Google+ Followers

Sunday, 16 July 2017

Laksam

Sudah lama kepingin nak bikin laksam ni... Makan selalu juga tetapi beli ler...
Kali ni bertekad sungguh nak membuatnya, maka terhasilah homemade laksam ni.
First trial, banyak juga yg perlu diperbaiki walau pun kejadiannya tak lah mengecewakan..

Akak guna tudung periuk saiz sederhana utk mengukus.


Laksam yg dah siap digulung.

Resepi Laksam

3 cawan tpg beras
1/4 cawan tpg gandum
Secubit garam
1sudu besar minyak masak
Air suam 5 cawan jgn dihabiskan.
Sedikit minyak sebagai bahan sapuan kat tudung periuk.

Satukan semua bahan,dikacau sebati dan tak bergentel, akak guna whisk je. Kepekatan ni terpulang tetapi bancuhan atau adunan laksam adalah cair.
Apabila dituang ke atas tudung periuk, bancuhan ini akan cepat bergerak menutupi tudung periuk tadi.
Kukus 5-8 minit, bila dilihat ada gelembung2 di permukaan tepung tadi maknanya laksam dah masak.
Angkat dan gulungkan. Ulangi proses ini sehingga selesai.

Sambal Laksam
4 bj cili merah
15 bj cili padi merah
Belacan, garam, limau nipis atau limau kasturi dan gula.

Blend cili,belacan, garam dan gula.
Letak jus limau, siap.

Kuah Laksam
1 kilo ikan kembung
10 ekor ikan selayang
Bersihkan, rebus dgn garam, asam keping dan 2 btg serai yg diketuk.
Belacan
2 sudu besar lada hitam
2 labu bwg besar
2 ulas bwg putih
10 ulas bwg kecil
Halia sebesar ibu jari
Santan 1/2 kilo
Garam dan gula

Ulam-ulaman
Tauge- buang ekor dan bersihkan.
Timun, kubis
Kacang panjang
Kantan
Daun kesum
Bawang besar
Ini senarai ulaman yg asas jer... Boleh letak apa2 ulam kesukaan spt selom, pucuk gajus, samak dan sebagainya.
Semua ulam diracik halus.

Asingkan tulang dan isi ikan, air rebusan guna utk kisar bahan2.
Kisar semua bahan di atas kecuali isi ikan.
Tuang ke dlm periuk, didihkan. Isi ikan diblend dan masukkan dlm periuk.
Tulang ikan pun diblend dan tapis.
Masukkan cecair semua termasuk santan.
Asam keping dan serai dr rebusan ikan tadi. Kepekatan kuah terpulang, adjust ikut kemahuan.
Letak gula dan garam, perasakan, bila dah mendidih tutup api dan hendaklah selalu dikacau supaya santan tak pecah minyak.

Kuah laksam hendaklah pekat dan likat, baru ada ummphh..

Ulam-ulaman asas



Kuah laksam kelantan ada rasa manis, bila buat sendiri, gula boleh dikurangkan, jgn tak letak langsung, kuah tak sedap...perlu ada balancing juga...
Sambal laksam tu dah pedas, bila nak makan, letak sedikit dahulu dan tambah kemudiannya ikut citarasa masing2.


No comments:

Post a Comment