Tuesday 6 May 2014

AYAM PERAP UNTUK BBQ ATAU GORENG

                                       Ini gambar pinjam..nanti akak postkan gambar sendiri,                                      credit to goggle. Tunaikan permintaan anak nun di sana.

Bahan2 perapan untuk ayam atau daging ( BBQ atau goreng pun ok gak..)
Ayam dibersihkan...potong le 8 atau 4 bahagian..ha puas makan le..atau ikut suka hati kau orang aje..
toskan atau keringkan ayam dengan paper towel. Lumur ayam tu dengan garam kosong atau nak warna letak le serbuk kunyit sikit. Agak2 le banyak mana garam tu.. Ketepikan selama 10 minit.
Sediakan bahan2 perapan.
1 inci halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 batang serai
Kisar halus semua bahan2 tadi, gaul sebati dgn ayam. Letak 2 sb madu atau satu sudu gula.
Simpan ayam dalam bekas bertutup/tuperware atau yg bersamaan dgnnya, janji dpt tutup coz kita nak simpan ayam ni dalam petisejuk bahagian bawah ya bukan tempat beku untuk semalaman atau 24jam.
So, bahan2 perapan tadi akan masuk dalam ayam dan rasa lebih sedap.
Kalau untuk daging tu boleh le letak herba org putih tu..rosemary memang padan atau sesuai le gitu gandingannya...
Untuk gaya yang lebih moden dan terlebih rajin, just belikan sos BBQ Heinz, HP sauce, Masterfood dan macam2 lagi yang ada kat pasaran.
Semasa memanggang ayam tadi, sekali sekala sapu le lebihan sos tadi pada ayam dan balik-balikkan. Seelok-eloknnya guna serai yang diketuk sebagai alat untuk menyapu atau brush...baru le wangi..
Masukkan sedikit minyak sayuran/zaitun dalam lebihan sos tadi,gaul rata baru le sapu pada ayam baru le kaw...

Nak senang bagai...letak le ayam tadi dalam tool spt dalam gambar..just on kan api..panggang aja..kalau guna arang lagi le sedap..ori gitu..


No comments:

Post a Comment