Thursday 22 October 2015

Pokok ati2 ke...bunga ati2..

Emmm...ada yg sebut bunga ati2..tapi akak sebut pokok ati2. Tentulah pokok ni ada bunganya apabila sudah mencapai tahap kematangannya..bunga-bunga kecil akan terbentuk dihujungnya. Tapikan kalau bunganya tu..tak cantik la.., so, kita hendaklah potong atau pangkas dahan yg dah berbunga utk menggalakkan pucuk2 atau cabang baru. Almaklum le..pokok ati2 ni, cantiknya pada daun bukan pada bunga. Kalau dibiarkan berbunga aje..tak lame le pokok tu pun tak bertahan lama.

Bila diperhatikan pokok ati2 ni lebih kurang macam rj ( ros jepun ) je...bila dah cukup masanya, pokok2 ni hendaklah ditanam semula, baru le cantik. Apa yang menariknya ada beberapa species ati2 ni yg boleh dijadikan penawar pada beberapa jenis penyakit seperti ati2 yg berwarna hijau atau lebih dikenali dgn bangun-bangun tu. Daun boleh dijadikan teh atau terus dikunyah untuk menghilangkan batuk2 dan selesema. Daunnya memang ada bau...macam bau ubat2 gitu..tapi sesetengah orang tak tahan dgn baunya.



Gambar ni masa diawal penyemaiannya. Pokok yg senang dijaga dan dlm
 kategori lasak juga sebabnya kalau seminggu lebih tak dapat air, 
ianya macam tu juga, tak layu.
Pokok ni pemberian kawan, akak tak belipun..

Sekarang dah hidup subur dan pokoknya akak dah panjang2kan pada kawan2. Semoga terus subur
hendaknya.

Pokok ati2 lain2nya tu cepat pula layunya kalau tak bersiram dalam seminggu tu. Pokok ati2 yang berbagai variasi daunnya sangat cantik kalau dibiarkan  merimbun dengan warna -warna yang menarik. Dalam penjagaan akak ada le dalam beberapa jenis..senang didapati di nursery dgn harga yg amat berpatutan...maklum le pokok senang hidup dan menjaganya pun tak cerewet kan.......


Inipun pemberian kawan, kita buat sistem bater tempohari..



Daunnya macam baldu gitu...



Yang ini dah beberapa kali pengsan kehausan...diberi air
hidup semula..


pokok ni jadi kesukaan belalang...sekarang daunnya dah berlubang2
dikerjakan..


Pokok ati2 ni kena letak direct sunlight, so warna daun2nya lebih terang
dan menyerlah.




Daunnya kecil2 aje tapi cepat juga merimbun..



Ati2 species nipun boleh dijadikan ubat juga tapi
akak tak pasti utk penyakit apa...keseluruhan daunnya berwarna hijau..


Baru perasan masih ada dua atau tiga jenis lagi yg tak ada dalam gambar...mungkin dilain kali akak update, ok..selamat bercucuk tanam untuk semua..sama2 kita menghijaukan bumi ini..alhamdulillah..




Tuesday 20 October 2015

Jerebu..kau datang lagi..

Emmm....rimasnya ngan jerebu ni..udahlah sensitif...hidung pun dah kembang kempis...harap2 dapat bertahan le..gambar2 pokok pun berjerebu gakk..apa2 pun akak update juga kat sini..

Ada pokok sireh dan limau purut yg dah dipindahkan dr polibeg keatas tanah..alhamdulillah masih survive...tapikan bendi akak tu cepatnye tua...ada la 16 biji dah tua berserabut..tetap dipetik sebab tak nak pokok tu tumbang kerana menampung buah yg berat...hanya dapat makan 9 biji aje..tu la kan klau tanam dan tinggal..nasib arrr..



pokok limau purut yg byk bercabang dan mengeluarkan pucuk baru..
harap hidup subur merendang. Abaikan persekitaran yg menyakitkan
mata...tak sempat mengemas..masa yg terhad di sini...

sireh...yg masih perlukan sokongan utk menjalar.


sedikit pucuk belalai gajah dan selasih utk dijadikan
ulam peneman dgn bendi tu..

ini pucuk kari yg akak gondolkan kerana diserang ulat...
tak perlu sayang nak buangnya krn pokok ni akan
cepat mengeluarkan pucuk2 dan ranting2 baru..


Tak ketinggalan pokok2 bunga yg begitu survival..tapi pokok ati2 byk yg layu kerana tak dapat cukup air..mengharapkan hujan aje sebelum tuannya datang melawat sekali dlm seminggu..kesian kan..

ini melur kampung..wanginya..

ID pokok ni akak tak pasti..tapi rajin pula berbunga..


akak dah ada buat penambahan pd koleksi bunga rj ni..
tunggu..



betul ke...ini melur batu..bunga yg putih menyerlah tapi tak wangi..
tak apakan...asal cantik udah lar...









Friday 2 October 2015

Hasil tuaian petang semalam selepas hujan...dan beberapa pokok yg menghuni laman ini..

