Wednesday 11 November 2015

Muharram dan bubur asyura...bubur asyura versi akak..

Segalanya mudah dan cepat dgn NOXXA...Muharram dah dipenghujung bulan, baru berkesemptan mengupdate.
Bubur asyura akak adalah versi utara...orang utara tak la pandai nak masak versi selatan ke...timur ke..yg lebih rumit tu..
Akak pula masak sorang2...so kacau sampai lenguh tangan nak menyiapkannya. Akak lebih gemar makan semasa masih panas kerana ada yg suka masukkan dalam petisejuk dulu...So, versi utara ni ada yg jenis cair terutamanya di negeri Pulau Pinang. Kalau Kedah dan Perlis tu kebanyakkan buat yang macam bingka atau bengkang tu...lembut semasa panas tapi sedikit keras bila dah sejuk.
Apapun versinya...sebutan atau namanya adalah Bubur Asyura. Meh layan versi akak pula...

Bubur Asyura

Akak listkan jenis kekacang dulu. anggaran 200g setiap satu.
1- Kacang merah ( kacang merah bulat kecil )
2- Kacang buah pinggang ( kacang merah besar )
3- Kacang hijau
4- Kacang tanah
5- Jagung fresh 2 tongkol, hiris.

Ada beberapa jenis kacang lagi tapi tak ada stok, so akak tak letak..sebenarnya boleh letak kacang kuda, kacang duduk, gajus, badam dan berbagai2 jenis kekacang ye..
Dibawah ni list untuk ubi pula...

1- Keledek oren
2- Keledek jepun

Stok akak ada dua jenis ubi ni aje...kalau nak kasi meriah boleh letak semua jenis ubi seperti...ubi keladi, ubi kayu, keledek purple, pumpkin atau labu. Kalau ubi kentang tu tak sesuai la pulakk..

Lain2 bahan tambahan:

Pisang- potong serong sederhana tebal.
sagu mata ikan- rendam dan toskan

Bahan2 wajib:

Gula merah- 400g masak dgn secawan air dan 2 helai daun pandan, tapis.
Gula pasir- ikut kemanisan yg dikehendaki, kita boleh rasa dan tambah ikut kemahuan..leh paham dakk...
Santan pekat 500g. (akak tambah santan kotak yg 200ml tu-kasi lemak sikit )
Tepung beras 3 cawan, akak letak semata2 tepung beras, ada versi yg campur bagai2 tepung, terpulanglah..mahu jadi apa..mahu jadi b....eheh kesitu pula..jgn tension, masak perlu relax..santai...
Garam
2 helai daun pandan disimpul- bukan yang tadi tu..jgn kedekut, pandan byk kat belakang umah tu...

Kaedahnye..semua kekacang tadi cuci bersih dan direbus, dgn pressure cooker Noxxa tu sekejap aje..Kalau kacang hijau tak payah rendam bagai, terus on high pressure for below 10 minutes aje.
Kacang merah tu dalam 15 minit. Kalau ubi tu akak tak rebus sebab ianya cepat juga masak.

Bancuh tepung dgn 3 cawan air, tapis terus kedalam kuali atau periuk besar, masukkan daun pandan, didihkan dan selalu dikacau, kalau pekat tambah air panas, (air panas mendidih ni akak standby tepi)
mudahkan kejo kite...agak2 tepung dah masak letak ubi dan sagu, bila ubi dah lembut dan sagu dah kembang letak gula, jagung dan santan.

Jangan berhenti mengacau, tak nak dasarnya hangus/hangit dan santan tu tak nak pecah minyak..nanti tak cantikk. Sagu dulu ye..kalau letak gula dulu nanti sagu tu lambat pula nak masak atau mentah (memutih ) aje.

Perasakan dgn garam, letak semua kekacang terus mengacau sehingga pekat. Waktu dan ketika ini, boleh la rasa, nak manis ke..nak lemak lagi ke..nak masin sikit lagi ke..kita yg buat diakan... Last, letak pisang, kacau sebentar, tutup api dan boleh terus letak dalam bekas yg dilapik daun pisang...wangi u..

Sedia utk diagih kepada jiran yg bertangga dan tak ada tangga...selamat mencuba. Kalau makan sorang..boleh pengsannn seminggu..

kena kuat mengayuh atau mengacau ketika ini...


warna dah bertukar bila semua bahan2 dah masuk.


sedekahkan pada jiran dan kawan2.


untuk santapan sendiri..tengok tu dah ditebuk, bukan tupai tapi orang..

akak suka pisang tu...kalau suka letak lebihh ye..

Bubur asyura ni sebenarnya kalau dibuat secara gotong royong tu..meriah sangat. Disamping dapat menjalinkan saliturahim dan ukhuwah sesama masyarakat setempat, ianya juga sebagai sedekah kepada yg kurang berkemampuan tu, lagipun makanan ni mengenyangkan...alhamdulillah..




No comments:

Post a Comment