Monday 4 December 2017

Siput geremit lemak cili padi dgn belimbing buluh.

Hari ini makan siput...tak tun tuang...tak tun tuang.... Siputnya aneh sekali...tak tun tuang...tak tun tuang...
Pertama kali masak dan makan siput ni. Lain tempat entah apa panggilannya tak pasti pula. Rasa lebih kurang siput belitung atau siput sedut tu. Kaedahnya semasa penyediaan dan memasak adalah sama. Perlu dipotong buntutnya tu..😷😷😷
Harganya taklah semahal siput belitung tu, akak beli 2 kilo baru rm5, puas sedut...

Siapa pernah makan siput ni...?


2 kilo siput
Segenggam cili padi
10 bj belimbing buluh belah 2
Seinci kunyit
Sehelai daun kunyit dikoyak2
Serai 3 btg
Bawang besar selabu
Bawang putih 3 ulas
Santan kara kotak kecil.
Garam,gula dan perasa(optional).

Siput dibersihkan. Blend cili, kunyit, bawang, serai bahagian yg lembut sahaja, selebihnya diketuk.
Rebus bahan2 yg diblend bersama serai yg diketuk dan belimbing.
Masukkan siput, daun kunyit, garam dan gula. Biar mendidih baru masukkan santan. Perasakan dan kepekatan kuah terpulang, kalau pekat sangat tambah air. Didihkan dan balik-balikkan siput tadi. Siap.

1st stage, renihkan bahan kisaran untuk hilangkan bau cili dan belimbing buluh tu keluar airnya.

Seperiuk siput masak lomak, puas menyedut...hihi.