Tuesday 6 May 2014

BUNGA TELANG ATAU BUNGA NASI KERABU

TELANG YANG MEMBIRU..

Ini pokok telang akak yang baru berbunga...cantik membiru...dulu tertanya-tanya gak bunga apa tu berwarna biru. Selepas terpikat dengan nasi kerabu yang dijual kat perumahan akak ni, baru le berusaha untuk mengetahui tentang bunga ini dan menanamnya. Benih untuk bunga yang belapis2 kelopaknya tu akak beli secara online dan untuk single petal tu, benihnya adalah pemberian dari kawan, terimakasih siti..orang ganu..
Kedua-dua jenis bunga ni akak tanam dalam pasu aje.. jangan ingat kerana tak ada laman kita tak boleh tanam, telang jenis pokok memanjat, akak just letak ranting kayu aje sebagai tempat untuk pokok ni memanjat. Bunga yang dah kembang akak petik dan simpan dalam petisejuk,nanti nak guna baru keluarkan..belum ada projek lagi.


                                             Bunga telang yang beropol2..warna agak gelap..
                                           Ini bunga telang with single petal atau tak beropol2 gitu..

No comments:

Post a Comment