Friday 2 October 2015

Hasil tuaian petang semalam selepas hujan...dan beberapa pokok yg menghuni laman ini..

Ini entry yg tertunggak..lama dah..apa2 pun nak update jugak..Memang puas dan seronoknya memetik hasil titik peluh sendiri walaupun taklah seberapa tapi dgn berbagai variasi yg telah memberikan hasil, rasa sayang pula nak tinggal rumah yg berlaman ni...walaupun kecil dapat jugak bercucuk tanam keperluan asas utk memasak dan sedikit pokok2 ulam yg senang hidup...emm macam pelik aja..
Pokok2 bunga tu penyeri laman..kalau tak ada sepohon dua pun boring juga..terapi mata dan minda juga..banyak pokok banyak le oksigen tu..bagus juga kan...biarlah gambar berbicara pula..

 
pucuk kunyit yg daun bergulung tu..
buat ulam aje..

 
pucuk bebuas..celur aje dibuat ulam cicah budu.

 
pucuk kaduk dan pucuk ubi kerinting..
sedap pucuk ubi kerinting ni..lembut

pokok kunyit yg merimbun..lepas ni boleh buat jus kunyit
 

Satu nyiru...puas hati
 

seriously..klau serai tu sekali ambikk tahan utk sebulan dua.
 
serai,ulam raja dan pucuk ubi memang menjadi...tapi
sekarang akak dah kosongkan laman dr
pokok ulam raja..beri laluan pd bendi lak.
 

pandan..pokok yg jadi keperluan..
 

cili padi akak tak berapa nak menjadi..tgn akak tak
sesuai tanam cili kut..tapi tak jemu mencuba..
sekarang tengah menyemai cili..nanti update
 

pucuk mata pelanduk yg sedap giler....rangup gitu..
 

pokok geti panggilan org utara..disebelah sana nun..
dikenali sebagai pokok turi..sedap dimasak lemak..
pucuk muda dibuat ulam mentah..jgn tak tahu ya..bleh try
 

 
pucuk manis aka asin2,akar som dan sedikit cili..alhamdulillah

Serai acheh yg dah memenuhi pasu besar akak..
klau emergency tu..inilah pengganti serai kita..
 

Puding belacan,pokok pemberian kawan..sekarang dah
besar bagai johan..harap dapat la bertahan..
walaupun selalu ditinggal-tinggalkan..
tengok tu..botol air sebagai peneman..
 

pokok kari pun dah meninggi..pokok yg dah jadi keperluan..
setiap rumah mesti tanam..rumah merpati akak
kat penang tu pun ada pokok kari..
tanam dlm kotak polisterin tu..
 





2 comments:

  1. Mak aiiii jus kunyit ,,,,,,
    Kunyit tu buat ulam pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kunyit yg muda2 tu,rapuh dan sedap tapi ada yg tak suka dgn baunya..

      Delete