Wednesday 10 September 2014

Kacang renek dan pokok lainnye kat laman ni....

Kacang renek..

Lama betul teruja nak tanam kacang renek ni...dok blog walking kat kebun2 kawan kat alam maya ni tetiba terjumpa dgn kacang renek ini,macam jakun la plak...species kacang panjang yg tak payah letak pancang  utk memanjat,buah yg panjang...lebih kurang sama le..cuma ianya pendek atau renek..itu le dapat namanya tuh!!.
Akak pun goggle le cari sesiapa yg ada jual benihnye..nasib baik akak dapat dari blog ros semua menjadi,boleh ke blognya kalau mau apa2 biji benih atau anak2 pokok...Akak terus semai 2 biji anak benih dalam baldi terpakai,jarakkan sikit,kedua2nya pun tumbuh dan cepat pula mengeluarkan hasil...tapi akak punya dah diserang ulat..pokok dan daunnya dah jadi kuning gitu...tapi sekarang alhamdullilah dah menghijau semula selepas pokok dibuang ulat dan dibaja..yukk kita hijaukan bumi kita..


                  Manis dan rangup kalau petik dan terus makan,gambar masa pokok diserang ulat..


Sekapur sireh...ehh..betul ke namaye..

Pokok ini akak beli semasa expo flora kat Kebun Bunga hari tu..tanya pada penjual nama pokok nih..itu le nama yg diberi...daunnya dikeringkan dan baunya sebijik daun pandan..elok jugak jadikan pot pori,boleh letak dalam kenderaan,almari baju,beg tangan...suka hatilah nak letak kat mana..mehh tanam satu pokok satu rumah..nanti nak jual jugak anak pokok nihh..boleh ke??


Sekapur sireh nama diberi...wangi memikat harum semulajadi..kalau sesiapa ada nama lainnya tolong le beri..


Bunga dilamam ni...

Beberapa pokok yang sedang berbunga..kemboja dan beberapa pokok yang akak tak tahu namanya..maaf ya kawan2 kalau seiapa tahu tu..bolehlah komen dibawah..sharing is caring...



 Ini species keladi pemberian kawan tempoh hari..dah makin subur..terimakasih kak nor..
I
Ini pokok renek dan berbunga biru..akak jadikan pagar ..bunga kecil2 aja..
Ni pulak tak tahu la species apa..terpikat dgn bunganya..agak mahal jugak..

Bunga sulung...

Hati turut berbunga....


As salam...lama dah tak jenguk kat blog ni..keja dah tak sama macam dulu,cuti dah dipendekken,maka blog pun menyepi..sibuk dgn tugasan yg lain jugak..Entry hari ni berkenaan dgn pokok markisa akak..tanam dah hampir setahun,asyik gila berdaun,buahnye tak ada pun..bercadang tu nak pangkas aje,tetiba kelmarin dah keluarkan bunganya..gembira bukan kepalang..cantik pula tu bunganya.
Markisa selalunya akan mula matang dan berbuah selepas 8 bulan ditanam tapi akak punya dah setahun lebih...sabor aje..apa2pun penantian tu dah berakhir..nanti akak update kalau buahnya dah masak...harap2 menjadi le..


bunganya mekar dipetang hari..pagi masih di dalam kudup yang menyerupai daun.

Pokok markisa yang merimbun...


Tuesday 6 May 2014

BUNGA TELANG ATAU BUNGA NASI KERABU

TELANG YANG MEMBIRU..

Ini pokok telang akak yang baru berbunga...cantik membiru...dulu tertanya-tanya gak bunga apa tu berwarna biru. Selepas terpikat dengan nasi kerabu yang dijual kat perumahan akak ni, baru le berusaha untuk mengetahui tentang bunga ini dan menanamnya. Benih untuk bunga yang belapis2 kelopaknya tu akak beli secara online dan untuk single petal tu, benihnya adalah pemberian dari kawan, terimakasih siti..orang ganu..
Kedua-dua jenis bunga ni akak tanam dalam pasu aje.. jangan ingat kerana tak ada laman kita tak boleh tanam, telang jenis pokok memanjat, akak just letak ranting kayu aje sebagai tempat untuk pokok ni memanjat. Bunga yang dah kembang akak petik dan simpan dalam petisejuk,nanti nak guna baru keluarkan..belum ada projek lagi.


