Google+ Followers

Thursday, 6 March 2014

Bunga-bunga yang sedang berkembang...

Entri kali ni nak cerita pasal bunga gitu...wanita dan bunga..musim kemarau ni kalau pokok yang tak nak berbunga pun akan keluar bunga tau..kena paksa gitu...lumrah alam dan anugerah Allah jua..
Bunga rose ni adalah dari species rose siam kata penjual tu..akak tak mahir tentang bunga ni..tapi sukanya kat pokok YTT tu...wangi aje...
YTT ( yesterday,today,tommorow ),ha unikkan namanya...mula2 tu heran juga dengan namanya,bila dah beli dan perhatikan..emm baru le akak perasan warnanya tu akan bertukar...asalnya purple gitu...esoknye pudar..purple lembut dan lusanya pula dah bertukar putih...layu dan gugur tapi pokok ni rajin berbunga di musim kemarau ni...ni pokok kat balcony belakang..kena matahari dari 7am till 12noon...

 Ini pokok YTT di hening pagi...purple terang..purple lembut dan putih..gabungan yang mempesona..
Ini gambar dah tengahari...nampak tak tempurung kelapa dalam pasu tu...tujuannya untuk menggelakkan tanah cepat kering dek sinar mentari dan dari air hujan juga supaya tanah tak terkeluar dek tempias hujan...kira 2in 1 la..


Rose putih dan merah..bunganya boleh tahan jugak..hampir 2 minggu baru nak layu..
 Bunga kertas paling galak berbunga di musim panas ni...adenium pink, bunga2 ni kat rumah baru..belum berpenghuni, tengah reno..tengok kayu2 tu..lagi sebulan baru siap agaknya le..tepi pokok bunga kertas tu le ada markisa yang tengah menjalar, kunyit dan pokok palm merah yang terlindung tu..

No comments:

Post a Comment