Tuesday 10 October 2017

Aneka nasi goreng.

Nasi goreng memang mudah disediakan, janji ada nasi sejuk yang berbaki. Kalau tak ada nasi sejuk, boleh ja masak nasi dgn jumlah air yang dikurangkan daripada memasak nasi biasa tu. Kita nak nasinya sedikit keras dan berderai.
Selepas nasi masak, cepat2 sejukkan dan gembur2 nasi tu sebelum digoreng. Bila nasi dah ada, bahan2 lainnya cepat je nak disediakan. Nasi goreng cara akak, mesti ada sayur. Lobak merah atau karot adalah sayur wajib. Potong dadu karot dan sayuran lainnya seperti sawi/kangkung/kcg panjang/kcg buncis hanyalah pelengkap.
Sayuran sejuk beku seperti campuran karot,jagung dan kacang peas akak tak suka dan memang tak ada stok kat umah akak.
Ikan bilis, telur, ikan kering, udang kering adalah antara bahan perencah campuran untuk membangkitkan rasa nasi goreng kita.
Itu semua adalah asasnya. Kalau ada ayam, udang segar, daging dan ikan goreng yang tak habis tu satu bonus pula. Boleh pelbagaikan lauk untuk nasi goreng kita. Tak ada la nasi goreng kosong jer kan...

Cili antara bahan yang wajib ada. Kalau ada sambal belacan yang tak habis tu boleh dibuat gorengan, memang sedap. Maka akan terhasilah nasi goreng belacan.

Cili padi, cili hijau pokok akak sentiasa berbuah dan selalunya akak petik dan simpan dalam petisejuk. Kadang tu akak buat sambal hijau dan simpan dalam tupperware. Bila nak guna, semuanya dah sedia. Kerja memasak jadi lebih cepat.

Nasi goreng petai. Ada campuran sambal hijau dan ikan bilis yang ditumbuk.

Nasi goreng ikan bilis+sambal hijau+kacang panjang.

Nasi goreng ayam merah+ulam pucuk putat. Sebenarnya ada lebihan sambal ayam. Gorengkan sambal tu, campur sayuran dan pecahkan telur. Siap dan boleh dimakan bersama ulam pilihan.

Nasi goreng kampung mesti ada sayur kangkung dan ikan bilis. Cili padi diketuk dan telur mata sebagai penambah lauk untuk nasi goreng kita.


Nasi goreng ikan masin pun sedap terutamanya jika menggunakan ikan tenggiri masam tu, perghh baunya menyengat, ada pula sambal belacan dan ulam timun kampung yang rangup tu...makan tak ingat la...
Setiap menu nasi goreng akak mesti diletakkan satu sudu teh lada sulah, ikut banyak mana nasi yang kita buat. Kalau banyak nasinya tambah la lagi. Itu adalah bahan rahsianya. Rahsia la sangattt...
Apa menu nasi goreng awak hari ni??? 👀👀👀

Friday 6 October 2017

Apam beras

Wangi dan sedapnya apam beras kalau dimakan panas2 bersama kelapa pandan yang diparut ditemani pula secangkir kopi dikala hujan renyai2.
Uishhh....kilat yang bersinar terang diikuti dentuman kuat guruh betul2 membuat lamunan ku terhenti.
Bingkas bangun menyediakan apam beras yang tadi dalam lamunan ku...hihi. Sebenarnya 3 hari lepas dah buat tapi sungguh mengecewakan apam tak naik elok atau bantat.
Itu yang dok berangan nak buat juga sampai jadi. Alhamdulillah.... hari ni apam beras sangat lembut, gebu dan berlubang2 ringan jer...
Tak sedar dah berketul-ketul masuk mulut. Guna pula acuan comel jer...dua kali gigit dah hilang.

Apam beras ini terperap selama 5 jam. Ambik ko...terlupa. Mujur elok je kejadiannya.

Guna acuan kuih lompang yang kecil tu.

Apam beras.
2 cawan tepung beras.
4 sb tepung gandum.
3/4 cawan gula
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
2 sudu teh penuh yis
2 paket kecil eno (biru)

Caranya:
Nasi sejuk dikisar bersama air hingga halus. Perlahan2 masukkan gula.
Dalam bekas, ayak tepung dan masukkan yis. Gaul rata. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung sambil dikacau sampai sebati.
Perap adunan selama 3 jam. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan eno ke dalam adunan sambil terus mengacau.
Boleh letakkan pewarna yang disukai. Sendukkan ke dalam acuan dan kukus selama 10 - 15 minit.
Boleh dimakan begitu saja atau bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.