Google+ Followers

Friday, 4 August 2017

Asam pedas rebus keladi+belimbing+isi ikan

Kannn....panjang berjela nama resepinya...ambik ko... Nama jer, suka2 hati la... Ke pasar hari dan terserempak dgn keladi yg dah siap disiang dan potong. Apa lagi, rembat 3 bungkus, balik cuci bersih dan rebus jer, senang keja.

Keladi yang siap direbus bersama asam keping dan toskan.

350g btg keladi.
2 senduk cili kisar
2 ulas bwg putih
Selabu bwg besar
Sedikit belacan jika suka.
1 btg serai diketuk.
10biji belimbing buluh dibelah.
Bunga kantan
Daun kesum
4 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi).
Sedikit lada hitam ditumbuk.
Garam, gula dan perasa jika suka.
Air secukupnya.

Serai,kantan,kunyit,bwg dan belimbing buluh.

Daun kesum dari laman dapur.

Kisar bwg putih, bwg besar, kunyit, belacan bersama cili. Didihkan bahan yg dikisar bersama serai dan kantan supaya hilang bau cili.
Masukkan belimbing buluh dan renehkan sebentar agar keluar masamnya. Letakkan daun kesum, biar layu.
Akhir sekali masukkan keladi,isi ikan dan perasakan. Biarkan mendidih 2-5 minit, tutup api.
Sedia utk dihidangkan.

Isi ikan dan keladi dimasukkan pada minit akhir.

Boleh dimakan bersama nasi ulam versi utara, diratah begitu saja atau bersama nasi putih berlaukkan ikan masin goreng...

Nota:
Asam pedas rebus ini boleh juga dipadankan dgn ikan bilis atau udang. Penggunaan lada hitam adalah utk menambahkan kepedasan atau kehangatan memandangkan keladi adalah sejuk. Jika tak nak letak, boleh digantikan dgn beberapa biji cili padi ketuk, terpulanglah.
Jika tak ada belimbing buluh, gantikan dgn asam keping atau air asam jawa. Sekarang pokok belimbing buluh akak berbuah lebat sebab itulah akak tak letak asam keping. Boleh pelbagaikan...
Kepekatan kuah ikut keinginan sendiri. Akak dah letak isi ikan, kuah akan sedikit pekat, jika suka cair boleh tambah air. Alhamdulillah..kali ini keladinya tidak gatal dan puas menghirup kuah dan gigit2 asam belimbing tu... Itu hari beli yang dah siap masak, punyalah gatal tekak, bibir pun rasa bengkak, macam nak sumpah tak nak beli dah...tapi kan akak suka sayur ni dan tak pernah serik...😅😅😅
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment