Wednesday 27 September 2017

Tin oh tin....bukan tin kosong yer..

Sudah lebih dari setahun berjinak-jinak dengan penanaman pokok tin ni. Bermacam2 karenah dan ragam pokok tin dan penjualnya juga. Kebanyakan pokok tin mahu pun keratan pokok tin ini akak beli melalui online, hampir 80% adalah pembelian melalui talian.
Berbagai group penanaman dan penjualan pohon tin akak join untuk menimba ilmu secara tak langsung. Waktu tu pokok tin begitu digilai dan harganya melonjak tinggi, tidak seperti sekarang, seperti sudah melalui zaman kemalapan. Entah di mana silapnya.
Sungguh pun begitu, permintaan masih ada, harga sedikit menurun, bagus untuk 'beginner'yang baru nak cuba menanam sepokok dua pokok tin ini.
Sedap sangat ker rasa buah ni?? Itu juga menjadi tanda tanya pada akak semasa mula mengenali pokok tin ini. Tak sabar menunggu pokok sendiri berbuah, buah segar pun akak beli atas talian, terpengaruh sungguh...hihi. Alamak!!! Tak sedapnya, rasa tak berbaloi. Ada beratus variety kat Malaysia ni, tak semuanya tak sedap, ada yang manis, lemak, juicy, madu bagai. Tak semestinya pokok mahal buahnya sedap. Rajin bertanya dan membaca komen para rakan yang menanam mahu pun yang menjual.


Dah lupa variety apa yang dibeli, tapi memang tak sedap.




Kebanyakan pokok tin yang akak beli adalah dari keratan tut, bila sampai ketangan, akak akan 'recup' seperti gambar di atas tu. Siap labelling lagi tapi kejap aje...lepas tu semua hilang.😝😝😝

Mendebarkan tunggu akar yang berselirat, banyak juga yang gagal.

Bila dah stabil baru masukkan ke dalam pasu besar dan pendedahan kepada cahaya matahari pagi sahaja.





Medium untuk pokok tin perlukan tanah yang poros supaya akar tak rosak. Leceh juga bagi beginner macam akak.

Akak ada lebih kurang 20 variety pokok tin, sekadar tanam untuk makan buah bukan untuk jualan. Variety yang murah jer....ribu riban memang tak mampu nak beli.

Ini buah pertama yang masak.

Qing pi.

Antara variety yang masih ada bersama akak buat masa sekarang ialah Iraqi yang sudah mula berbuah, Red Khutmani, Qing Pi, Black Jack, Wuhan, Napolitano Negra, Tena, Green Jordan, Purple Jordan, TGF, MD, Lissa, BBR, Negrone dan beberapa jenis lagi.
Kebanyakannya sudah berbuah, alhamdulillah.
Sebenarnya dengan penjagaan yang betul, pokok tin memang boleh ditanam dengan jayanya tanpa RPH ( rumah perlindungan hujan ). Pokok tin memang kena selalu dibajai, disembur baja foliar untuk penjagaan daun supaya tidak berkarat apabila terdedah kepada cuaca seperti di negara kita
ini yang mendapat jumlah hujan yang agak tinggi.
Kalau ada RPH, kerja lebih mudah dan bagi yang mampu itu semua bukan masalah. Musim hujan baru ini, akak kehilangan 5 pokok tin disebabkan jangkitan kulat pada akar. Lambat bertindak, dapatlah habuannya. Sepatutnya akak kena pindahkan ke tempat yg kurang terdedah kepada hujan apabila melihat banyak daun2 yang gugur.
Bercerita tentang kematian pokok2 ni, sebenarnya akak pun ada mencuba untuk menanam pokok tin melalui keratan batang tetapi semuanya gagal apabila lambat mempelajari cara2.menanam melalui keratan batang.
Sudah serik, waktu tu keratan batang pun harga masih mahal.
Selepas ini boleh cuba dari keratan batang pokok sendiri.



Sekarang, setiap pagi boleh menikmati buah tin segar dari laman. Buah tin amat bagus diambil atau dimakan semasa perut kosong di awal pagi.


No comments:

Post a Comment