Google+ Followers

Tuesday, 30 May 2017

Pokok2 yang dah mengeluarkan hasil.....part 1

Selain cili akak juga ada menanam pokok terung, terung pun ada berbagai jenis....terung ulam, terung telunjuk, terung pipit/ rembang/belanda... Terung ulam pun ada beraneka jenis....akak punya seller tu tulis terung coco lai... Ambik kau...tetapi buahnya memang sedap, rangup kalau dibuat ulam mentah. Boleh juga direbus dan dimasak sambal, masak lemak atau dibuat gulai asam pedas...😍😍
Sebenarnya aneka jenis terung boleh dijadikan ulam termasuk terung yg selalu dibuat sayur tu.... Dimakan mentah,dibakar atau direbus ikut kehendak masing2 kan....
Sekarang akak tengah menyemai terung asam,terung bulat putih dan terung bulat ungu... Sebagai penggemar terung....satu keseronokan apabila pokok yg ditanam sudah mengeluarkan hasil....hati berbunga-bunga jer...

Pokok terung coco lai

Mengikut seller itu hari...terung coco lai ni mendapat nama dari bentuknya yg bulat seperti coconut....😆😆😆apa2 ja la...
janji sedap.

Buah terung coco lai berwarna hijau dan sedikit keputihan 

Terung belanda yg dipetik dr 2 pokok yg ditanam tempoh hari..
Sekali petik ja ni... Terung belanda memang enak dimasak sambal tumis bersama bilis atau green curry thai tu...mabeless 😋😋😋


Pokok terung telunjuk yg mula berbuah...sedap rupanya terung telunjuk nih....itu hari beli kat Tesco tak sedap pula...hihi...kena tanam sendiri baru sedap..

Lain2 jenis pokok terung tu akak update di entri yg lain pula... tunggu progress macam mana. Sekarang ni,masalah tempat atau kawasan ja...amat terhad walau pun tanam dlm polybeg....emmm.
Antara beberapa jenis terung yg disemai tetapi paling kiri adalah anak cili solok dan timun mini. Harap sihat membesar sebelum dipindahkan ke dalam polybeg.

No comments:

Post a Comment