                                             Bunga telang yang beropol2..warna agak gelap..
                                           Ini bunga telang with single petal atau tak beropol2 gitu..
AYAM PERAP UNTUK BBQ ATAU GORENG

                                       Ini gambar pinjam..nanti akak postkan gambar sendiri,                                      credit to goggle. Tunaikan permintaan anak nun di sana.

Bahan2 perapan untuk ayam atau daging ( BBQ atau goreng pun ok gak..)
Ayam dibersihkan...potong le 8 atau 4 bahagian..ha puas makan le..atau ikut suka hati kau orang aje..
toskan atau keringkan ayam dengan paper towel. Lumur ayam tu dengan garam kosong atau nak warna letak le serbuk kunyit sikit. Agak2 le banyak mana garam tu.. Ketepikan selama 10 minit.
Sediakan bahan2 perapan.
1 inci halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 batang serai
Kisar halus semua bahan2 tadi, gaul sebati dgn ayam. Letak 2 sb madu atau satu sudu gula.
Simpan ayam dalam bekas bertutup/tuperware atau yg bersamaan dgnnya, janji dpt tutup coz kita nak simpan ayam ni dalam petisejuk bahagian bawah ya bukan tempat beku untuk semalaman atau 24jam.
So, bahan2 perapan tadi akan masuk dalam ayam dan rasa lebih sedap.
Kalau untuk daging tu boleh le letak herba org putih tu..rosemary memang padan atau sesuai le gitu gandingannya...
Untuk gaya yang lebih moden dan terlebih rajin, just belikan sos BBQ Heinz, HP sauce, Masterfood dan macam2 lagi yang ada kat pasaran.
Semasa memanggang ayam tadi, sekali sekala sapu le lebihan sos tadi pada ayam dan balik-balikkan. Seelok-eloknnya guna serai yang diketuk sebagai alat untuk menyapu atau brush...baru le wangi..
Masukkan sedikit minyak sayuran/zaitun dalam lebihan sos tadi,gaul rata baru le sapu pada ayam baru le kaw...

Nak senang bagai...letak le ayam tadi dalam tool spt dalam gambar..just on kan api..panggang aja..kalau guna arang lagi le sedap..ori gitu..


Saturday 8 March 2014

Jom pi makan..

Entri kali akak nak bercerita tentang kedai makan lak...maklum le bila selalu keluar rumah kesana sini..banyak makan kat luar..so, apa lagi kite tinjau-tinjau le kedai mana yang best dan sedap. Sedap tu subjektif ye..sebab ada kawan akak yang sorang ni..kalau tanya sedap tak?? tak ada tak pernah tak sedap, so selera masing2 lah! Ini cuma perkongsian akak dengan kawan2 dan pembaca budiman semua..manalah tahu bila dah sampai sini boleh lah cari kedai makan yang akak cakap kan ni... tu dia..


 Patutnye kena close up sikit le namanya tu..POKOK CERI namaya ya...

Kari kepala ikan, bila dah dikarikan gini, nama ikan pun dah tak kenal..ngap aje...

Kedai makan ni dibuka dari pukul 7am till 2-3pm, so breakfast ada roti jala, kuih muih, nasi lemak, peknga dan macam2 lagi. Sajian tengahari pula bermula seawal 9 atau 10 pagi kerana semasa akak sampai jam 9.30 pagi tapi dah ada juadah tengahari, apalagi kite tibai nasi untuk pagi dan tengahari sekali..aci tak?? Lupa pula menu tengahari tentu le ada ikan bakar...lain2 tu standard la...cuma nak kongsi disini, tempatnya bersih,ada disediakan surau dan toilet. Harganya berpatutan gitu..sebab tu la akak pergi berkali2. Lupa lak nak cakap lokasinya, kalau kat Garmin tu just keyin Swiss Inn Sungai Petani, bila dah sampai kat Swiss Inn tu, just drive terus about 1/2 kilometer, dah pun jumpa...selamat menjamu selera...