Ini entry yg tertunggak..lama dah..apa2 pun nak update jugak..Memang puas dan seronoknya memetik hasil titik peluh sendiri walaupun taklah seberapa tapi dgn berbagai variasi yg telah memberikan hasil, rasa sayang pula nak tinggal rumah yg berlaman ni...walaupun kecil dapat jugak bercucuk tanam keperluan asas utk memasak dan sedikit pokok2 ulam yg senang hidup...emm macam pelik aja..
Pokok2 bunga tu penyeri laman..kalau tak ada sepohon dua pun boring juga..terapi mata dan minda juga..banyak pokok banyak le oksigen tu..bagus juga kan...biarlah gambar berbicara pula..

 
pucuk kunyit yg daun bergulung tu..
buat ulam aje..

 
pucuk bebuas..celur aje dibuat ulam cicah budu.

 
pucuk kaduk dan pucuk ubi kerinting..
sedap pucuk ubi kerinting ni..lembut

pokok kunyit yg merimbun..lepas ni boleh buat jus kunyit
 

Satu nyiru...puas hati
 

seriously..klau serai tu sekali ambikk tahan utk sebulan dua.
 
serai,ulam raja dan pucuk ubi memang menjadi...tapi
sekarang akak dah kosongkan laman dr
pokok ulam raja..beri laluan pd bendi lak.
 

pandan..pokok yg jadi keperluan..
 

cili padi akak tak berapa nak menjadi..tgn akak tak
sesuai tanam cili kut..tapi tak jemu mencuba..
sekarang tengah menyemai cili..nanti update
 

pucuk mata pelanduk yg sedap giler....rangup gitu..
 

pokok geti panggilan org utara..disebelah sana nun..
dikenali sebagai pokok turi..sedap dimasak lemak..
pucuk muda dibuat ulam mentah..jgn tak tahu ya..bleh try
 

 
pucuk manis aka asin2,akar som dan sedikit cili..alhamdulillah

Serai acheh yg dah memenuhi pasu besar akak..
klau emergency tu..inilah pengganti serai kita..
 

Puding belacan,pokok pemberian kawan..sekarang dah
besar bagai johan..harap dapat la bertahan..
walaupun selalu ditinggal-tinggalkan..
tengok tu..botol air sebagai peneman..
 

pokok kari pun dah meninggi..pokok yg dah jadi keperluan..
setiap rumah mesti tanam..rumah merpati akak
kat penang tu pun ada pokok kari..
tanam dlm kotak polisterin tu..
 





Update tentang RJ yang kembali menggila sekarang ni...

Semua rj akak dah pindah ke tempat fully sun..dan dah dicambah2 tapi belum tambah variasinya lagi..sekarang jika pi nursery..harga rj pun dah meningkat..malas nak beli..ingat nak buat tukar suka sama suka benih udah le..pokok senang idup aje..sape yg ada rj tu boleh tukar2..kita buat sistem bater gitu..

 
 

Dlm pasu ni ada putih,peach,pink dan kuning..
 
 
 

 
Dwi color bunga putih+purple dan rj kuning..

 
Pasu ni utk pokok melur batu..batang hitam tu..
rj mencelah kat bawah aje

 
 

 
 
RJ memang memerlukan cahaya matahari sepenuhnya...bila dah berserabut atau pokok dah lama...elok diberi tanah dan pasu baru utk pertumbuhan yg lebih cantik. Pokok2 atau ranting lama elok dibuang dan dibaja...otw nak cari species baru lak..yg ada jambul tu..cantik la..

Bendi di laman yg sempit ni...

Dah lama tak update blog...dah berabuk2 nihh..so, hari ni nak share progressnye tanam bendi kat tepi umah...seronoknya bila apa yg diusahakan dah berjaya dan boleh merasa nikmatnya...manisnya bendi yg baru dipetik dan dijadikan ulam..rebus aje..cicah sambal. Oooo..cepatnya bendi membesar,kalau ditinggalkan 2-3 hari udah matang..ni akak seminggu sekali baru bertandang ke rumah kat SP ni..tapi tak apa, keseronokan dan kepuasan tu tak ternilai harganya..

Bendi yg baru menguntum bunga..
 

Bunga yg berkelopak besar..
 

Close up...bunga bendi pun cantikkk juga..therapy pepagi hari..
 

 
Deretan pokok bendi,first batch ada le 9 pokok..

Buah yg sedia dipetik..
 

Bendi yg cepat membesar dan matang..
 

Ini batch kedua tapi dr jenis bendi yg berbeza hasil pemberian
 kawan sekerja,bendi yg gemuk dan pendek,nanti kite tengok
 perkembangannya, akak baru pindah ke atas tanah
 petang semalam..emmm
 

Ini hasil sulung penanaman bendi...rebus aje,manis dan sedapp..
ada juga pucuk ginseng jawa dan peria katak yg tumbuh sendiri dari
biji benih batch yg lepas..alhamdulillah..
 
 
Sebenarnya akak terlupa...buah sulung tu elok disimpan dan dijadikan benih...yg paling besar tu adalah buah sulung tapi dah ada dalam perut..selamat dah..