Monday 18 September 2017

Bunga2 di laman...

Bunga sebagai penyeri laman, dicelah2 pokok2 yang semakin meninggi dan membesar. Antara pokok2 ros yang akak tanam, semuanya dah berbunga dan setiap darinya mempunyai aroma bauan yg tersendiri.
Terapi semulajadi bersama alam. Bunga ros ada yang cepat layu dan ada yang boleh bertahan. Warnanya memang memikat dan tak jemu memandang. Aduhai.....
Ros perlu penjagaan dan perhatian. Daun2 kering, bunga2 yang layu hendaklah dipotong dan perlu dibaja untuk bunga yang berterusan.
Cantik memang memerlukan pelaburan, masa dan tenaga... emmm...

Sejambak berkembang.



Pink belacan


Merah menyala...kudup bunga yang berwarna agak gelap.

Soft pink.


Kudup bunga berwarna kuning tetapi bila berkembang sepenuhnya berwarna putih pucat.


Brazilian snapdragon.

Orkid pinang.

Banyaknya gambar bunga, seronok dan puas dengan keindahan alam. Sungguh indah ciptaanMU ya Allah. Bersyukur selalu...

Cactus siam atau pokok bunga mahkota berduri. Eurphobia milii flowers, nama saintifiknya.

Cactus siam ini mempunyai warna yang pelbagai dan perlukan 'full sun '. Akak ada 5 jenis semuanya.

Purple trumpet.

Ada banyak jenis bunga lagi yang tak show off...hihi..tunggu giliran.

2 comments:

  1. sy tanam mahkota berduri tu mcm bantut. asal ambil keratan rumah mak. sepokok syg dah mati.. tinggal sepokok, tu pun mcm nak mati jgk.

    ReplyDelete
  2. Mungkin medium tak sesuai sis. Tanah atau medium tak boleh menakung air,batang cepat busuk. Campur top soil,pasir sungai dan sekam padi. Kalau ada perlite lagi bagus.

    ReplyDelete