Thursday 6 March 2014

PUDING MARBLE YANG YUMMY...


Resepi nak habiskan roti sebelum expired...maka terhasil le puding marble ni...kegemaran suami dan anak2.
Nurul..klau nak resepi boleh cuba yang ini..guna agar2 serbuk lebih cepat,mudah dan jimat masa..tak le lama terperuk kat dapur tu sorang2.Nak lagi cepat air tu ambil yang dah dididihkan..express gitu..
Ada beberapa tips untuk dikongsi..kalau guna agar2 serbuk, agar2 tu gaul sebati dengan gula yang nak dimasak bersama sebelum curah kedalam air panas,tak le berketul2 agar2 tu,lepas tu kacau perlahan2..
Tips kedua, jika pengisar atau blender kite nak guna tu ada bau cili atau apa2 aje..just letakkakn satu sudu teh esen vanila dan isikan dengan air,biar sebentar dan bilas,wangi aje lepas tu..sedia untuk diguna.
Tips ketiga, loyang yang nak diguna tu, tolong basahkan atau kalau nak agar2 kita tu cepat membeku selepas dibasahkan letak sebentar dalam tempat beku...tapi untuk puding roti ni disarankan basahkan aje sebab kita tak nak cepat sangat beku nanti tak sempat habis melapis dan corak jadi tak cantik pula...nak cuba??
Resepi dibawah..
 Akak guna loyang bentuk hati, size 8".Boleh guna apa2 jenis atau bentuk loyang kesukaan.Tengok tu..comot lagi..tak pro lagi you..

Kalau nak lebih ceria tambahkan 1 atau 2 warna lagi..biar meriah gitu..Puding ni manis sedang aje dan kalau nak lebih manis boleh tambah susu manis atau sukatan gula tu..seram you..

Bahan2:
10gm agar2 serbuk ( akak guna 12g, nak habiskan yg dalam paket tu..)
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air ( akak tambah1/2 cawan air lagi, sesuai la dengan tambahan 2g agar2 tu.. )

Dikisar bersama:
5 keping roti ( nak habiskan, ini termasuk kerak atas dan bawah )
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (400ml)
2bj telur
1 sudu teh esen vanila. ( tak nak letak pun tak apa,just nak hilangkan bau telur tu aje..)

2 sudu besar butter ( akak guna buttercup )
2 pewarna kesukaan ( warna asal bancuhan + 2 warna yang digemari = 3 warna semuanya )

Warna ni ikut suka kita le..boleh guna yang dalam bentuk air, gel dan sebagainya. kalau nak warna coklat boleh letak milo,ovaltine,coklat paste untuk warna yang lebih gelap atau serbuk koko yang dibancuh dengan air panas pun boleh..up to you..

Cara..
1. Sediakan bahan2 untuk dikisar sebab roti tu kita nak kasi kembang dan lembut sikit,so campur la kesemua bahan2 kisar dalam blender,ketepikan.
2. Panaskan air atau terus letak air yang dah dididihkan terus ke dalam periuk. Tuang campuran gula dan agar2 tu.Kacau perlahan. Blend roti tadi,tapis terus ke dalam periuk, ini untuk dapatkan tekstur yang halus, kalau tak nak tak usah tapis.
3. Sekali mendidih terus letak butter tadi dan tutup api, terus mengacau supaya tak melekat di dasar periuk.
4. Bahagikan adunan ini kepada 3 bahagian dan warnakan. Gunakan sudu atau senduk yang sama sizenya untuk dapatkan belang yang equal gitu..
5. Loyang hendaklah disengetkan semasa melapis ni...bila habis,letak perlahan2 pada kedudukan asal dan biar sejuk baru letak dalam peti sejuk,enak dimakan sejuk..

Terimakasih untuk Naz at ovenkecil untuk resepi ni,asalnya dari youtube kata naz..nanti kita letak link naz kat sini ok,selamat mencuba.

Ini pula pewarna yang akak gunakan...electric purple dan red red tu..dalam bentuk gel,just 2 drops only.

No comments:

Post a Comment