDelete
  5. Saya pun lama dah cari benih kacang itik,boleh jual x

    ReplyDelete
  6. Boleh Tak sy nak beli benih kacang parang Dan kacang itik?

    ReplyDelete
  7. As Salam,

    Saya sedang mencari benih kacang parang & kacang itik, bolehkah saya beli benih tersebut jika masih ada stok.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. sama ke kacang ni dengan kacang saya

    ReplyDelete
  9. berapa lama baru berbuah? saya dah 4 bulan belum berbunga

    ReplyDelete
  10. Sy nk bli benih kcg parang klu ada contact ya dh lama cari tp x jumpa2.
    haniabdrahman1980@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Ada sape2 nk jual benih kacang itik?

    ReplyDelete