Google+ Followers

Friday, 7 March 2014

Ubahsuai rumah

Emmm...apa pulak nak share kat sini ye...berkenaan rumah akak yang lagi satu ni...sekarang ni menetap kat rumah merpati, so kita share le beli landed property pulak. Nak rasa juga tinggal kat bawah ni kan...tapi itu le kalau dapat kunci bukan boleh terus duduk, nak kena ubah suai sana sini dulu. Kita plan tambah atau besarkan dapur sikit...dapur tu kan jantung kepada sesebuah rumah kan...so akak tambah lebih kurang 20' x 20' untuk dapur, yang sedia ada kat belakang tu just 20' x 6' aje, so kita sambungkan aje...selesa sikit,family kan besar...lagipun akak dapat lot tepi, so alhamdulillah ada la tanah lebih sikit, sekarang ni tengah progress gitu..Insyallah jika ada perkembangan terbaru akan akak share kat sini..
 Yang ada bumbung tu adalah tambahan dapur yang akak cakapkan tu..
 Ini bilik kat bawah, kecik aje..itupun dah pecah dan extend 6' ke belakang. Yang belum bersimen tu adalah part yang kita extend.
 Ini pandangan dapur dari bilik bawah, abaikan model kecik akak tu..
Ini bilik air yang ada penambahbaikan juga. Akak buang tingkap kaca pegun, letak tingkap kaca yang boleh dibuka ( tingkap tolak ) dan sebelahnya adalah ventilation fan. Semua bilik air dibuat cenggini..ok ke?
 Ini master bedroom, extend sikit aje..balcony depan tu belum berbumbung,cadang letak awning aja tak mampu you kalau nak letak polycarbonate tu...mahal sangat..
Ini tingkap bilik no. 2, asalnya tingap naco, akak letak tingkap tolak bukan sliding ye..
Ini pemandangan bukit dilihat dari balcony sisi rumah...ada simbol peace tu..model yang sangat sibuk bila akak ambik gambar..
Ini bilik yang dibawah tu..bilik air tu kita pecah dan buat pintu masuk terus dari bilik ni..kena planning juga untuk hari tua...sakit demam mungkin dah tak terdaya nak ke atas kan...harap diberi kesihatan yang baik suami isteri dan family keseluruhannya..
Ini bahagian depan, dinding tu asalnya pagar hijau aje,,pemisah dengan jiran sebelah rumah..

No comments:

Post a Comment