Thursday 6 March 2014

Tepung kek dan SRF DIY..

Atas permintaan kawan2, disini nak share cara untuk buat sendiri (DIY) tepung kek dan Self Raising Flour (SRF) kat rumah, jimat kos, tambahan sekarang ni harga kebanyakan barangan harian melambung tinggi..tak mampu rasanye..gaji tak ada pula naik...emm, nasib le..so kita cari le apa2 alternatif, salah satu tu yang ni la..kalau satu kotak tepung kek jenama tu..about RM4 to RM5 you...bahan2 lain lagi...pitam you..yang penting hasil atau outcome tu sama je..dibawah ni disertakan bahan dan cara2nya..pada kawan2 yang bertanya tu harap berpuashati. Cara2 ni akak dapatkan dari blog minah salleh, nanti kita cari lagi lupa pulak kerana dulu just salin dalam buku resepi je tak pulak nak ambik nama blog bagai...

Tepung Kek ( sukatan semua dalam cawan metrik )

3/4 cawan tepung gandum ( guna yang elok sikit ye..macam jenama faiza ke...yang ada vitamin tu..)
1/4 cawan tepung jagung ( apa2 jenama pun tak apa )
-campurkan kedua2 jenis tepung dan diayak sebanyak tiga kali. Simpan dalam bekas kedap udara. Bila nak digunakan just campur dengan 1 sudu teh baking powder dan ayak sekali. Kalau nak lebih just doublekan sukatan ya..

Tepung Naik Sendiri (SRF)

500g tepung gandum
7 sudu tehbaking powder
1 sudu teh garam
-campurkan semua dan ayak sebanyak tiga kali. Sedia untuk diguna.

Disini disertakan cara penyediaan pes halia dan bawang putih untuk ibu2 atau surirumah yang sibuk. Pes ni tahan selama 6 bulan dengan syarat tak boleh terkena air,guna sudu bersih dan tutup rapat serta simpan dalam petisejuk selepas diguna...selamat mencuba ya..

Pes halia & bawang putih

Halia - kupas kulit,bersihkan dan dicincang kasar, lebih kurang satu mangkuk kecil.
Bawang putih - buang kulit,bersihkan, gunakan size mangkuk yang sama ( sama amount ).
1-2 sudu besar minyak zaiton atau vege oil.
1 sudu teh garam halus - untuk elakkan pes ni basi.

2 bahan utama tadi dibersihkan dan dibiarkan airnya kering. Kalau ada pengisar kering lagi bagus, pes ni tak boleh terlalu cair. Kisarkan halia dulu, baru letakkan bawang putih.Kisar halus,letak minyak dan garam. Gaul sebati, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam petisejuk.Boleh diguna pada bila2 masa untuk resepi kari, rendang, masakan ayam, sup dan macam2 lagi. Selamat mencuba dan terimakasih kepada mamak haji diatas sharing ni dan pada sesiapa yang suka masakan mamak boleh la melawat blog mamak haji ni...http://balannambiar.wordpress.com/


No comments:

Post a Comment