Terbiar kah aku..

Kesian kan dengan tajuk entri kali ni...bukan apa banyak pokok2 kat sana nun tak terjaga dan disiram dimusim yang kering gini...apakan daya tuan tanah hanya mampu berdoa semoga hujan cepat2 turun membasahi bumi nan gersang ini..ehh dah melalut, akak cuma nak bercerita tentang pokok2 di rumah lagi satu tu..mujur le ada pokok2 tu akak dah tanam few months ago, so pandai2 dia le cari air sendiri..maksud akak tu akar2 nya le..Pokok ini waktu awal penanaman kena selalu disiram tapi kalau dah lebih dari sebulan dua tu dah kira seminggu sekali pun ok gak..alasan lah tu...tapi betul jugak faktanya kerana kalau yang tanam dalam pasu tu lain le...kena siram setiap hari. Lagi satu, betul ke kalau tanam pokok mempelam ni kena jauh dari rumah, takut akar2 nya nanti rosakkan struktur rumah..akak tak pasti sebab semasa membeli ada juga bertanya hal ini dengan si penjual, katanya kalau baka kahwin ni no problem, boleh ditanam di tepi rumah kerana pokoknya tak terlalu tinggi dan akar tak pergi jauh berbeza dengan pokok yang ditanam dari semaian biji..harap2 gitu le kerana akak dah tanam 4 pokok mempelam di dalam kawasan rumah ni..Ha..nanti bila pokok2 ni dah besar rumah pun tak nampak agaknye ye..
 Amani disamping pokok mempelam Taiwan, 3 tahun boleh keluarkan hasil, kite tunggu ya..ni baru nak setahun, belum baligh lagi..
Mexican petunia purple dan disebelahnya warna pink tapi dah layu dek kepanasan yang melampau..
 Pokok limau purut yang selalu botak dikerjakan ulat2 daun, musim kemarau ni mengeluarkan pucuk2 baru pula..
 Pokok ketup-ketup yang belum berbunga kerana belum matang lagi, mungkin next year pada musim kemarau akan datang kut...
Mempelam cokanan yang dah belajar berbunga tempoh hari, pokoknya rendah aje...
Water Lily yang ketinggiannya dah sama tinggi dengan akak, hujung tahun dah boleh letak baja buah lak...

Ada pokok mempelam apple yang akak tak sempat ambik gambarnya..lagipun pokok ni mungkin nak kena pindah keluar dari kawasan rumah kerana terlalu padat...kat situ juga ada pokok kari, ulam raja, kaduk dan juga pandan..memang sesak...

Jambatan Sultan Abdul Halim..

Update untuk hari ni walaupun cerita dah nak basi, keindahan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim. Emm...nama pun jadi isu gak sekarang ni..apa2 pun just nak kongsi beberapa gambar yang sempat akak snap tempoh hari dan pada hari ni juga, tapi sayang jerebu agak tebal hari ni, gambar tak berapa clear memerangkap tak pro la tu...apa2 aje la..Actually, jambatan ni ada tiga lorong tapi dikhaskan separuh lorong lagi satu tu untuk motosikal...so jadi le 2 1/2 lorong..ingat tu..para penunggang motosikal semua...guna lah lorong tu seadanya ya. Hari ni akak perasan bila lalu kat tengah tu dah tak ada kenderaan yang berhenti untuk ambil gambar bagai...ok la tu..safety first ye..
                                                      Pintu gerbang yang cantikk..

                          

                  

                                           


                                


                         Sampai sekarang ni...jambatan kedua ni sunyi je..sedih tau..first link tu..sesak...!!

Friday 7 March 2014

Pokok lagi..

