Monday 17 April 2017

Kantan oh kantan

Pokok kantan ni dah lama akak tanam. Kawan akak yg tanam sama tempoh masanya dgn akak dah berkali-kali kutip hasil.
Awal tahun ni akak mula praktikkan segala petua yg dibaca atau dikongsi rakan dalam fb bagaimana utk "memaksa"pokok ni berbunga.
Antara petuanya ialah dgn meletakkan hampas kelapa. Misi pun berjalan...akak pergi minta hampas kelapa dr pengusaha santan kelapa...berkilo sekali letak kat perdunya...hihi..
Tunggu lagi...takkan magic kut... bunga terus keluar.. Pokok kantan memang perlukan tanah yg sedikit lembab dan kalau boleh disiram dua kali sehari.
Pokok akak duduknya di luar pagar bukan dlm kawasan rumah...tanah pula keras dan berbatu...antara faktor yg melambatkan ianya berbunga.
Kadang2 aja disiram,selebihnya hanya mengharapkan hujan. Lagipun akak tak pernah letak baja pun.
Petua lagi satu ialah buat sungkupan pada perdu pokok. Daun2 yg tua akak cantas dan letak diperdunya.Alhamdulillah....
sudah nampak tunas2 yg keluar tu sedikit berbeza. Bila kita amati,tunas utk bunga sedikit gemuk,bengkok dan kemerahan dekat hujungnya...
Yeay.....berjaya juga....pokok kantan ku dah berbunga...seronok bukan kepalang...alahai...kantan jer punnn....
Entahlah...sesiapa yg suka bercucuk tanam ni ja yg mengerti dan memahami perasaan kita... jiwang pula...
         
                   

Ini yg akak maksudkan...tunas yg keluar tu sedikit gemuk dr tunas daun..

Ada tiga kuntum bunga di situ yg belum cukup tempoh lagi utk diambil.

Ini hasilnya...bunga yg sulung dah selamat beberapa hari lepas...tak ada gambar pula..

Jadilah kannn....daripada tak ada. Sekarang tengah musim memang boleh dapat dgn harga yg murah.
Kalau musim perayaan dan diluar musim harga melambung tinggi.
Kalau dah ada pokok sendiri... kalau tak ada bunganya... boleh ja ambil ubi atau umbutnya utk dibuat kuah laksa atau asam pedas. Janji ada juga kantan didalamnya utk menambah aroma pada masakan kita. Jom tanam kantan,dalam pasu pun boleh...ada yg berjaya iaitu kantan berbunga walaupun tanam didalam pasu.
In sha Allah....ambil benih dr pohon atau perdu kantan yg dah berbunga. Petua ini pun ada yg share kat fb tempoh hari. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Ya sayapun sama dengan awak. Rasa dah setahun tanam x kuar bunga.lepas ni boleh cuba petua guna hampas kelapa tu. X sabar nak tgok bunga2 dua. Thank for sharing petua.

    ReplyDelete