Wednesday 11 November 2015

Resepi mudah...kailan tumis dgn isi ayam..

Kailan adalah antara jenis sayuran yg menjadi kegemaran akak samada tumis dgn ikan masin, udang, daging atau isi ayam. Kali ni akak masak guna isi ayam dari 2 ketul dada ayam. Selalunya part ni ( dada ayam ) tak menjadi kegemaran anak2 sebab isinya yg banyak...muak. Tapi part ni le yg paling sihat, zero kolesterol gitu...
Resepi mudah ni mesti semua orang dah cuba buat tapi versi yg berlainan kut...Cara masing2 kan..

Kailan goreng dgn isi ayam

1- 2 ketul dada ayam- bersihkan dan asingkan isi dgn tulang, potong nipis dan memanjang.
2- 5 perdu kailan- asingkan daun dan batang, batang potong nipis bahagian yg lembut aje.
3- 1 batang carot potong nipis.( kalau nak buat corak pun tak kisah le..)
4- 4 biji cili vietnam- ketuk.
5- 1 ulas bawang holand potong bulat atau dadu besar.
6- 2 ulas bawang putih diketuk dan diracik halus.
7- 1 biji lada merah potong serong. Kalau ada capsicum pun sesuai juga.
8- lada sulah, garam dan serbuk perasa ( optional )
9- 1 sb sos tiram, minyak utk menumis.
10- sedikit tepung jagung dibancuh dgn sedikit air utk memekatkan kuah- yg ni akak tak buat.

Kaedahnye...isi ayam tu kita gaulkan dgn lada sulah dan garam, tumis dgn sedikit minyak sehingga separuh masak. terus letak bawang putih dan bawang holand tadi, biar wangi letak carot dan batang kailan..jgn lupa cili yg diketuk tadi dan cili besar.
Bila dah lembut, masukkan sos tiram dan letak daunnya, perasakan. Secubit gula utk balancekan rasanya. Kalau yg nak masukkan tepung jagung tu..inilah saatnya..mendidih aje terus tutup api, tak nak over cook ye..

ini sebelum masukkan daun kailan tu..


hidangan yg mudah..akak makan macam tu aje kalau panas2 le..

Kalau masak jenis2 sayuran ni akak selalu letakkan lada sulah atau lada hitam kerana kebanyakan sayuran adalah sejuk walaupun ianya baik untuk kesihatan kerana mempunyai banyak vitamin terutamanya vitamin A untuk sayuran berdaun hijau ni...terpulang pada masing2..kita yang makan kita boleh tahu yang mana sesuai dgn badan kita. Ada tu yg berangin, so tak bolehlah nak makan peria atau kacang panjang dan macam2 lagi..Tepuk dada tanyalah selera..kita lebih tahu tentang badan kita sendiri...banyak pula mengomel...resepi tak seberapa...cakap lebih..sharing is caring yunkkkk....





No comments:

Post a Comment