Ha.. boring tak??masuk blog ni mesti ada cerita tentang pokok..kata orang pokok ni dapat menyejukkan mata yang memandang..maklum le hijau gitu..lagipun pokok2 nikan sumber oksigen..so mari kita hijaukan bumi ni..bila la nak hujan ni, banyak pokok2 yang dah kering...kesian...banyak la pula post hari ni..free gitu...bila dah sibuk..emm maap la..
 Ini pokok peghalau nyamuk..nama saintifiknya akak tak pasti pulak..nanti kite goggle ya..
Update terkini..akak dah cari,namanya jeremin atau nama botaninya pelargonium radula..sesuai ditanam dalam rumah atau kawsan sekitar yang agak redup..letak aje depan rumah..pintu depan sure nyamuk tak masuk..boleh gitu..?
 Pokok bunga telang atau pokok nasi kerabu, belum letak pancang kerana pokok ni menjalar..
Langsuir..pokok yang mudah hidup dan menumpang,sekarang dah jadi pokok hiasan..akak tanam dalam pasu kecil aje..tapi subur juga.

Ubahsuai rumah

Emmm...apa pulak nak share kat sini ye...berkenaan rumah akak yang lagi satu ni...sekarang ni menetap kat rumah merpati, so kita share le beli landed property pulak. Nak rasa juga tinggal kat bawah ni kan...tapi itu le kalau dapat kunci bukan boleh terus duduk, nak kena ubah suai sana sini dulu. Kita plan tambah atau besarkan dapur sikit...dapur tu kan jantung kepada sesebuah rumah kan...so akak tambah lebih kurang 20' x 20' untuk dapur, yang sedia ada kat belakang tu just 20' x 6' aje, so kita sambungkan aje...selesa sikit,family kan besar...lagipun akak dapat lot tepi, so alhamdulillah ada la tanah lebih sikit, sekarang ni tengah progress gitu..Insyallah jika ada perkembangan terbaru akan akak share kat sini..
 Yang ada bumbung tu adalah tambahan dapur yang akak cakapkan tu..
 Ini bilik kat bawah, kecik aje..itupun dah pecah dan extend 6' ke belakang. Yang belum bersimen tu adalah part yang kita extend.
 Ini pandangan dapur dari bilik bawah, abaikan model kecik akak tu..
Ini bilik air yang ada penambahbaikan juga. Akak buang tingkap kaca pegun, letak tingkap kaca yang boleh dibuka ( tingkap tolak ) dan sebelahnya adalah ventilation fan. Semua bilik air dibuat cenggini..ok ke?
 Ini master bedroom, extend sikit aje..balcony depan tu belum berbumbung,cadang letak awning aja tak mampu you kalau nak letak polycarbonate tu...mahal sangat..
Ini tingkap bilik no. 2, asalnya tingap naco, akak letak tingkap tolak bukan sliding ye..
Ini pemandangan bukit dilihat dari balcony sisi rumah...ada simbol peace tu..model yang sangat sibuk bila akak ambik gambar..
Ini bilik yang dibawah tu..bilik air tu kita pecah dan buat pintu masuk terus dari bilik ni..kena planning juga untuk hari tua...sakit demam mungkin dah tak terdaya nak ke atas kan...harap diberi kesihatan yang baik suami isteri dan family keseluruhannya..
Ini bahagian depan, dinding tu asalnya pagar hijau aje,,pemisah dengan jiran sebelah rumah..

Cucu pertama in this family....

As salam...apa khabar semua?? Entri kali ni nak update pasal family kite pulak. Ini akak postkan gambar cucu pertama Rafiq Muhaimin, belum pun sebulan beratnya dah 4.7kg gitu...sihat alhamdulillah. Dilahirkan tanggal 15Feb lalu dan akak travel nun ke selatan tanahair bersama suami untuk melawat cucu...apa pun semuanya dah selamat, syukur..Tahniah untuk anak dan menantu...selamat menjadi ibubapa yang baik dan great model untuk anak...amin.


Semasa gambar ni diambil, usianya baru 5 hari...tido aje le kejonya..Di bawah ni hadiah dari mak tok dan tok wan...moga2 Rafiq sihat dan jadi anak yang soleh...amin.

 Ini gambar yang akak snap semasa perjalanan balik dari melawat cucu tempohari...jalan macam kite naik roller coaster aje..