Google+ Followers

Monday, 13 November 2017

Pokok2 tanaman.....part1, Alhamdulillah

Suka snap gambar dan melihatnya diwaktu lapang. Terasa hilang penat,stress dan yang sama waktu dengannya. Rasa macam nak buat blog khusus untuk tanaman sebagai tempat untuk menyimpan gambar2 ini semua sebagai kenangan.
Diharap sentiasa diberi kudrat oleh ALLAH dan kesihatan yg baik supaya dapat meneruskan minat berkebun atau menanam ni...😘😘

Petai ringan...harap dapat hidup subur dan mengeluarkan hasil sementara tuan tanah masih punyai barisan gigi..hihi

Penyeri laman tapi rajin betul dia berbunga.

Laurel bay leaf dr New Zealand

Hasil tuaian pada 101117

Pokok daun sup.

Pokok tin yang sentiasa berbuah variety Negrone (131117).

Ada cerita di sebalik lagu...tp yang ini berkenaan pokok mangga ni... Alkisahnya semasa dibeli tiga tahun lepas..seller cakap yang ini pokok mangga apple yang isi sedap dan kuning oren tu..sedap nak menyicah buat kerabu bagai..itu yang terbayang di kepala. Sekali keluar...oh..manggaku, pelam telur rupanya........masam yang amat, rasanya mau ditebang pula pokok tu...entahlah,menung kejap.

Ini buahnya,ada 5 biji lagi satu dah masuk longkang. Pokok baru belajar berbuah.

Ini pula...akak yang baru belajar mengetut pokok2. 1st trial..harap berjaya (111117).

Aster maroon.

Tut pokok cabang tiga aka tenggek burung.

Orkid Cameron.

Kamunting yang lebat berbunga.

Jambu bertih putih rancak berbunga. Harap lekat buahnya.

Lemon yang kena bertongkat...lebat berbuah kali ni.

Limau nipis seedless.

Terung ulam purple.

Pokok betik..selepas beberapa kali gagal..ada 4 pokok kesemuanya. Ini pokok#1..daunnya digunting orang untuk berubat agaknya. Positive thinking...redho jer bila tanam tepi jalan ni.

Pokok betik#2, alhamdulillah menjadi juga betiknya,belum dapat makan lagi hasilnya.

Pokok betik#3, buahnya sedikit lonjong. Pucuknya dipetik oleh mamat bangla itu hari. Nampak kejadiannya bukan menuduh tapi malas nak tegur...kang ditebangnya pokok tu pula,hihi...redho jer la...


Yang ini pun rajin berbunga.

Kutipan hari ini (141117).

Ulam raja. Semuanya ditanam dari keratan pucuk. Sejengkal dari pucuk,dibuang daunnya separuh atau hampir botak,cucuk terus ke tanah. Berjaya hidup dengan suksesnya dan sudah dipetik untuk jiran.

Pokok tin,id hilang.

Pokok tin variety purple jordan.

Banyaknya putik buahnya.

Pokok cili solok,ada 5 pokok kesemuanya.


Kaktus siam.

Longan lada hitam yg baru berbunga...cepat betul..baru ja tanam bulan Aug.

Gambar2 dibawah adalah hasil tuaian pada hari yang berbeza. Banyak yang sudah disedekahkan.





Cili purple,pokoknya dah ditebang untuk beri laluan pada pokok jambu bertih merah. Benihnya dah dikeringkan.

Banyaknya gambar... Itulah penceritaannya. Kepuasan yang tak terucap. Alangkah seronoknya kalau ada tanah yang luas... Yer..ini pun rezeki dr ALLAH..bersyukur.
Kebiasaan sebagai insan yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada.. HAPPY GARDENING.

Monday, 6 November 2017

Cili solok

Alhamdulillah... Cili solok akak dah mula masak. Buah sulung tu nak buat benih sebab itu lah simpan sampai masak. Selalunya dipetik bila dah tua ja iaitu ketika masih hijau cerah tu untuk dibuat solok lada mahu pun untuk dibuat kari.

Cili solok bersama ulam-ulaman.

Asal benihnya adalah dari cili solok yang akak beli tempoh hari di pasar Wakaf Che Yeh, Kelantan.
Bila disemai mudah pula hidup.
Sekarang pokok2 semuanya dah mengeluarkan bunga dan buah. Ada dalam 5 pokok kesemuanya.


Pokok yang sedang lebat berbunga. Harap bunga tak gugur dek cuaca yang tak menentu.

Cili solok yang sedia untuk dipetik.

Gulai pantai timur memang ada cili solok sebagai rencahnya disamping timun atau sayuran lainnya. Boleh juga dibuat ulam sebab ianya tidak pedas menyengat.

Biar banyak hasilnya nanti barulah kita buat solok lada tu... Alang2.......bukan mudah nak dibuatnya sebab tak biasa dan renyah juga kerjanya. In shaa Allah.

