Google+ Followers

Wednesday, 17 May 2017

Landskap cili

Pedas sebagai pembuka selera?? Ada yg tak suka pedas..bercakap tentang pedas...mesti la bersangkut paut dgn pokok cili kan...dah jadi hobi menanam cili pula.
Sekarang tengah mengumpul beberapa jenis benih cili utk ditanam sebagai koleksi. Suka tengok cili yg berbagai bentuk dan warna tu...
Dalam laman akak ni dah ada lebih dr 20 pokok cili dan beberapa species yg berbeza contohnya cili purple,cili batik,cili kampung,cili hantu,cili kulai,cili putih dll.
Sebenarnya setiap jenis cili ada nama dan id yg tersendiri...kita pula ikut sedap ja sebut.. Bagi pengumpul dan peminat cili,  mereka cukup peka berkenaan perkara ni semua. Akak tanam sekadar suka2 dan lebihan cili boleh diberi kepada anak menantu, jiran tetangga, rakan taulan dan kpd sesiapa saja yg nak cili,benih atau anak pokoknya.
Cili purple akak tengah rancak berbunga dan berbuah...benih pemberian kawan dah bertahun lamanya. Alhamdulillah...benih masih aktif,bila tarikh menyemai akak betul2 tak ingat...
Malah anak pokoknya byk yg akak cabut buang dek ingatkan anak pokok cili yg sedia ada. Sekali hanya sepokok ja yg tinggal menumpang pokok jambu bertih merah tu.. Nasib pokok tu dah besar dan btgnya berwarna agak gelap(sedikit purple)...barulah teringat benih yg ditabur dipangkal pokok jambu tu..hihi.
Rezeki jugakan...masih dapat merasa cili purple ni. Rasanya sama dgn cili padi kampung juga,pedas tp sedap dgn warna yg menarik.
Pokok cili purple yg menumpang polybeg pokok jambu bertih merah...pokoknya cepat membesar dan lebih tinggi dr pokok jambu tu..

Cili purple yg dah dituai

Ada buah yg masak dipangkal pokok,akak dah petik utk dibuat benih.

Cili berdaun batik pula akak tak pernah cuba utk makan. Entah kenapa...rasa pelik pun ada bila tengok daun yg cantik dan buah yg berwarna putih tu.
Bila betul2 masak cili ni tetap berwarna merah. Jadilah ia sekadar penghias laman...cuma akak pastikan benihnya tak putus jer.....camtu pun ado.



Cili kulai pula mempunyai bermacam2 variety. Akak beli benih kat kedai pertanian, ditulisnya cili kulai ja, sesaja mencuba sebab dah tahu...klau tanam cili besar ni byk sangat penyakit yg menyerang dan bersarang terutama serangan lalat buah. Sayang dan geram jadinya bila melihat byk buah yg muda busuk dan gugur bergelimpangan.

Buah yg busuk dipokok.


Teknik pengasapan utk menghalau serangga perosak.




Sekarang, buahnya yg hampir masak akak dah tuai dan peram dgn sebiji pisang masak utk mempercepatkan proses cili masak hijau kpd cili masak merah. Petua dr rakan tanaman juga. Kalau biar betul2 masak dipokok alamat tak merasa la... Alhamdulillah sekarang cili besar pun jarang dah nak beli.


Gambar di bawah adalah gambar beberapa pokok cili yg menghiasi landskap cili di laman akak....



Pohon cili pun dah bertingkat-tingkat. Pokok ni dah berusia 2 tahun lebih...klau nak petik buah yg tingkat paling atas tu kena letak bata sebagai tempat pemijak...kasi tinggi sikit....bukan akak yg kemetot....pokok tu yg tinggi...



Cili kulai memang berbuah lebat.Saiz yg lebih kecil dan panjang.Akak tanam dlm polybeg ja.

Cili besar yg berbuah jarang.Cili ni buahnya mempunyai saiz yg lebih besar dr cili kulai.



Ini angkara lalat buah....byk cili besar yg rosak.


Hasil tuaian pada May17.

Gambar di atas adalah hasil tuaian cili dan beberapa tanaman lainnya dr laman akak. Seronok dapat berkongsi minat dan hobi menanam ni....hasilnya juga kita dpt berkongsi...memang tak habis makan. Cili ni tahan lama jika kena caranya. Letak cili dlm bekas kedap udara dan letak di dlm peti sejuk...jgn kasi kena air, cili akan cepat lembik dan busuk.
Nak guna baru cuci bersih dan yg lainnya simpan semula dan jika ada wap air dekat bekas tu...lap ja dgn kain atau tisu...in shaa Allah...cili tahan lama ya..

No comments:

Post a Comment