Saturday 8 March 2014

Terbiar kah aku..

Kesian kan dengan tajuk entri kali ni...bukan apa banyak pokok2 kat sana nun tak terjaga dan disiram dimusim yang kering gini...apakan daya tuan tanah hanya mampu berdoa semoga hujan cepat2 turun membasahi bumi nan gersang ini..ehh dah melalut, akak cuma nak bercerita tentang pokok2 di rumah lagi satu tu..mujur le ada pokok2 tu akak dah tanam few months ago, so pandai2 dia le cari air sendiri..maksud akak tu akar2 nya le..Pokok ini waktu awal penanaman kena selalu disiram tapi kalau dah lebih dari sebulan dua tu dah kira seminggu sekali pun ok gak..alasan lah tu...tapi betul jugak faktanya kerana kalau yang tanam dalam pasu tu lain le...kena siram setiap hari. Lagi satu, betul ke kalau tanam pokok mempelam ni kena jauh dari rumah, takut akar2 nya nanti rosakkan struktur rumah..akak tak pasti sebab semasa membeli ada juga bertanya hal ini dengan si penjual, katanya kalau baka kahwin ni no problem, boleh ditanam di tepi rumah kerana pokoknya tak terlalu tinggi dan akar tak pergi jauh berbeza dengan pokok yang ditanam dari semaian biji..harap2 gitu le kerana akak dah tanam 4 pokok mempelam di dalam kawasan rumah ni..Ha..nanti bila pokok2 ni dah besar rumah pun tak nampak agaknye ye..
 Amani disamping pokok mempelam Taiwan, 3 tahun boleh keluarkan hasil, kite tunggu ya..ni baru nak setahun, belum baligh lagi..
Mexican petunia purple dan disebelahnya warna pink tapi dah layu dek kepanasan yang melampau..
 Pokok limau purut yang selalu botak dikerjakan ulat2 daun, musim kemarau ni mengeluarkan pucuk2 baru pula..
 Pokok ketup-ketup yang belum berbunga kerana belum matang lagi, mungkin next year pada musim kemarau akan datang kut...
Mempelam cokanan yang dah belajar berbunga tempoh hari, pokoknya rendah aje...
Water Lily yang ketinggiannya dah sama tinggi dengan akak, hujung tahun dah boleh letak baja buah lak...

Ada pokok mempelam apple yang akak tak sempat ambik gambarnya..lagipun pokok ni mungkin nak kena pindah keluar dari kawasan rumah kerana terlalu padat...kat situ juga ada pokok kari, ulam raja, kaduk dan juga pandan..memang sesak...

No comments:

Post a Comment