Monday 14 August 2017

Masak lodeh aka lontong versi akak...

Selalunya lontong disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Aidilfitri atau Aidiladha. Sekarang, semuanya dah berubah, ianya boleh dinikmati setiap hari sebagai menu sarapan pagi terutamanya negeri di sebelah selatan.
Akak pun, kalau ada kerajinan memang terus buat jer tak kira masa, syaratnya kena ada mood rajin tu....😚😚😚
Resepi yang sedikit berbeza, setengah resepi tu terus rebus tapi akak tumis dulu bahan2 kisar hingga naik aroma, barulah masukkan aneka sayuran yg disukai.

Bahan2 utk ditumis.
Bawang besar 2 labu.
4 ulas bwg putih
Halia sebesar ibu jari
1 inci lengkuas
20bj cili padi
2bj cili besar
Segenggam ikan bilis
Semangkuk kecil udang kering
3 btg serai
Kunyit sebesar ibu jari.
Buah keras jika suka.
Minyak utk menumis.

Serai tu ambil bahagian yg lembut sahaja utk diblend, bahagian atas diketuk. Semua bahan dicuci bersih dan blend.
Panaskan minyak, letak serai yg diketuk, biar wangi, masukkan bahan2 yg diblend, tumis hingga wangi,barulah masukkan air.

Bahan2 sayuran:
Kobis
Kentang
Karot
Sengkuang
Terung
Putik jagung
Bunga kobis
Kacang panjang atau buncis.
Sehelai daun kunyit disiat2.

Kobis.

Kentang,sengkuang,karot dan putik jagung.

Fish ball dan fish kek.

Fucuk yg direndam.


Kentang potong dadu. Sengkuang, terung dan karot tu potong btg mancis tp kasar. Putik jagung potong memanjang. Kcg panjang potong seinci panjangnya. Cuci bersih, toskan.

Bahan2 sampingan lainnya:
Fucuk direndam sehingga lembut.
Sohoon direndam.
Fish kek
Fish ball
Telur direbus
Nasi himpit segera direbus
Udang saiz sederhana dibersihkan dan digoreng sebentar.
Tauhu potong kecil dan digoreng.
Tempe potong kecil dan digoreng.

Bahan utama lainnya:
Santan 1/2kilo.
Garam, gula
Perasa

Setelah dimasukkan air, masukkan semua jenis sayuran yg keras, biar mendidih dan sayuran tadi separuh masak, barulah masukkan lain2 sayuran, fucuk, fish ball, fish kek.
Boleh tambah air ikut kepekatan yg diinginkan. Santan belum masuk lagi, so kena agak2 la byk mana, berapa orang nak makan dan sebagainya.
Bila kuah dah mendidih, letak daun kunyit, santan, tauhu, tempe dan sohoon. Perasakan.
Udang akhir sekali sebab kita tak nak over cook pula. Bila kuah mendidih, ianya perlu dikacau supaya santan tak pecah minyak.
Boleh tutup api. Sedia utk dihidangkan. Selalunya lontong dimakan bersama sambal bilis, kuah kacang, serunding, nasi himpit dan telur rebus. Itu semua ikut citarasa dan kemampuan.

Nasi himpit tu, akak rebus awal lagi, biar sejuk senang nak dipotong.

Satu periuk besar bila memasak lontong sebab byk bahan2 yg dimasukkan.

Buat sendiri, puas makan dan boleh berulang2 gitu...😘😘😘
Fucuk dan sohoon tu akak letak lebih sebab anak2 dan ibu pun suka..hihi

Sambal bilis petai...yummy.


Nota:
Bila memasak sayur lodeh ni, akak suka guna kunyit hidup, warnanya cantik dan beraroma tak perlu tambah kunyit serbuk.
Sayuran pula, kita boleh masukkan apa jenis sayuran yg digemari tetapi bukan jenis berdaun macam bayam, sawi atau kangkung tu....jahanam...hahaha.
Sayur selain kaya dgn vitamin, ianya memberi warna kpd masakan kita.
Ikan bilis pula, kalau ada bilis nasi yg halus dan putih itu lagi sedap. Akak tak ada stok. Sambal bilis pula boleh dimasukkan petai atau kosong jer. Kalau ada rendang daging pedas lagi terangkat. Kuah lodeh akak dah ada cili, memang ada rasa pedas tetapi pedas yg lembut gitu. Boleh tambah sambal bilis lagi di dalamnya utk rasa yg lebih ummphh.
Pokoknya, kita yang masak, kita yang nak membedal, ikut suka la nak letak apa, janji rasanya yummy.... Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment