Wednesday 26 April 2017

Bunga yg masih berkembang...

Aduhai....laman klau tak ada bunga rasa macam tak ada seri gitu... Akak tanam juga beberapa jenis bunga sebagai penyeri laman nan sejemput...
Bila byk yg nak ditanam...dah sesak pula... Pokok kapas pun mempunyai bunga yg cantik... seakan-akan bunga kcg bendi pula... Bunga kacang bendi sedikit kekuningan tetapi bunga kapas putih bersih...
Benih kapas ni foc dr kawan fb akak. Banyak benih yg akak beli...
Benih kapas ni diberi percuma ja..
Try semai itu hari...hidup pula..


                           
Bunga sedikit menguncup diawal pagi....
     

     
Kelopak akan terbuka luas bila tengahari...

Hari kedua....bunga yg putih bersih bertukar kpd warna pink yg cantik. Sekejap ja...petang dah luruh...huhu

Masih ada beberapa kuntum bunga yg belum berkembang.


Bunga kapas hanyalah selingan.... Kalau betul2 nak kapas kenalah tanam banyak pokok kapas...boleh lah dibuat bantal... Pokok yg tak berhenti berbunga di laman ini ialah bunga katup2,kemboja,aster, ros dan bunga sate....


Kemboja berbau lembut bunganya... Belakang yg berwarna oren adalah bunga katup2.

Ros jepun jambul rajin berbunga dan berkembar pula...

Matahari kecilku...

Blue diamond...

Ros jepun berjambul cepat memenuhi pasu besar ini.....

Bunga keembung...tumbuh merata-rata dr biji benih musim lepas..

Aster putih....

Aster purple muda...

Bunga sate disamping torenia..

Ros jepun yg digantung dan berwarna lembut...
Aster warna purple terang.
Suka colornye tu....



Tak ketinggalan bunga ros...
Hanya ada tiga warna je si ros ni..
Yg dua warna lagi baru berkudup kecil.



Cili lagi...

Minggu lepas akak ke Kuala Trengganu melawat cucu dan besan...langsung ke sana beli beras nasi dagang dan beras pulut hitam...Alhamdulillah...semuanya tertinggal kat Pasar Payang bila sibuk memilih kain batik dan baju.
Halalkan siapa yg mengambil dan memakannya...anggap sebagai sedekah juga...
Plan nak buat nasi dagang tertunda lagi bila dah sampai rumah baru menyedari iannya tercicir..huhuhu....
Hari tu pun bawa cili padi sebagai buah tangan utk besan kita di sana...boleh juga dipicit2 dgn budu tu...
Tiga hari 2 malam meninggalkan rumah...byk pula cili yg masak... Letak barang2 semua bergegas keluar utk melihat kebun nan sejemput ni...mujur ada hujan..tak ada la pokok yg kekeringan.. Alhamdulillah. Rindu juga dgn pokok2 yg ditinggalkan ni...walau tak seberapa...iannya seperti memanggil utk pulang..hihihi...ada pula yg macam tu ya..
Capai gunting terus petik cili sampai hilang yg merah2 dipokok.
Burung pun dah tak termakan klau dah banyak kannn....
Esoknya masih bercuti...maksud akak sekolah masih bercuti...boleh
la melawat saudara mara di kampung pula...
Ini gambar dr sepokok...yg ada berpokok-pokok gitu...


Utk saudara mara pun....cili dan ulam-ulaman juga sebagai buah tangan selain kropok dr Trengganu tu...

Kacang merungai pun tak ketinggalan...ikut serta. Hari tu terserempak dgn buah ni kat Pasar Siti Khadijah...sesaja ler tanya harga brapa seikat tu...ada dlm 6 biji....10 riyal you....

Terung pipit,pucuk gajus,ceri barbados dan belimbing buluh yg masih berbaki kat pokok..

Ulam raja,pucuk samak dan daun kesum... Kesum ni nak selalu dipetik baru pokok jadi cantik dan merimbun..

Panjang2 buah kacang kelor ni..
Mungkin pokok muda dan baru berbuah..


Petik cili utk buat stock..

Cili purple pun tgh galak berbunga...petik 3 biji nak cuba makan...apa rasanya..

Ada saudara yg nak bertandang ke rumah minggu ni...cili tu akak petik dan simpan...nanti senang nak berbahagi...


Yang sedikit dikongsi...semoga ianya dapat terus berbakti..
Rezeki dr Allah...kita hanya dipermudahkan cara dan usaha...
Aamiin.

Wednesday 19 April 2017

Belimbing buluh lagiii...

Hari ni teringin sangat nak makan yg kukus2 atau rebus ja... Kebetulan bersua pula dgn ikan kerapu semasa ronda2 kat market tadi...apalagi kita kukuskan aja ikan ni...

Kerapu stim + inoki mushrooms + belimbing buluh....
Bahan2;
2 ekor ikan kerapu saiz sederhana
(2ekor ni tak sampai sekilo pun)
1 packet inoki mushrooms
Halia 2 inci - ptg memanjang,
Serai 1 btg - hiris nipis
Karot setengah batang
Bawang holland satu labu kecil
1 bj tomato
6 bj belimbing buluh
Bwg putih 3 ulas
Garam,lada sulah
Serbuk perasa jika suka
Secubit gula
1sudu kecil sos ikan
Cili besar ptg serong
Daun bawang dan daun sup
Caranya;
Sediakan bekas utk mengukus atau stimkan ikan ni.
Akak guna pinggan besar yg agak dalam tengahnya...muat utk 2 ekor ikan ni.
Ikan siap bersih,lumurkan garam dan lada sulah. Ketepikan.
Taburkan sebahagian hirisan halia, bwg putih dan serai didasar pinggan tadi. Letak ikan.
Sebahagian lagi disumbat dlm perut ikan dan juga diatas ikan.
Karot diptg seperti mancis tetapi lebih kasar dan besar. Tabur je..
Bwg holland dibelah2 dan letak atas ikan tadi.
Belimbing buluh dibelah 2 dan diletak diatas ikan tadi.
Panaskan kukusan,letak pinggan tadi dlm kukusan. Renjiskan sos ikan,tabur mushrooms dan sebahagian daun bwg dan daun sup.
Tutup kukusan. Biar selama 10 minit. Buka kukusan dan perasakan...letak cili ptg.
Sambung mengukus lagi 5 minit bergantung pd saiz ikan ya..
Tutup api,letak tomato dan tabur sebahagian lagi daun bwg dan daun sup tadi..sedia dihidangkan. Kena mkn panas2 bersama cili kicap.
Jika tak suka mushrooms, tak letak pun tak apa..saja nak bagi meriah gituu...


Sebenarnya akak tak ada stok buah plum yg dlm botol tu...ganti dgn belimbing buluh ni...masam juga...

Catitan: Kalau ada daun ketumbar..lagi sedap dan wangi. Tetapi tak semua org suka dgn daun ni...busuk katanya...
Lagi satu...sos ikan tu dah masin ya...so kena pandai2 la..jika tak letak pun tak ada masalah... Setengah org tak makan pun.... Bila stim ni...air semua tak perlu sebab air dr kukusan tu sudah lebih dr cukup.
Jika nak pedas..ketuk cili padi dan taburkan aja...sebab lada sulah saja memang tak pedas. Ini utk org yg mkn pedas la...kita yg buat diakan...adjust2 la apa yg patut... Selamat mencuba..






Tuesday 18 April 2017

Kacang parang dan kacang itik..

Entri tertunggak...pokoknya dah dihapuskan kecuali pokok kcg itik jer..nak share juga dgn tetamu akak pengalaman menanam kcg parang dan kacang itik ni..
Akak tanam kcg parang tahun lepas selepas mendapat benih pemberian kawan fb dr Pahang... jauh benor...
Terimakasih sahabat....susah payah kirimkan benih utk akak..
percuma lagi..dapat ja benih terus semai 2 biji dlm pasu kecil ja...


Semai setiap pasu kecil tu sebiji ja..tp terperanjat dgn daunnya yg besar. Jakun pula,pertama kali tanam dan tengok pokok ni. Makan pun tak pernah. Semai bulan May 2016.

Selepas ianya mengeluarkan sulur,akak bawa ke rumah ni dan letak di bawah pokok mulberry akak...

Sekejap ja...pokok mulberry dibelitnya dan mula berbunga...berbuah...
Owhhh....baru tau bunganya bergugusan,berjuntai2..



Kumbang hitam ni amat suka dgn bunga kcg parang. Selepas pokok ni tiada...dia pun bawa diri...

Sedekah kpd jiran dan adik bradik yg memang tak pernah makan atau tengok buah ni..

Kan...dah kena pakai tangga nak memetiknya.


Tak termakan...byk sungguh buahnya....

Terhasillah....beberapa resepi dr kacang parang ni... Masak lemak cili api ngan udang.

Goreng bercili ngan udang.

Perlu dituai ketika muda mcm ni...masih lembut dan tak berhampas. Boleh direbus buat ulam juga.


Batang pokoknya yg dah hampir besar dgn batang pokok mulberry tu...

Selepas pokok kacang parang ni betul2 mengganas dan buahnya dah tak termakan...akak terpaksa tamatkan riwayatnya kerana ianya dah menjalar naik atas atap rumah dan pokok mempelam yg berhampiran. Key learningnya.... pokok ini perlu ditanam di kawasan yg lapang dan buat para2 yg kemas utknya memanjat. Mujur pokok mulberry akak tahan lasak...masih hidup.

Pokok kacang itik pula akak semai dlm polybeg ja....
Ini semasa masih dlm kawasan rumah...tak ada tempat utk memanjat.

Maka....akak bawa dan letakkan di bawah pokok yg ditanam pemaju. Seronok dia memanjat pokok ni.. Ini pun pengalaman pertama akak dgn pokok kcg itik ni.

Ya....bunganya juga bergugusan,berjuntai2..

Cantik pula bila byk yg bergantungan mcm ni..


Buahnya boleh direbus bersama sedikit garam. Sedap berlemak mcm kacang kuda.

Ini benih kcg itik yg dah kering.

Ini pula benih kacang parang.

Sekarang sudah puas hati sebab berjaya menanam kedua2 jenis kcg ni...cuma laman akak yg agak sempit...memang tak sesuai utk tanam kcg yg ganas menjalar macam ni... Alhamdulillah dah boleh merasa anugerah Allah ni..