Monday 18 September 2017

Tempoyak+petai...

Seiring sejalan....tempoyak dan petai memang serasi bersama. Sebagai penambah selera atau pembuka selera. Bila mengadap tu...nasi bertambah2 tak ingat!!!
Ada yang macam tu ka??? Sudah tentu untuk penggemar petai dan tempoyak. Kalau yang tak makan tu, memang tolak tepi ler...😉😉😉

Tempoyak petai sambal hijau.

Semangkuk cili padi hijau.
Semangkuk isi petai.
Belacan
5 sudu besar tempoyak segar dr ladang.
Garam, gula ( optional )
Ikan bilis segenggam.
Selabu bawang besar yg sederhana
Sebiji atau dua biji tomato hijau.
Minyak utk menumis.
Sedikit perahan limau nipis atau kasturi jika tempoyak tak cukup masam.
Tumis bawang, tomato, cili, ikan bilis dan belacan sehingga cili layu. Blend bahan tumisan dgn sedikit air.
Masukkan semula bahan blend tadi dlm kuali yg sama. Masak bersama petai dan tempoyak. Perasakan. Petai sekadar layu je, tak nak terlalu lama dimasak sebab nak kekalkan kerangupannya.


Tempoyak segar

Cili padi hijau dari laman akak.
Petai yang siap dikopek. Petai hendaklah dibelah untuk membuang benda asing iaitu ulat yang selalu bersarang kat tengah biji petai tu.

Ikan bilis

Akak tak letak cili padi kampung tu...takut keluar asap. Terung ulam tu sebagai ubat utk menghilangkan sedikit bau petai tu..

Sambal yang siap masak...😋😋😋

Nota:
Tempoyak durian sudah manis, kalau pedas terlampau tu boleh la letakkan gula tadi.
Jika tak suka bawang dan tomato, boleh jer letak cili semata2. Bila campur bawang dan tomato, sambal dapat banyak dan rasanya pun sedap tak ler pedas berdesing.
Terpulang pada citarasa masing2.
Waspada juga dengan penggunaan garam sebab ikan bilis tadi pun sudah masin., belacan pun ada garam dan tempoyak pun diletakkan garam. Pandai2 lah membuat sukatan tu.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment