Monday 17 April 2017

Jambu....aneka jambu

Laman yang sempit bukan alasan...aneka pokok2 buah-buahan akak tanam juga walaupun didalam pasu atau polybeg yg besar tu (22x22).
Citarasa masing2....ada yg suka laman hanya dipenuhi rumput karpet dan bunga hiasan. Bagi akak ruginya ruang2 yg kosong tanpa pohon2 yg mendatangkan manfaat bagi tuan tanah mahupun haiwan dan serangga. Kita berkongsi dgn persekitaran...alam.
Laman akak memang dah tak ada ruang utk diletakkan apa2 pokok lagi....jaga apa yg dah ada.
Kebanyakannya pokok2 cili..nanti update untuk cili dilain entri. Pokok2 tut sekarang mudah didapati dan cepat mengeluarkan hasil.
Pokok jambu batu seedless, jambu lohan, jambu bertih merah, jambu bertih putih dan jambu madu antara koleksi jambu yg akak tanam. Dalam pencarian sekarang adalah jambu batu isi merah. Kalau beli pun hanya boleh ditanam di luar rumah..tawakal jer..
Nak jimat kos...kalau online memang ramai yg menjualnya... kos postage pun dah berpuluh ringgit..tak mendesak...so relax dulu.
Jambu batu seedless akak sudah berbuah utk kali kedua. Musim lalu dapat makan 2 bj sahaja tetapi puas hati...buah yg sedap dan besar. Tapi laman akak ni byk tupai dan burung. Selalunya berkongsi dgn makhluk2 inilah... Kalau nak merasa, kena rajin balut buahnya...lagi satu ialah lalat buah..byk buah rosak disebabkan serangga ini.
Kali ini buahnya lebat pula...tetapi byk bena putih menyerang daun dan putik buah. Mungkin disebabkan persekitarannya yg dipenuhi pokok2 cili....bena atau aphids ni amat menggemari pohon2 cili terutama dibawah daun cili adalah tempatnya bersarang.
   


Ini buah musim yg lepas..buah pertama atau buah sulung.

Jambu lohan baru belajar berbunga. Dah ada putik buah sebesar jari kelingking sebanyak 3 biji.

Buah ini masih dipokok,masih terus membesar.

Buah ini dah matang

Sudah dipetik...dlm satu ranting ni ada 4bj buah yg sgt rapat..lagi 2bj sudah terdedah kpd serangan lalat buah..hanya 2bj yg elok utk dimakan.


Lihat....tupai terlebih dulu sebab buah ini tak berbalut..terlampau rapat kedudukan buahnya...nak dibuang sayang...tetapi elok lakukan penjarangan buah utk setiap ranting atau gugusan bagi memastikan buah yg besar dan berkualiti.

Lagi 3 jenis jambu belum berbuah...harap2 dlm masa yg terdekat ni semuanya dapat mengeluarkan hasil, lagipun semuanya adalah pokok tut.

No comments:

Post a Comment