Sunday, 5 November 2017

Gulai lemak peria+udang+belimbing buluh

Masakan 2 hari lepas...baru hari ni berkesempatan untuk update. Lama sungguh tak makan masakan macam ni disebabkan anak2 dan suami yang tak menggemari sayur peria tu.
Tapi untuk resepi ni akak guna peria kanbas atau peria besar tu. Peria ini kurang rasa pahitnya kalau nak bandingkan dengan peria kecil atau peria katak tu. Itu pun akak buat sebelah je buah perianya, lagi sebelah digoreng bersama telur. Kalau goreng dengan telur laju juga dia orang makan tapi telur kena lebih la..
Tak kisah lah janji mahu juga makan sayuran yang sedikit pahit ni.

Peria yg dipotong kasar dan direndam dgn sedikit garam.

Udang sederhana yang dipotong muncungnya yg tajam tu. Tak perlu buang kulit supaya masakan kita lebih manis.


Peria potong kasar rendam dgn sedikit garam utk kurangkan rasa pahit.
500g udang sederhana potong hujungnya yang tajam.
Segenggam cili padi
Kunyit hidup
Serai 2 btg diketuk
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Bawang besar selabu
Daun kunyit jika suka
Belimbing buluh 10 bj
Santan
Sedikit minyak utk menumis
Garam, gula dan perasa

Cili,serai, kunyit,bawang.

Blend cili,bwg kecil,bwg putih,bwg besar,kunyit.
Tumis serai yg diketuk dan masukkan bahan yg diblend. Masak sampai wangi. Masukkan sedikit air atau santan cair, letakkan belimbing,peria dan hirisan kasar bwg holland jika suka.
Biar sedikit lembut, masukkan santan pekat dan udang. Letak daun kunyit yang disimpul.
Perasakan, mendidih, kacau2, tutup api.
Ini belum dimasukkan santan pekat lagi.


Rasa peria yg pahit tu sedikit hilang bila udang yg manis mengimbangkannya.

Siap hidangan utk hari ini. Jemput makan semua.

Masakan ini mestilah sedikit pedas dgn penggunaan cili padi. Pada sesiapa yang tak suka pedas boleh kurangkan cili tu.

Tuesday, 10 October 2017

Aneka nasi goreng.

Nasi goreng memang mudah disediakan, janji ada nasi sejuk yang berbaki. Kalau tak ada nasi sejuk, boleh ja masak nasi dgn jumlah air yang dikurangkan daripada memasak nasi biasa tu. Kita nak nasinya sedikit keras dan berderai.
Selepas nasi masak, cepat2 sejukkan dan gembur2 nasi tu sebelum digoreng. Bila nasi dah ada, bahan2 lainnya cepat je nak disediakan. Nasi goreng cara akak, mesti ada sayur. Lobak merah atau karot adalah sayur wajib. Potong dadu karot dan sayuran lainnya seperti sawi/kangkung/kcg panjang/kcg buncis hanyalah pelengkap.
Sayuran sejuk beku seperti campuran karot,jagung dan kacang peas akak tak suka dan memang tak ada stok kat umah akak.
Ikan bilis, telur, ikan kering, udang kering adalah antara bahan perencah campuran untuk membangkitkan rasa nasi goreng kita.
Itu semua adalah asasnya. Kalau ada ayam, udang segar, daging dan ikan goreng yang tak habis tu satu bonus pula. Boleh pelbagaikan lauk untuk nasi goreng kita. Tak ada la nasi goreng kosong jer kan...

Cili antara bahan yang wajib ada. Kalau ada sambal belacan yang tak habis tu boleh dibuat gorengan, memang sedap. Maka akan terhasilah nasi goreng belacan.

Cili padi, cili hijau pokok akak sentiasa berbuah dan selalunya akak petik dan simpan dalam petisejuk. Kadang tu akak buat sambal hijau dan simpan dalam tupperware. Bila nak guna, semuanya dah sedia. Kerja memasak jadi lebih cepat.

Nasi goreng petai. Ada campuran sambal hijau dan ikan bilis yang ditumbuk.

Nasi goreng ikan bilis+sambal hijau+kacang panjang.

Nasi goreng ayam merah+ulam pucuk putat. Sebenarnya ada lebihan sambal ayam. Gorengkan sambal tu, campur sayuran dan pecahkan telur. Siap dan boleh dimakan bersama ulam pilihan.

Nasi goreng kampung mesti ada sayur kangkung dan ikan bilis. Cili padi diketuk dan telur mata sebagai penambah lauk untuk nasi goreng kita.


Nasi goreng ikan masin pun sedap terutamanya jika menggunakan ikan tenggiri masam tu, perghh baunya menyengat, ada pula sambal belacan dan ulam timun kampung yang rangup tu...makan tak ingat la...
Setiap menu nasi goreng akak mesti diletakkan satu sudu teh lada sulah, ikut banyak mana nasi yang kita buat. Kalau banyak nasinya tambah la lagi. Itu adalah bahan rahsianya. Rahsia la sangattt...
Apa menu nasi goreng awak hari ni??? 👀👀👀