Monday 2 November 2015

PUCUK PAKU....kalau jumpa terus terpaku..

Pucuk paku tumis cili dgn udang...entri tertunggak

Teringat dengan mak kita..sebutannya atau panggilannya adalah paku tanjong...Kalau tinggal kat PENANG atau PERAK, pucuk paku ni memang senang nak dapatkannya..selalu ada jual..tetapi sekarang ni dah mahal sikit..kalau dulu RM1, bila dah masak dapat la semangkuk kan..sekarang ni ciput aje....cepatnya masa berlalu.
Jangan tak tahu...pokok ni ramai yg dah tanam..buat kebun lagi..nak makan petik aje, tak payah nak ke pinggir hutan, kawasan berpaya, kebun kelapa sawit atau tepian sungai utk nak kutip pucuk ni..silap hari bulan boleh jumpa yang duk merayap kat dalam belukar tu..seram oii..sebab tu rela beli kat pasar lagi kan...kita tengok resepi di sini..

2 ikat pucuk paku
3 biji cili besar + 3 biji cili padi, nak pedas boleh tambah
1 mangkuk kecil udang segar
1 ulas bawang besar, potong nipis
2 ulas bawang putih
sedikit belacan jika suka
garam, gula dan perasa ( optional )
minyak utk menumis ( 2sb )

1. Pucuk paku dibersihkan, potong hanya bahagian yg lembut sahaja. Cili ditumbuk lumat bersama bawang putih.
2. Panaskan minyak, layukan bawang dan masukkakn cili tadi, bila dah wangi, masukkan pucuk paku dan udang tadi. Cili tadi jangan hangus ya dan udang tu kita tak nak terlebih masak, nanti keras sebab tu akak letak pucuk paku dulu.
3. Perasakan, letak gula sikit sebab nak balance kan rasa ..resepi ni kan guna byk cili..
4. Air tu terpulang, kadang2 tu air dari basuhan pucuk paku tadi pun dah mencukupi..akak lebih suka letak air panas mendidih kalau nak berkuah sikit. Jika nak kering tak perlu ya..
5. Bila pucuk paku dah lembut boleh tutup api..siapp..



yg sebelah kanan tu pucuk paku..nak pedas letak cili hijau tu byk2


pucuk paku goreng makan bersama ikan goreng dan sambal belacan pun sedap..


Sekadar perkongsian, jika malas nak menumbuk cili bagai..boleh aje letak cili kering yg siap mesin tu..kalau cili boh tu tak sedap kut..nak masak ni kena berusaha juga kan..so boleh le cuba..pada yg tak suka belacan tu tak perlu letak pun..kalau tak ada udang fresh..boleh ganti dgn bilis atau udang kering. Kalau dah letak udang kering, belacan jgn letak ya..

No comments:

Post a Comment