Wednesday 24 May 2017

Pohon ulam-ulaman sebagai pelengkap laman....bhgn 2

Sambungan dr bahagian pertama berkenaan pokok2 ulam yg akak tanam sekitar laman.....

6. Ulam raja.

Pokok ulam yg senang hidup melalui cambahan biji benih dan boleh juga melalui keratan btg.
Jenis pokok yg tidak kekal seperti gajus,samak,bebuas.....ianya mempunyai jangka hayat yg pendek.
Ulam raja mempunyai kandungan serat yg tinggi apatah lagi ianya dimakan mentah, enak dijadikan kerabu bersama udang atau isi ikan, perencah ulaman utk nasi kerabu dan boleh juga sebagai ulam utk hidangan laksa....

Ulam raja yg akak cuba biakkan melalui keratan btg...byk pula cendawan yg tumbuh...


Pokok2 ni akak tanam dlm kotak polisterin jer...

Pokok ni disemai dlm polybeg. Polybeg saiz16x16 akak letak 4 anak pokok.

Pokok yg mudah hidup dan cepat membesar.

Pucuk2 muda yg selalu dipetik menyebabkan pokok ulam raja ni cepat merimbun.

7. Kemangi...

Pokok yg mudah tumbuh dr biji benih yg matang atau masak. Ada yg menggemari aroma daun ini dan ada yg menganggapnya busuk. Tentulah.... setiap dr kita tak sama penilaian dan penerimaannya.... Lumrah alam.

Petik segar dan makan mentah sbg ulam....menjadi kegemaran akak.

Kemangi tumbuh merata-rata dr benih yg gugur bila akak membuat kerja2 pembersihan laman.

Kemangi cepat berbunga..

Kemangi yg menumpang pasu pokok kemboja. Tenggelam kemboja dibuatnya.

Kemangi sedap dibuat ulam mentah atau dicampur dlm nasi kerabu utara yg boleh didapati disepanjang bulan Ramadhan.

8. Selasih..

Pohon selasih tumbuh merimbun
Hinggap mari si burung punai
Sayang kekasih kumohon ampun
Hajat dihati tak dapat ditunai...

Pantun 4 kerat berkenaan pohon selasih yg telah diubah suai...hihi
Selasih atau thai basil ni mempunyai aromanya tersendiri. Senang dicambah melalui biji benih dan keratan btg juga. Boleh dimakan mentah atau pun sebagai campuran didalam masakan kita seperti masak lemak cili api, singgang, asam pedas atau kari hijau thai yg popular tu...

Pandangan dr jauh...

Selasih yg sempat akak masukkan dlm polybeg..

Pohon selasih yg hampir menutupi tempat pejalan kaki tu...

Selasih juga sesuai utk dijadikan pengganti daun kesum dlm masakan kita...

Kalau masak laksa siam...daun selasih adalah salah satu bahan yg wajib ada...klau tidak rasa tak sempurna hidangan tu...
Ikan tumis air....satu lagi masakan simple tetapi menjadi kesukaan akak bila diletak daun selasih didalamnya...aromatic.. Nanti dilain entri akak share resepi mudah ni...

9. Beluntas..

Pokok beluntas selalunya boleh ditemui di kawasan persisiran pantai kerana tanah yg berpasir dan mendapat cahaya matahari yg penuh.
Beluntas boleh dimakan mentah atau direbus...akak memilih utk merebusnya sebentar kerana beluntas juga mempunyai bau yg tidak digemari oleh sesetengah orang.

Pokok beluntas diawal pertumbuhan...tetapi pokok ni cepat membesar dan merimbun.

Ianya hendaklah kerap dicantas utk pucuk2 baru yg cantik.

10. Terung pipit atau terung belanda..

Ada macam2 sebutan atau panggilan utk terung ini... Tetapi yg pasti pokok terung ni lebih lasak dan tahan lama dr terung yg berbuah besar tu..
Terung ni enak dimasak sambal bersama bilis atau udang, masak kari hijau thai, masak lemak cili api atau direbus saja sebagai ulam.

Anak pokok yg dicabut berhampiran kawasan rumah apartment akak dan dibawa ke sini....semai semula dan hidup.. Alhamdulillah.

Ada tiga pokok semuanya dan hanya 2 yg hidup sehingga ke hari ini. Benih yg dibawa burung...


Sekarang...pokoknya tak berhenti berbunga dan berbuah...

Aneka masakan boleh dicuba tidak hanya sebagai ulam...


In shaa Allah....nanti update dibahagian ketiga berkenaan dgn pokok2 ulam ni....masih ada beberapa jenis lagi...

No comments:

Post a Comment