Monday 17 April 2017

Aster bunga kecil yg cantik.

Mula tertarik dgn bunga aster ni bila melihat rakan fb postkan kebunnya yg cantik disulami dgn bunga2 kecil ini. Misi mencari benih pun bermula. Cuba menyemai benih yg dibeli dr kedai Eco tu...senyap jer... Tukar guna medium peatmoss pun masih tak berjaya. Tak semua benih kering yg kita beli masih aktif.
Terus berusaha tanya sahabat fb dan ada yg menjualnya... Alhamdulillah.. dapat anak pokok pada bulan November tahun lepas...
Gambar pd awal January.Lihat anak2 pokok sudah memenuhi pasu walaupun pokok induk belum berbunga.

Anak2 pokok aster baru sampai (pos laju Nov 8). Terus semai pada hari yg sama.Letak ditempat teduh (elakkan dr hujan dan panas) selama seminggu. Selepas pulih baru dedahkan pada panas matahari.

Pokok mula berbunga pada awal February.
Light purple...cantiknya ciptaan ALLAH.


Aster suka terdedah kpd cahaya matahari(full sun).

Tambahan koleksi warna menerusi pembelian online.

Dark purple.
Putih bersih...tak jemu melihatnya.

Masih ingin menambah koleksi warna2 yg lebih terang spt maroon,merah jika ada.Pokok yg mudah dijaga dan senang membiak melalui anak akarnya.Hanya beri baja subur diperingkat awal utk setiap minggu. Cepat membesar dan berbunga,in shaa Allah. Jom tanam...





No comments:

Post a Comment