Tuesday 30 May 2017

Cili ungu kesayanganku....

Entri kali ni hanya nak berbicara tentang cili ungu ni atau selalu akak sebut cili purple gitu....
Semakin hari semakin meriah ianya berbunga dan berbuah.... Warna yg cantik memikat...mesti nak jenguk ke laman utk melihat perkembangannya tanpa jemu...
Sakit pening...dapat tengok pun jadilah...pencinta pokok2 ni... selalunya nak membelai dan melihat daun2 dan buah andai ada serangga perosak...penyakit pokok dan sebagainya.

Pohon cili purple begitu megah menjulang mencari cahaya..
Walau hidup menumpang bersama si jambu air...namun tak mudah mengalah...😊

Sekarang akak tengah mengumpul benih utk dibiakkan cili ni..harap2 menjadi la kerana buah sulung itu hari akak cuba semai tetapi habis dimakan siput...alahai...
Semai kali ni hendaklah di tempat yg tinggi... Laman akak dah dipenuhi dgn siput2 kecil yg berbentuk bulat cengkerangnya dan bersaiz kecil jer tetapi kuat memanjat.
Dulu tak ada siput pun....seingat akak mungkin datangnya bersama pokok2 yg akak beli tempoh hari...
Cepat sungguh siput ni membiak....
Kalau pokok2 yg baru semai tu sekejap ja licin dikerjakannya.

Ha.....ni la rupa siput tu.. Tak tahu macam mana nak hapuskannya tanpa merosakkan pokok2 kesayangan...


Pokok cili purple yg merendang..

Pada awalnya....buah agak jarang2 tetapi sekarang dah semakin banyak...cili purple ni akak suka makan ketika ianya masih muda yakni....ketika warnanya masih berwarna purple...itu pun dah pedas...😢😢😢
Cili purple sudah berubah warna

Warna purple akan pudar.... Bertukar kepada warna putih..... Kemudian berwarna oren yg menawan....barulah warna merah sepenuhnya apabila masak.


Cili purple ada yg masak.

Pagi ni dapat kutip 3 biji cili purple yg masak...bila masak ia tetap berwarna merah... Lihat hujung tangkai cili purple ini, masih tersisa warna purple di hujungnya.. Walau pun dah masak ranum...cili tak gugur dr pokok..kuat betul tangkainya.

Cili purple bertangkai panjang dan lihat perbezaan antara cili purple dgn cili padi kampung. Cili padi kampung 3 di hadapan.

Akak dah keluarkan bijinya utk dikeringkan...lepas ni boleh semai semula..😁😁😁

Alkisahnya....cili purple yg dah ramai minta anak pokok...tetapi baru dlm proses nak menyemai..
Harap sukses kali ni...in shaa Allah
Jom bertanam....

No comments:

Post a Comment