Wednesday 19 April 2017

Belimbing buluh lagiii...

Hari ni teringin sangat nak makan yg kukus2 atau rebus ja... Kebetulan bersua pula dgn ikan kerapu semasa ronda2 kat market tadi...apalagi kita kukuskan aja ikan ni...

Kerapu stim + inoki mushrooms + belimbing buluh....
Bahan2;
2 ekor ikan kerapu saiz sederhana
(2ekor ni tak sampai sekilo pun)
1 packet inoki mushrooms
Halia 2 inci - ptg memanjang,
Serai 1 btg - hiris nipis
Karot setengah batang
Bawang holland satu labu kecil
1 bj tomato
6 bj belimbing buluh
Bwg putih 3 ulas
Garam,lada sulah
Serbuk perasa jika suka
Secubit gula
1sudu kecil sos ikan
Cili besar ptg serong
Daun bawang dan daun sup
Caranya;
Sediakan bekas utk mengukus atau stimkan ikan ni.
Akak guna pinggan besar yg agak dalam tengahnya...muat utk 2 ekor ikan ni.
Ikan siap bersih,lumurkan garam dan lada sulah. Ketepikan.
Taburkan sebahagian hirisan halia, bwg putih dan serai didasar pinggan tadi. Letak ikan.
Sebahagian lagi disumbat dlm perut ikan dan juga diatas ikan.
Karot diptg seperti mancis tetapi lebih kasar dan besar. Tabur je..
Bwg holland dibelah2 dan letak atas ikan tadi.
Belimbing buluh dibelah 2 dan diletak diatas ikan tadi.
Panaskan kukusan,letak pinggan tadi dlm kukusan. Renjiskan sos ikan,tabur mushrooms dan sebahagian daun bwg dan daun sup.
Tutup kukusan. Biar selama 10 minit. Buka kukusan dan perasakan...letak cili ptg.
Sambung mengukus lagi 5 minit bergantung pd saiz ikan ya..
Tutup api,letak tomato dan tabur sebahagian lagi daun bwg dan daun sup tadi..sedia dihidangkan. Kena mkn panas2 bersama cili kicap.
Jika tak suka mushrooms, tak letak pun tak apa..saja nak bagi meriah gituu...


Sebenarnya akak tak ada stok buah plum yg dlm botol tu...ganti dgn belimbing buluh ni...masam juga...

Catitan: Kalau ada daun ketumbar..lagi sedap dan wangi. Tetapi tak semua org suka dgn daun ni...busuk katanya...
Lagi satu...sos ikan tu dah masin ya...so kena pandai2 la..jika tak letak pun tak ada masalah... Setengah org tak makan pun.... Bila stim ni...air semua tak perlu sebab air dr kukusan tu sudah lebih dr cukup.
Jika nak pedas..ketuk cili padi dan taburkan aja...sebab lada sulah saja memang tak pedas. Ini utk org yg mkn pedas la...kita yg buat diakan...adjust2 la apa yg patut... Selamat mencuba..






No comments:

Post a Comment